Sambungan dari trip ronda-ronda KL:
Lepas kiteorang breakfast dan tour satu Galeri KL tu, kiteorang decide nak jalan-jalan cari mural cantik. So of course tempat pertama dalam fikiran aku nak gi tengok mural yang ini:
Sumber: funntaste.com (Kredit imej: Instagram User violaine_archideco) |
Boleh tengok 10 tempat seni lukisan mural jalanan yang Instagrammable di KL.
Memandangkan naik bas awam lagi dekat dari naik LRT, kiteorang pun menapak ke depan bangunan Maybank untuk ambik bas GoKL warna purple menuju ke Bukit Bintang dan turun di Changkat iaitu lokasi lukisan mural ni.
Macam biasa, bas free ni penuh dengan warga asing |
Sampai di Bukit Bintang, kiteorang turun jalan kaki (gigih kan?) mencari tempat ni. On the way terjumpa gambar menarik so berhenti sekejap ambik gambar. Dah serupa pelancong pulak hihi:
Jumpa mural menarik tapi malas pulak nak ambik gambar elok sebab matahari tegak atas kepala! |
Peti surat kreatif dan mesra bajet |
Bila dah jumpa tempat ni, kiteorang rasa hampa sebab cat mural di tangga tu dah terhakis, sudahnya indah khabar dari rupa. Hmm... Penat je menapak ke sini dengan panas terik dan anak-anak yang tak biasa berjalan kaki merengek-rengek nak balik rumah.
Tak serupa macam dalam gambar Instagram |
Tapi tak pelah, hidup perlu diteruskan gituh... Cuaca yang baik menyebabkan kiteorang tetiba buat plan mengejut nak naik bas hop on hop off. Bukan selalu Suami Terchenta free dapat pergi berjalan-jalan dengan keluarga.
Harga tiket KL hop on hop off:
Sumber: Laman Web Rasmi KL Hop On Hop Off |
Kiteorang ambik promosi pakej keluarga 4 orang (2 dewasa dan 2 kanak-kanak). Harga dewasa RM27.50 seorang dan kanak-kanak RM17.50 seorang. Keseluruhannya RM90 untuk 4 orang, jimat RM10. Kakak aku pulak kena beli tiket harga biasa (RM30). Tiket ni kiteorang beli kat website, jadi aku tak pasti kalau pakej ni ada dijual di kiosk tiket. Mungkin boleh tanya staff kat kiosk.
Lepas beli tiket, kiteorang menapak ke Plaza Sungei Wang iaitu poin pertama bas ni. Kebetulan masa sampai kat situ bas dah tunggu so tak sempat nak ambik gambar kiosk tiket terus naik dan tunjuk e-tiket. Anak-anak excited pergi ke tingkat atas iaitu tempat duduk tak berbumbung.
Konsepnya ialah bas akan berhenti di setiap poin dalam laluan ni dan kita boleh naik / turun di situ |
Kali ni memang ramai pelancong asing yang naik bas hop on hop off ni. Kiteorang pun tumpang sekaki jadi pelancong jugak hehe. Khadeeja nak duduk paling depan dengan kakak, aku dengan Suami Terchenta dan Khayla pulak duduk di belakang kiteorang.
Sempat lagi kakak ambik gambar kami |
First half of the journey, kiteorang memang enjoy trip ronda-ronda KL naik bas hop on hop off ni tambahan cuaca memang sangat baik (tapi mak aiiii panas lit-lit tau! Pesan aku bawak la topi, kipas lipat / kipas USB, air dan baru la selesa sikit)
Sebenarnya boleh je berhenti dan turun di mana-mana poin laluan bas ni. Nak naik semula, kena pergi balik ke poin perhentian bas dan naik bas yang lain (cuma perlu tunjuk tiket je). Tapi kiteorang malas nak turun sebab malas nak menapak haha! Memang niat nak ronda-ronda KL atas bas je.
Bricksfield dan Little India |
KL Sentral dan Nu Sentral |
Second half of the journey, masa bas meronda di Taman Tasik Perdana tiba-tiba bas rosak pulak! Adeh... buat malu je dengan pelancong-pelancong asing ni. Lama jugak kiteorang stranded di depan Muzium Islam, sebelum akhirnya bas berjaya hidup dan berjalan sampai ke depan Dataran Merdeka tempat kiteorang memulakan misi ronda-ronda KL pagi tu. Kat situ, bas berhenti dan kiteorang kena naik bas di belakang.
Bas di belakang sampai dalam 10 minit tapi penuh yakmat pulak... Dah la penuh, kat tingkat atas pelancong dari China / Hong Kong tengah syok berkaraoke sambil berjoget-joget. Bingit telinga dibuatnya. Kiteorang sanggup tunggu bas seterusnya dalam 30 minit kot. Cuaca dah berubah jadi mendung.
Akhirnya bas kedua tiba. Kami pun naik bas tu yang sedikit lengang. Tapi tak sampai 10 minit, hujan mulai turun. Mula-mula masih renyai-renyai jadi anak-anak tahan lagi nak duduk di bumbung bas yang terbuka, tapi bila sampai ke bulatan Pahang, hujan mulai lebat. Terpaksa la kiteorang cari tempat duduk di dalam.
