Dua minggu lepas, aku ajak Suami Terchenta singgah ke Ruma Puteh tak jauh dari Taman Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya.

Dah lama tempat ni dibuka, tapi ni baru kali pertama kami singgah makan di sini.

Sampai-sampai je kami berjalan melalui pintu gerbang merah jambu ni. Cantik! Patutlah ramai budak-budak muda suka bawa pasangan ke sini untuk OOTD di pintu gerbang ni.


Ruma Puteh Titiwangsa

Kami pergi selepas waktu tengahari, dalam pukul 3 petang. Jadi tempat ni sedikit lengang. Aku pun ambik kesempatan berjalan-jalan sekeliling mengambil foto.

Ruma Puteh ni asalnya bangunan rumah banglo yang diubahsuai menjadi tempat makan yang estetik sesuai dengan golongan pengguna media sosial. Setiap sudut tempat ni menonjol dengan warna-warna terang dan suasana tempat makan dalam taman yang santai.


Ruma Puteh Titiwangsa
Kawasan luar di hadapan bangunan


Ruma Puteh Titiwangsa
Ruang makan dalam hadapan

Ruma Puteh Titiwangsa
Ruang makan dalam di belakang berwarna biru dilimpahi cahaya semulajadi dari bumbung kaca yang tinggi

Ruma Puteh Titiwangsa
Ruang makan di luar bangunan

Memandangkan kami belum makan tengahari lagi, jadi kami pun order makanan berat. Pekerja di sini mencadangkan kami mencuba menu baru iaitu salted egg beef bacon pasta dan mango salmon fried rice. Untuk minuman pulak, memandangkan cuaca panas aku pesan minuman ocean breeze iaitu air kelapa dan daun pudina dengan pewarna biru. Aku terlupa pulak nama minuman Suami Terchenta tapi ada laici dan juga batang serai. 


Ruma Puteh Titiwangsa
Minuman kami 

Ruma Puteh Titiwangsa
Mango Salmon Fried Rice

Ruma Puteh Titiwangsa
Salted Egg Beef Bacon

Bagi aku menu baru ni biasa-biasa je rasanya. Tak la terlalu menarik. Dengar cerita menu wajib cuba di sini ialah nasi kerabu atau nasi lemak. Cumanya masa aku datang ni aku rasa nasi kerabu tu agak berat sedangkan aku tak la terlalu lapar. Mungkin lain kali kalau ke sini lagi aku pesan nasi kerabu pulak. Siapa yang dah pernah ke Ruma Puteh ni, boleh kongsikan menu apa yang korang rasa sedap di sini?


Ruma Puteh
60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur. 
Dibuka setiap hari (9pagi - 7 petang)
IG: rumaputeh

28 comments:

  1. Cantiknya kafe ni. Kalau buat private event pun sesuai kot ye...
    Pasta tu nmpk sedap 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang buatkan saya tertarik & ajak asben dating kat sini hihi...
      pasta tu rasanya ok, lepas beberapa suap rasa muak sikit.

      Delete
  2. cantik deko cafe ni...tp ammi selalu mcm takut je nak pegi tempat camni...takut mahal harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya sebelum jejak kaki ke tempat makan, saya akan google dulu menu & harga makanan supaya tak terkejut nanti :D

      Delete
  3. Dua menu baru tu nampak menarik pada persembahannya tapi rasanya biasa-biasa je ye.. hurm.. Cantik dimata tak kena di selera gituh!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye Sha, menu yg kami pilih tu kurang kena dengan tekak saya tapi persembahannya mmg tip-top, tempat pun cantik.

      Delete
  4. dah agak dah kat jalan kuantan... sy pun suka pintu gerbang mcm tu. dulu2 kalau jumpa kan, selalu berangan tgh buat MV hahaha klip video lagu2 dulu kan suka pintu gerbang ni hahahaha

    mengancam tu air kepala buh daun pudina... sy sangkakan soda biru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... hebat tol imaginasi anies, takpe nnt klu buat wedding boleh buat wedding video kat sini ke :D

      aah saya pun ingatkan air soda biru rupa2nya air kelapa hehe.

      Delete
    2. tak de laa... mmg selalu terfikir mcm tu. punca dia: kedai CD kat dlm bukit bintang😂

      Delete
  5. Cantik sangat. Staff kat sini rajin ambilkan gambar. Hehe.

    Tu lah makanan dia biasa biasa je. Dan kalau bawa kek dari luar dia akan charge rm30.

    ReplyDelete
    Replies
    1. staff dah lali kot org selalu mintak tolong ambikkan gambar hehe.

      mahalnya kena caj 30 bawak kek dari luar. hmm... tapi klu time tu takde jual kek, tak aci pulak kan. apa pun tu polisi dieorg kita ikut je la.

      Delete
  6. Cantiknya dekorasi, tenang.
    Minuman ocean breeze tu sungguh menggoda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekorasi kat sini memang khas utk kaki2 medsos kak ujie hehe. hari panas minum air kelapa sejuk mmg sedap.

      Delete
  7. cantik view & ambience menarik...nasi kerabu sedap di sini, kena pi try jg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jauh dari sentul ni nohas. byk online review cakap nasi kerabu sini sedap, lain kali nak cuba jugak la.

      Delete
  8. Replies
    1. Ocean breeze uncle. Agaknya sbb air kelapa sbb tu ada nama ocean tu

      Delete
  9. Cantik dekorasi dia, nampak moden.
    Dah lama tak sampai area Taman Tasik Titiwangsa tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg trend tempat makan kat kl ni buat tempat makan cantik2 supaya viral sebab ramai org suka update kat sosmed. Nur klu datang ke kl boleh la singgah sini.

      Delete
  10. Ehhhhh..cantiknyaaa tempat ni 🤩
    Teringin pulak pergi.. .. Mesti banyak bergambar Kalau Sy dtg sana..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mmg tu tujuan utama org datang ke sini nona. makan no. 2 sebenarnya hihi

      Delete
  11. Kalau appointment di klinik kesihatan titiwangsa selalu lupa yang kat situ ada tempat makan juga..end up ke medan selera kg baru atau resto2 minang di situ. Might b someday boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sekali-sekala ubah selera ke sini pulak. medan selera kg baru tu pun pernah jugak pegi, ikan bakar kat sana not bad.

      Delete
  12. Kacak ehhh... nang sesuai pakei sidak yg suka ootd bergambar... bunyi menu tek mcm nyaman grand jak bunyi tp mun ktk madah rasa tek biasa² jak ertinya berjayalah marketing owner tok

    ReplyDelete
    Replies
    1. giyalah kakmim, di sitok nang marketing polah restoran kacak2 sak ramai dak instagrammers, tiktokers datang polah IG reel / Tiktok video then viral la kedai ya.

      Delete
  13. saya pun suka datang restoran macam ni untuk ambil gambar. feeling gitu. terbayang salmon mango tu ingatkan sedap bebenor. rupa ada dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. asben kata pelik sikit sbb mangga tu manis, sebab tak biasa makan ikan rasa manis2 buah hehe

      Delete
  14. wah...kacak tempat tok...best untuk ngedate bersama orang tersayang

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .