Jumaat lepas, Suami Terchenta nak ke rumah lama di Gombak untuk ambik surat-surat dalam peti surat di sana. Dah alang-alang ke Gombak, aku pun nak ikut sebab nak singgah di MJ Bakers Sri Gombak membeli beberapa barang untuk aktiviti makan-makan hujung minggu tu.

Kami decide naik motor je, senang nak parking depan kedai. Lagipun Sri Gombak tu boleh tahan jugak sesak. On the way, langit dah mula menampakkan tanda-tanda akan hujan. Jadi cepat-cepat aku membeli barang-barang di MJ Bakers World. Sementara aku masukkan barang-barang dalam beg kitar semula, Suami Terchenta pulak membuat pembayaran. Selesai pembayaran, kami terus keluar dari kedai dan singgah di rumah lama mengambil surat-surat sebelum balik ke Sentul.


MJ Bakers World
Aku suka singgah di MJ Bakers World sebab suka susun atur kedai dan juga harga bahan-bahan bakeri di sini pun agak berpatutan

Sampai je di rumah, aku letakkan beg di dapur sebelum pergi mandi, solat Maghrib dan memasak untuk makan malam. Dah setel makan malam, eh baru teringat barang-barang belum disimpan.

So masa mengemas dapur, aku pun simpan barang-barang yang dibeli dan barulah menyemak resit bayaran. Terkejut besar aku tengok total bayaran dan bila diperiksa barulah perasan ada caj untuk whipping cream berharga RM49.80 dan jugak beg plastik RM0.20 sedangkan aku tak beli pun bahan tu dan aku guna beg kitar semula. Jumlah kesemuanya yang terlebih bayar ialah RM50.

Aku teringat pernah memesan barang-barang dari kedai MJ Bakers World Sri Gombak melalui Whatsapp, terus la aku Whatsapp nombor kedai tu. Masa ni, aku memang kecewa dengan diri-sendiri kenapalah tak terus check resit sebelum meninggalkan kedai. Tapi yalah, dah tengok langit hitam terus nak cepat je balik tak teringat nak check resit masa tu. 

Maaflah bahasa pasar sikit sebab owner kedai ni Chinese:


MJ Bakers World
Aku siap ambik gambar barang-barang yang aku beli beserta beg kitar semula yang aku guna

Masa ni memang pasrah kalau tauke taknak refund sebab yalah, salah diri-sendiri tak check resit kan. Tapi esok paginya aku dapat Whatsapp balas dari kedai:


MJ Bakers World

Alhamdulillah! Baiknya owner kedai ni, dengan jujur dia mengaku silap dia jugak sebab lupa nak save bill sebelum dia scan barang-barang yang kami beli. Tak sampai 5 minit aku bagi nombor akaun untuk refund duit dah masuk. 

Lepas ni Insha Allah aku akan terus menjadi pelanggan yang setia sebab aku percaya kedai ni berniaga dengan jujur. Walaupun jarak kedai jauh dari rumah, tapi aku lebih prefer berurusan dengan kedai yang jujur macam ni. Harga pun berpatutan, lebih murah dari cawangan bahan-bahan bakeri satu lagi yang terkenal tu. 


MJ Bakers World Sri Gombak
59, Jalan Prima Sg2, Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Whatsapp: +60 17-255 6169 (untuk order online)

25 comments:

  1. Mmg ada seller bangsa C yg jujur berjual gia.. ya juak x ngendak kenak kita nk berbeli dgn sidak nak ooo.. tp byk bah rm50 ya nang nasib bait maok refund

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah tek kakmim, alu semalam2 la rasa sak ati dik pun ngenang RM50 ya besar amount ya. Mun sik mok refund nang rugi rasa, jerak mok gi kedai ya agik hehe.

      Delete
  2. alhamdulillah... dpt jg refund... banyak juga tu. kalau 5 sen or 50 sen boleh je nak halalkan. ni RM50 kot? boleh beli telur 2 papan ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish.. tu la anies. mmg rasa menyesal sgt2 mlm tu sbb tak terus check resit lepas bayar. Asben pun nak cepat dia wave je kad tak tgk harga kat mesin. Alhamdulillah, owner kedai dah pulangkan bayaran terlebih tu.

      Delete
    2. sy faham... kalau keadaan mcm tu, sy pun kalut juga... janji dpt refund. dah lega. alhamdulillah

      Delete
  3. masih ramai orang yang jujur dan tak ego mengaku kesilapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, rezeki berjumpa dgn peniaga yang jujur. semoga berlipat-ganda untung & bertambah pelanggan kedai ni asbab sifat jujur yg diamalkan.

      Delete
  4. Haah kalau kedai perkhidmatan bagus memang akan diulang. Kalau saya begitulah.
    Nasib baik tengok resit. Cuba kalau terus resit masuk tempat kitar semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah tabiat dari zaman belajar dulu memang terbiasa rekod perbelanjaan harian, tu yg check resit :)

      Delete
  5. yg membaca ni turut berdebar kot xdpt refund..kdg di pasaraya pun sama time bayar dlm hati duk kata knp la mahal sgt barang sikit je bila tengok resit ada yg 2x scan

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengajaran buat diri-sendiri kena selalu check resit walaupun nak cepat. tak semua peniaga yg jujur / boleh tolak ansur macam ni huhu

      Delete
  6. Alhamdulillah, selamat dapat refund.
    Sekarang saya memang dah jadi tabiat, check resit sebelum keluar kedai. Kalau take away makanan pun, jadi, kalau ada order tak cukup, kita boleh tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... sepatutnya gitu la Nur. Gara2 naik motor takut hujan turun terus tergesa2 bayar dan keluar tanpa check resit huhu

      Delete
  7. bagus bagus.... nasib baik dia ngaku salah dia juga... alhamdulilah rzeki tetap ada tu namanya hehehe

    ReplyDelete
  8. Boleh pegi lagi le cam tu..... terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya duduk dekat sentul tapi sanggup order dari kedai ni guna delivery service sbb barang2 situ murah compare dgn kedai bakeri yg dekat2 sini.

      Delete
  9. Bagus owner dia 👍
    RM50 is a big amount...

    ReplyDelete
  10. bagus peniaga mcm ni, customer pun senang hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, salah satu cara untuk build customer loyalty

      Delete
  11. Alhamdulillah. Rezeki sis tu. Semoga bisnes MJ Bakeri terus maju

    ReplyDelete
  12. Syukur orang yg meniaga ni jujur kan dan x mahu ambil untung mudah..rezeki Carneyz jugak la tu

    ReplyDelete
  13. dia bayar balik oklah...
    dia pun taknak hilang customer

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah senoga bertambah rezeki penjual jujur

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .