Diriwayatkan oleh Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda:
Ø£َØَبُّ الْعَÙ…َÙ„ Ø¥ِÙ„َÙ‰ اللَّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰ Ù…َا دَاوَÙ…َ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ صَاØِبُÙ‡ُ ÙˆَØ¥ِÙ†ْ Ù‚َÙ„
Riwayat Muslim (783)
Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru 2023. Inilah masa yang sesuai untuk kita membuat azam baru untuk memperbaiki diri dan amalan kita baik. Kalau kita tak mampu untuk berubah sepenuhnya, apa kata kita mulakan dengan perubahan kecil tapi konsisten?
Contohnya kita tak mampu berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis, tapi mungkin kita boleh berpuasa 3 hari dalam sebulan seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW (Riwayat Imam Muslim). Kita tak mampu bersedekah RM1000, apa kata kita bersedekah RM1 setiap hari. Kita tak mampu bangun di tengah malam untuk solat tahajud dan solat witir setiap hari, apa kata kita mulakan dengan solat witir sebelum tidur. Kita terlalu sibuk tak sempat nak baca Al-Quran setiap kali selesai solat, apa kata kita membaca Al-Quran selepas solat Maghrib.
Jom kita sama-sama fikirkan azam tahun 2023 - apa perubahan kecil yang kita boleh lakukan secara konsisten?
Istiqamah mmg 1 ujian buat kita hamba² yg lemah tok... semoga kita dapat berubah menjadi yg lebih baik setiap hari
ReplyDeleteInsha Allah... ameen2x... kmk tok mok istiqamah bersenam & kurangkan makanan manis. Susah sbb dah jadi tabiat dari kecik
DeleteIstiqamah.. Semoga semua perkara kecil yang kita buat secara berterusan memberi impak dan kebaikan bukan sahaja padakita tapi orang sekeliling.. Aamiin..
ReplyDeleteAmeen YRA. Bila Sha tulis ni, teringat kisah seorang suami di India yg mengorek bukit setiap hari selama bertahun2 utk buat shortcut ke bandar terdekat sebab isterinya meninggal tak sempat dihantar ke hospital. Jadi dia putuskan utk mengorek bukit yg menjadi penghadang antara kampung dia & bandar supaya takde lagi org kampung yg senasib dengan isterinya. Akhirnya usaha dia berjaya walaupun awal2nya diketawakan oleh org kampung tapi sebab dia istiqamah mengorek bukit terhasil jugak terowong yg menghubungkan kampung dgn bandar.
Deleteistiqamah, 1st time sy dgr perkataan ni sbb nama bdk baru yg msk hostel ms sy form 2. mana dia ummi istiqamah. so kalau dgr tazkirah ustaz or ustazah sebut istiqamah, semua budak sengih2 pandang dia...
ReplyDeletebtw semua org boleh berubah. semua orang boleh tukar dari negatif ke positif. semua org boleh laksanakan amanah sebaiknya.
tapi bukan semua boleh berubah dlm erti sebenar benar berubah. bukan semua org mampu kekal utk jadi positif setiap masa. dan bkn semua org mampu laksana amanah tanpa sbrg culas. apatah lg dalam ibadah seharian.... mampukah kita?
oh, tapi ok la tu drp budak2 di kelas saya dulu klu cikgu sebut karnivor semua gelak sebab hampir2 nama saya.
Deletetakde yg mustahil kalau hidayah dah sampai tapi utk kebanyakan kita nak berubah selalu kena ubah amalan kita sikit demi sikit. klu berubah drastik tu yg biasanya cepat bosan & mengalah.
Dulu saya selalu kutuk dalam hati klu nampak org bertudung tapi pakai skirt atas paras buku lali. Cuma akhir2 ni je saya sedar mungkin dia sedang berhijrah penampilannya sikit2, lama2 mungkin dia akan menutup aurat dgn sempurna. Kalau saya nampak saya akan doakan dia istiqamah dalam perjuangan menutup aurat :)
sedang belajar untuk istiqomah mengaji sekurang2nya 3 helai setiap hari selepas maghrib...kadang-kadang dugaan handphone berbunyi2 ni pun geram juga
ReplyDeleteAlhamdulillah. Teruskan usaha Ammi :)
DeleteMemang susah nak istiqamah kan. Tapi amalan sikit tapi berterusan itu lebih baik. Moga kita dapat menjadi orang yang lebih baik
ReplyDeleteInsha Allah, berhijrah sikit2 bermula dari amalan yg istiqamah.
Delete