Melawat Galeri Kuala Lumpur
Sambungan dari trip ronda-ronda KL:
Dah alang-alang ke KLCG, kami pun berjalan-jalan dalam Galeri Kuala Lumpur dalam bangunan yang sama.
Wow, banyak jugak yang menarik kat sini. Kaki OOTD mesti syok sebab banyak sudut yang cantik boleh buat background OOTD.
Jom layan gambar-gambar di Galeri KL ni:
|
Auto ceria je masuk ruang ni |
|
Mukim-mukim di KL.. Aku duduk di mukim Batu hehe |
|
Banyaknya mentol |
|
KL di atas bulan |
|
Tempat ni memang dikhaskan untuk bergambar |
|
Sudut bergambar lagi |
|
Wefie ramai-ramai pulak |
|
Khayla dalam "Street Pillars" |
|
Reflection bangunan Sultan Abdul Samad |
|
Replika bandaraya KL (Nampak rumah lama dari sisi ni!) |
|
Keratan akhbar dari satu masa dahulu |
|
Replika Masjid Jamek |
|
Replika Galeri KL |
|
Sejarah KL satu ketika dulu |
Banyak maklumat sejarah tentang KL yang kita boleh belajar di galeri ni. Masuk pun percuma je.
Sedikit fakta tentang KL City Gallery:
Dikendalikan oleh ARCH, jenama Malaysia yang membuat cenderahati dan barang koleksi buatan tangan, Galeri KL ialah galeri persendirian dan juga pusat maklumat pelancong terletak di bangunan 2 tingkat bercirikan rekabentuk Moorish yang berusia 114 tahun. Galeri ini terletak di tengah-tengah pusat warisan Kuala Lumpur - Dataran Merdeka, berhadapan dengan tiang bendera setinggi 100 meter di mana bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaya dinaikkan buat pertama kali.
Di Galeri KL, pengunjung dipersembahkan dengan penceritaan sejarah Kuala Lumpur dalam bentuk model berskala kecil, miniatur, gambar, diorama dan sebagainya.
Tarikan utama galeri ini ialah Model Bandaraya Kuala Lumpur yang besar mengandungi lebih dari 5000 bangunan dan struktur miniatur yang dibuat dengan tangan.
Pertama di negara Asia Tenggara, model ini memaparkan identiti bandaraya ini melalui pemetaan unjuran multimedia yang canggih diiringi cahaya dan audio yang menakjubkan serta pertunjukan video mengenai fakta tentang bandaraya KL.
Sumber: https://www.visitselangor.com/kl-city-gallery/
uncle memang rait kalau tengok model2 bangunan kecik tu.... rasa diri macam ultraman!
ReplyDeletehaah kan uncle, masa pegi ke minnature dekat sg wang pun camtu jugak. rasa mcm raksasa ultraman je hihi..
DeleteMenarik tengok replika bandaraya KL tu.
ReplyDeleteBoleh leka perati sambil nak fahamkan kedudukan.
itulah kami teruja nak cari kat mana area rumah kami. Lepas 2-3 kali pusing baru jumpa hehe
DeleteSemua cantik. Sesuai untuk bergambar jugak ni.
ReplyDeleteMemang tempat ni khas untuk orang yang suka ambik gambar hehe
DeleteMenariknya!
ReplyDeleteHarap ada peluang ke sana. Anak4 mesti suka ni...
Boleh bawak anak2 ke sini waktu cuti sekolah PH. Tapi kena datang masa off peak hours (lepas breakfast & lepas lunch) sbb tempat ni selalu penuh je nak pegi galeri pun kena beratur.
DeleteAduh, apa ni saya anak jati KL tak sampai lagi ke sini. Pernah lalu luar je. OK next time kena pergi
ReplyDeleteAjak anies teatime kat sini mesti menarik!
Deletepunya laa byk kali pergi dataran merdeka tp tak pernah singgah sini... hehehe... menarik juga ni. boleh berlama lamaan kat sini...
ReplyDeleteItulah Anies, dah lama duduk KL ni first time singgah ke sini hehe
Deletepernah gi galeri ni masa baru buka, masa tu cafe belum ada lg...beratuq nak ambik gambar kt 'I love KL'..
ReplyDeleteaah penah gak ambik gambar 'i love kl' tu tapi tak perasan rupa2nya sebelah tu ada galeri hehe
Deleteseronoknya..meriah posing2 ..
ReplyDeletemmg tempat utk berposing ni MA hehe
DeleteKacak eh... x pernah pegi sitok... baru kh dh lamak ada tok oo?
ReplyDeleterasanya dah lamak tapi kmk pun baru tauk juak hehe
Deletetak pernah sampai di sini lg.. haha. boleh selfie puas2 kalau tidak ada orang
ReplyDeletemmg tempat yg sesuai utk berselfie :)
Delete