Menunggu bas seterusnya tiba |
Awan berarak mendung masa ni |
Sampai di KLCC, ramai yang naik dan masa ni hujan pun berhenti. Aku dah malas nak naik ke bumbung, Suami Terchenta dan anak-anak je yang gigih naik dan duduk di kerusi basah. Aku dan kakak duduk di tingkat bawah je sepanjang baki perjalanan. Maka terlepaslah peluang nak ambik gambar-gambar menarik sekitar KLCC dan Menara KL.
Setakat tu je la trip ronda-ronda KL kami. Bawak anak-anak naik bas hop on hop off satu pengalaman yang menarik cuma dalam kes kami jadi spoiled pulak bila bas rosak di tengah jalan.
Kalau nak merasa pengalaman pusing satu KL boleh la cuba KL hop on hop off ni sementara promosi masih berjalan. Sure budak-budak enjoy.
spoiled dan memalu je kann kalo bas pelancong rosak., hahaha
ReplyDeleteaah dah la ramai pelancong asing naik bas tu haha
DeleteMenariknya.. teringin la nak jalan siang dan malam naik bas ni 🤩 Mmg spoil kalau bas rosakkk.. adehh.. Sabo jela... Benda nak jadik
ReplyDeleteItulah nasib kurang baik bas kami tu rosak pulak. Mlm mesti lagi best sbb tak panas & boleh tengok lampu warna-warni sekitar KL tapi risikonya hujan la. Kat KL ni mlm2 hujan je skrg.
Deletesayangkan..mural dah x menarik, x terjaga...tak pernah naik lagi bas HOHO...syok ronda-ronda kotaraya dari atas bas...ada plak insiden bas rosak...huhu..
ReplyDeleteTak plan pun mulanya nak naik bas HOHO tu (comel pulak singkatan nama bas ni) tapi dah alang2 ada promosi tu terus je kiteorg beli tiket on the spot hehe
Deletewah..best nya. seronok jenjalan mcm pelancong...
ReplyDeleteSekali-sekala playing tourists kat tempat sendiri hehe
DeleteUncle pun pernah buat... Zaman rambut hitam... 😄
ReplyDeleteHaha! Kalau suruh pusing KL jalan kaki lagi mmg kirim salam je la. Nak pusing satu mall pun dah semput hihi
DeleteKak Sue pernah juga naik bas nie masa anak-anak Kak Sue pun kecik lagi. Best dapat pusing-pusing KL kan..
ReplyDeleteSeronok, sbb tak perlu penat2 menapak turun naik lrt / bas hehe.
Deletesuatu hari nanti kalau ada peluang memang nak cuba juga la...macam best sangat...cuma bab panas terik tu.... tak tahan kot
ReplyDeleteInsha Allah... naik bas malam pun menarik.
Deletebestnya
ReplyDeletecantik gambar2
cuti sekolah ni blh plan jln2 round kl
aah round kl pun seronok.
DeleteBestnya di kl ada bas gini... Cuya di Melaka dah kurang dah perkhidmatan bas. Rindu nak naik bas...hehe
ReplyDeleteDekat hometown saya pun dah takde perkhidmatan bas dalam bandar. Kat KL ni je merasa naik bas hehe
DeleteCuaca KL gitulah, panas lit lit, tetibe hujan. Adeh. Tapi memang best naik hoho ni walaupun tak turun
ReplyDeletemmg puas hati dpt pusing satu kl hehe
Deletebas toklah kmk x sempat embak sidak #theiman nait... tp ada lah sehari meronda kl dr nait komuter, lrt, bas, taxi, berjalan kaki... semua yg x pernah dirasa di kch... hahaha... di tmpt urg jak merasa mun di kch berjalan kaki gia alu rami urg dikenal negur
ReplyDeleteyalah, experience tok nang di KL jak ada. Tempat2 lain di semenanjung pun sikda gitok.
Deleterosak? aisehhh sm laa kes saya...kami kena ms tu kat klcc... diorg dah patut tukar bas baru... sbb ms pkp dulu kan x byk bergerak....
ReplyDeleteentah2 bas yg sama. mmg patut upgrade sbb bas tu tumpuan ramai pelancong asing nak meronda satu kl.
Deletemenarik tpi kalau cm sy ank 4..2 ke bawah tu masih lasak..rasanya cm xleh bawaklagi ni naik bas gini haha.nnt mak dia yg strezzz buat nya melasak dlm bas..haha xpe ada rezeki tggu dieorg besar sikit lagi hihi..anyway menarik cerita sis..hati mcm nk gggg...gambar sis semua cecantik2
ReplyDeletehehe dapat bayangkan camane stress sis dibuatnya. Tunggu dieorg besar sikit dah boleh behave baru la dapat bawak dieorang naik.
Deleterindunya naik naik bas ni. di penang sudah diberhentikan bas HOHO ni. pernah naik di KL thn 2016. duduk atas panas jugak la
ReplyDeleteoh baru tau kat penang pun pernah ada jgk. Kenapa diberhentikan? Sbb takde sambutan ke?
Delete