Sarapan di Bricks & Bread KL
Masa staycation minggu lepas, aku ternampak ada kafe baru di depan hotel jadi esoknya kiteorang pun singgah sarapan di sini.
|
Kafe Bricks & Bread |
Rekabentuk kafe ni ala-ala bangunan di Eropah, ditambah lagi dengan perhiasan menjelang Krismas. Nak jalan-jalan ke Eropah musim sejuk belum ada rezeki, kita makan di kafe ala-ala Eropah je la!
|
Berangan-angan nak buat pintu dan tingkap bentuk melengkung ni kat rumah sendiri |
Kami jadi pelanggan pertama yang masuk ke kafe. Bila melangkah masuk, terus terpersona dengan interior kafe ni yang cerah dengan padanan warna hitam dan putih.
Kafe ni nampak luas sebab ada siling yang tinggi memandangkan ada lagi bahagian di tingkat atas (tapi ditutup, mungkin khas untuk tempahan atau bila ruang kat bawah dah penuh).
Di bahagian hujung kafe ada 2-3 buah meja, setiap meja muat untuk 4 orang. Selebihnya boleh pilih duduk di meja panjang menghadap centrepiece pokok bunga hiasan, menghadap tingkap atau duduk di luar.
|
Open air sitting area |
Selepas puas mencuci mata tengok keliling kafe, aku pun meninjau pulak pilihan pastries yang ada di sini. Semuanya nampak sedap. Harga pulak standard kalau pergi tempat-tempat hipster macam ni.
|
Aku pilih apple crumble cake untuk kongsi dengan Suami Terchenta dan anak-anak |
|
Pilihan donut yang ada |
|
Yang ni pulak pilihan roti |
Selain dari pastries, ada jugak menu lain kat kafe ni yang kita boleh order. Suami Terchenta pilih kaya toast dengan poached egg, Khadeeja pilih truffle fries, aku pulak ambik B&B Benedict dengan smoked salmon, dan Khayla pilih molten chocolate french toast. Alhamdulillah semuanya sedap-sedap belaka.
Yang bestnya, untuk yang baru pertama kali ke sini ada offer diskaun 20% bila scan kod QR TnG e-wallet untuk buat pesanan. Memang puas hati bersarapan di kafe ni.
Bricks & Bread KL
20, Jalan Kamunting, Chow Kit,
50300 Kuala Lumpur.
IG: bricksandbread.kl
FB: Bricks and Bread KL
Menarik ni..boleh masuk dalam list. Harga tu standard lah. Yang penting boleh feeling English gitu
ReplyDeleteFeeling mcm kat Europe sambil minum2 kopi hipsturr...
DeleteCantiknya kafe ni.. food pun nampak sedap semuanya 😋
ReplyDeleteCantik kan kafe ni PH. Food mmg sedap & service pun cepat & mesra.
DeleteKacaknya tempat tok... mun kmk yg jarang lepak dgn member tok x merasalah minum tmpt gitok... dgn anak² prefer tempat yg open jak sbb miak laki tok bising! hahaha
ReplyDeleteanak2 gik kecik mmg susah mok keluar lepak2 dgn member. mcm anak2 kmk dah besar, mun embak keluar pun sidak malas mok ikut :P
Deletebest nyaaaaaaa sy sukaaaaaaaa sgt! kalau lepak dan borak lama-lama kat sini pun sy sangguh hehehe
ReplyDeleteklu pergi waktu pagi best la lepak sini sbb tak ramai org. Tak sure pulak klu pergi waktu lain. tapi tmpt ni mmg menarik makanan pun sedap2.
Deletemenarik cafenya..wah ada discount utk 1st time..not bad
ReplyDeleteaah, tapi klu tak silap smp hujung bulan ni je. lupa pulak nak mention.
DeleteWow.. menu dia.. ohsem.. Puas hati tengok presentation dia dan jadi lebih best bila rasa pun sedap..
ReplyDeletemmg ohsem sha. best santai2 sarapan pagi di sini dgn keluarga.
DeleteWah! hipstur sangat ni. Sesuai sangat nak lepak-lepak minum
ReplyDeleteaah kafe hipstur... byk lagi kafe hipstur kat kl ni belum try hihi
DeleteKat chow kit ni...? wow
ReplyDeleteaah kat chow kit uncle. byk kedai makan kat area sini rupa2nya.
DeleteCantiknya cafe nie.. makanan pun nampak sedap belaka. Boleh cuba nanti..
ReplyDeleteCantik kan kafe ni Kak Sue. Sila2x, nnt Kak Sue buat review pulak hehe.
Deletekita masuk dalam list...walaupun macam tau suami kita agak berat kalau nak sarapan kat tempat gini..
ReplyDeleteKlu suami tak berminat ajak makan kat sini, boleh ajak kawan2 ke ;)
Deletecantik cafe nya..dah la foods sedap. puas hati sgt
ReplyDeletealhamdulillah puas hati masa tu apa lagi bila makan dgn family.
Deletenampak cantik tempat mkn dan tempting tgk makanan
ReplyDeleteboleh masuk bucket list klu sis dtg kl ;)
Delete