Louis bermalas-malasan |
Ni dah masuk hari ke 5 sejak cuti sekolah bermula, so far belum ada plan nak berjalan-jalan atau keluar dari rumah. Anak-anak lebih suka tidur balik lepas Subuh lepas tu menghabiskan masa bermain Roblox atau menonton Netflix. Memang generasi zaman sekarang begitulah. Nak ajak keluar rumah pun kena paksa dan ugut tarik balik gajet baru dieorang beralah! 😅
Mengimbau kenangan cuti sekolah zaman kanak-kanak dulu. Kami pun cuma terperap di rumah. Zaman tu, orang-orang kaya je bawak anak-anak bercuti ke KL / Pulau Pinang / Langkawi. Golongan bangsawan je kot bawak anak-anak bercuti overseas memandangkan harga tiket flight masa tu memang di luar kemampuan 90% rakyat Malaysia masa tu. Rakyat marhaen biasanya cuti sekolah bawak anak-anak berkelah tepi pantai, mandi air terjun atau balik kampung. Aku dan adik-beradik pulak selalunya menghabiskan cuti di rumah atau di kampung.
Balik kampung selalunya seronok bila sepupu-sepapat pun balik jugak. Kalau tak, hmm... bosan jugak. Budak-budak lelaki je la enjoy terjun sungai di belakang rumah atok. Aku dan kakak cuma tengok je la dari atas jeti.
Kalau dah tak kemana-mana tu, bosan-bosan lepak di perpustakaan. Habis semua buku cerita di bahagian kanak-kanak tu dibaca. Mana yang best aku pinjam dan baca berulang-ulang kali. Kadang-kadang bermain di rumah kawan-kawan. Tak pun ikut mak ke pasar di pekan. Begitulah je la pengisian cuti sekolah zaman aku dulu.
Tapi esok memang dieorang kena keluar rumah jugak, sebab Suami Terchenta dah book staycation 2 hari dalam KL jugak untuk sambut ulangtahun perkahwinan kami dan hari lahir anak-anak. At least takdelah asyik terperap dalam bilik masing-masing je - kali ni upgrade terperap dalam bilik hotel bersama-sama hahaha!
Oh, dan Louis pun ikut bermalas-malasan bila kakak-kakak sibuk dengan gajet masing-masing. Kat mana lagi kalau bukan favourite spot - tepi sejadah.
samalah kita, dulu2 masa cuti sekolah puas main, gi taman permainan kanak-kanak, main jongkang-jongket, buaian....hehe...
ReplyDeletehaha. Taman permainan masa tu jauh yakmat. Kalau rajin je ajak adik-adik jalan kaki ramai2 ke taman permainan. Mau 30minit jugak berjalan kaki tu hehe.
Deletedulu cuti sekolah ckp bangga kalau dpt jalan2 KL. rs mcm hebat sgt KL tu hehehe nama pun bdk kg. dpt berjalan2 tu mcm dpt emas kekdah nyer haha
ReplyDeletehehe. Dulu ada jugak kawan2 balik dari cuti dgn bangganya citer kat semua org dia pergi ke KLCC, main kat indoor theme park berjaya times square, jalan-jalan ke i-city shah alam... kawan2 lain mampu terlopong je la dgr citer dia sbb tak boleh nak imagine masa tu.
Deletekannn... tp bdk2 skrg lg hebat... "sy cuti g london. lps tu g disneyland paris" hahaha
Deletehehe biasalah budak2 teruja bila mak bapak bawak bercuti. Dieorg tak tau pun tak semua kawan dieorg mampu cuti2 overseas ni.
Deleteiyer..zaman dulu2 paling happening sekali. balik kampung ngan cousin, memang ada je projek kan...
ReplyDeleteSeronok main dgn cousin - main masak2, panjat pokok depan rumah, main kejar2... Skrg anak2 dgn cousin dieorg tak rapat mcm kiteorg dulu, sejak atok meninggal masing2 jarang balik ke kampung berkumpul sama mcm dulu2 :'(
Deletedulu kalo cuti sekolah memang takde ke mana-mana pun..sebab family tak berapa berkemampuan..lebih banyak duduk rumah dan buat aktiviti dengan sepupu-sepapat..
