Sumber imej: FB Sofea Channel
Membaca Al-Quran sangat dianjurkan ke atas umat Islam kerana Al-Quran ialah kalam Allah dan panduan hidup yang telah diturunkan kepada Rasulullah SAW untuk disebarkan ke seluruh alam.
Al-Quran ialah syafaat kepada orang-orang yang membacanya, apatah lagi buat orang-orang yang menghafaz dan mengamalkan ajaran terkandung dalam kitab suci Allah ini. Orang-orang yang beramal dengan Al-Quran akan didatangkan Al-Quran sebagai pembela di hari akhirat (Hadis Nabi riwayat Imam Muslim).
Sangat besar ganjaran membaca Al-Quran kerana orang yang baru mempelajari Al-Quran dan yang tidak bertutur dalam bahasa Arab apabila mereka berusaha membaca Al-Quran dengan susah-payah pun akan mendapat pahala berganda seperti hadis Nabi di atas.
Marilah kita membaca Al-Quran, mudah-mudahan kita memperoleh kebaikan dan kelebihan dari amalan membaca Al-Quran.
Salam Jumaat Carneyz...perkongsian yang sangat bermakna...semoga semua urusan hari ni dipermudahkan ye...
ReplyDeleteSalam Jumaat SA. Semoga urusan SA hari ni pun dipermudahkan jugak :)
Deletesalam jumaat.. good sharing!
ReplyDeletesalam jumaat MA!
Deletedah tua2 ni barulah rajin semula nak baca Quran setelah sekian lama lalai. Mujur sempat tersedar sebelum mati...
ReplyDeleteAlhamdulillah mudah2an kita semua terus istiqamah :)
DeleteIkutkan...wajibkan diri baca setiap hari walaupun sikit, tapi nak istiqamah itu satu cabaran.
ReplyDeletebaca selembar sehari pun dah ok kak Ujie. tapi klu saya kat luar mcm skrg ni staycation di hotel, balik rumah baru qada' baca hehe.
DeleteSalam Jumaat kita!
ReplyDeletesalam jumaat uncle!
Deletesyukran for the reminder...mukjizat hingga akhir zaman........
ReplyDeletesemoga kita semua mendapat kelebihan dan pahala membaca Al-Quran.
DeleteTerima kasih ingatkan kami semua. Semoga kita terus istiqomah baca Al Quran setiap hari sehingga akhir hayat kita.. Aamiin Ya Rabb..
ReplyDeleteAmeen YRA...
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Bila difikir balik memang lagi kerap tengok handphone dari baca Quran. Haih malunya
ReplyDeleteSama2. Takpe, mulakan dgn sehari selembar Al-Quran pun dah ok.
DeleteInsya Allah. Saya akan cuba banyakkan baca al-Quran.
ReplyDeleteAlhamdulillah, jom kita sama2.
Deletepahala bukan ikut perktaan tp ikut huruf yg disibaca. bayangkan baca Basmallah je dah berapa pahala?
ReplyDeleteBetul tu Anies, baca je dah dapat pahala apa lagi bila mengajarkan & mengamalkannya.
DeleteTerima kasih atas perkongsian..
ReplyDeleteSama2 Sha.
Delete