Lauk minggu lepas... |
Suami Terchenta jatuh sakit pulak lepas 3 hari bekerja keras sampai berkampung di ofis huhu...
Lately dia kerja teruk sangat, kesian aku tengok. Isnin & Selasa dia dapat cuti ganti sebab bekerja weekend. Isnin tu dia memang qada tido je la. Penat sangat. Semalam pulak kami ada beberapa urusan - pergi servis kereta, urusan bank dan urusan di pejabat kerajaan. Seharian kami keluar, bila balik tu dia bagitau sakit tekak dia makin teruk dan dah rasa nak selsema pulak. Mujurlah pagi tu bila badan rasa tak selesa dia cepat-cepat buat Covid test - negatif. Kalau positif memang tak la kami ke sana ke sini....
Pagi ni pun dia repeat Covid test dan masih negatif. Jadi kami buat kesimpulan dia tak cukup rehat dan mungkin kena virus selsema biasa je.
Balik kepada nak masak apa hari ni. Kalau demam selsema ni pekena sup panas-panas memang lega rasanya. Jadi hari ni aku nak masak sup ayam untuk Suami Terchenta. Nampaknya hari ni sambung cuti lagi, cuti sakit pulak. Semoga Suami Terchenta cepat-cepat sembuh, آمیـــــــــــــن یارب العالمین...
ammi pun last week sakit tekak sesangat sampai nak menelan pun payah...demam pulak main acah2 gitu..malam demam siang cergas. test covid negatif...
ReplyDeleteBiasanya klu mlm je demam tu viral fever. Semoga cepat sembuh ye Ammi.
DeleteSemoga Jun cepat sembuh!! Kasi makan byk sket kat jun..
ReplyDeleteHehe klu makan byk sgt risiko jantung pulak. Biar je la dia camtu.
Deletedapnye..bila rasa x sedap badan tu, layan sup2 panas kan..
ReplyDeletehave a good rest..moga cepat2 rasa ok
terima kasih MA. Itulah penangan kerja teruk sgt. Skrg dia tgh tido lepas makan ubat selsema.
Deletemoga cepat sembuh....sedap sup ayam & siakap stim limau..
ReplyDeleteterima kasih nohas. siakap stim limau tu lauk minggu lepas hehe
DeleteTedah... workaholic gilak enche jun... semoga cepat bait... esok repeat test agik mun masih lom sihat
ReplyDeleteudah nya repeat test di klinik pagi tek, nang negatif. terima kasih atas ucapan ya kakmim :)
DeletePenat sangat tu. Harap cepat sembuh ye. Awak masak sedap-sedap,confirm encik suami cepat sihat. Hehe
ReplyDeleteTu la mmg penat bekerja non-stop 3 hari berturut2 pulak tu. Tidur pun 2-3 jam sehari. Dah nama orang IT mmg teruk keja dieorg. Terima kasih atas ucapannya.
Deletesyafakallah... musim hujan ni mmg ramai skt tekak, selesema, batuk & sebagainya...
ReplyDeletebetul tu. Semoga anies sekeluarga pun jaga kesihatan jugak ye.
DeleteSup.memang kawan demam kan?
ReplyDeleteAah, bila demam mesti cari sup ayam.
Deletememang sedap kalau mkn waktu sakit.. semoga cepat sembuh
ReplyDeletealhamdulillah dia dah sembuh. skrg saya pulak yg rasa mcm nak selsema. mmg musim skrg ni.
Delete