ReplyDeletesamalah kita. diam rumah jak, kadang2 teman mak ke pasar sbb boring di rumah. Mun ke pasar selalu pegi kedai buku Friendship cari buku cerita hehe
Deletebeza cuti sekolah bdk2 skarang ngan time kita dlu2...tp tk suka bercuti time cuti sekolah sbb sesak...slalunya bw p makan2 la..happy holiday ye..sure ank2 tk sbr tu nk staycation
ReplyDeleteaah cuti sekolah mmg sesak kat mana2, saya pun elakkan bawak anak2 berjalan2 time cuti sekolah. Anak2 saya jenis tak kuat makan tak macam mak dieorg hihi... klu tanya nak makan kat mana dieorg kata nak makan nasi kat rumah je.
DeleteOklah, ada perkembangan jugak. Dari terperap di rumah, tukar lokasi di hotel pulak 😄
ReplyDeleteKeluarga akak dulu pun memang tak ke mana bila cuti sekolah. Bergilir tolong bapak berniaga di kedai makan.
hahaha! ya kan Kak Ujie. Dah fasa umur dieorg prefer memerap je, pergi cuti pun memerap jugak.
DeleteBagusnya kak Ujie dan adik-beradik rajin tolong bapak berniaga. Kalau kiteorg balik kampung ada jugak menolong atok dan makcik di kedai runcit. Tolong timbang gula & tepung, bungkus barang etc.
Cafe hunting lah! hehehehe
ReplyDeletehmm... nak ajak dieorg keluar ni mmg bercinta betul Uncle! Sbb tu cafe hunting pegi dgn BFF bukan dgn dieorg ni hehe
DeleteSaya cuti sekolah joint abang dan adik2 lelaki mandi sungai dengan main rounders..panjat pokok jambu..atau tolong abah jual nangka bila kebetulan musim nangka.
ReplyDeletekiteorg budak perempuan segan nak terjun sungai sbb ramai budak lelaki budak2 di kampung yg mandi sungai. Sungai tu airnya dalam, kiteorg ni pulak tak pandai berenang. Sudahnya tengok je dari jeti.
DeleteSeronok kan zaman kanak2 kita dulu. Sayang anak2 kita tak merasa pengalaman tu.
Untung Louis dapat ikut.
ReplyDeleteSeronoknya duduk hotel.
Sama dahulu cuti sekolah balik kampung main dengan sepupu.
Eh tak la Louis jaga rumah mcm biasa hehe..
DeleteTime cuti sekolah dulu2 mmg balik kampung tu yg ditunggu2 dapat jumpa dgn sepupu.
samalah cuti sekolah dulu, dapat balik kampung kumpul dengan sepupu tu habis heaven dah.
ReplyDeleteItulah excited sangat jumpa dieorg sbb lama tak jumpa.
Deletedulu masa cuti sekolah, dihabiskan masa main dlm bilik/rumah. haha. nk bercuti kena balik kg baru best ada sepupu2
ReplyDeletesama la kita nina. cuti sekolah di rumah tonton program tv sempena cuti sekolah atau baca buku dlm bilik.
DeleteGenerasi sekarang kalau dah hadap phone memang ralit sungguh. Seronok dulu kalau cuti sekolah abang ajak duduk rumah. Dapatlah jalan jalan KL gitu. hehe...selamat bercuti akak dan keluarga :)
ReplyDeleteterima kasih Fizah :) tu la budak2 zaman skrg dah dapat gajet mmg sanggup tak keluar rumah. Staycation dlm bilik je, dgn bapak dieorg pun mengadap h/p jugak hee....
DeleteSamalah anak-anak Sha nie.. Lebih suka duduk dalam rumah, membacakomik atas talian, bersembang dengan kawan-kawan dia melaui whatsapp.. Bila ajak keluar rumah pun, lebih melayan gadjet dalam kereta dari melihat pemadangan luar.. hehehe
ReplyDeleteAnak2 gen Alpha ni kalau tak kena paksa keluar rumah mmg terperap la dalam rumah sampai bila2.
Delete