Throwback staycation kami last weekend.

Memandangkan minggu ni Suami Terchenta kena bekerja weekend, sajalah nak manjakan diri dan luangkan masa dengan keluarga di Hotel Stripes KL. 


Hotel Stripes KL
Hotel Stripes KL menggunakan batu-bata dalam rekabentuk sempena sejarah kawasan Jalan Kamunting pada zaman British manakala nama hotel diambil sempena jalur melintang hitam di antara susunan batu-bata

Sesampainya di hotel, kami menyerahkan kunci kereta kepada parking valet sebab di hotel ni tiada kawasan letak kereta khas. Caj perkhidmatan valet parking ialah RM10 sehari untuk tetamu hotel.


Hotel Stripes KL
Lampu pendant siling di lobi

Hotel Stripes KL
Tempat breakfast Brasserie 25, cuma aku pilih tak ambik breakfast sekali sebab nak try kafe Brick & Bread yang bertentangan dengan hotel

Hotel Stripes mempunyai beberapa fasiliti seperti kolam renang yang terletak di bumbung hotel, gimnasium dengan penghawa dingin, ruang pelbagai fungsi, studio mesyuarat, restoran dan bar. Sayangnya semasa kami check-in, kolam renang ditutup memandangkan ada event di situ.

Kami book bilik Deluxe Guest Room dengan katil king size. Bilik ni menggabungkan ciri-ciri moden kontemporari dan urban chic. Terdapat gambar kawasan hotel sekitar tahun 1940-an / 50-an dulu yang terpampang di atas kepala katil yang memberi penghormatan kepada sejarah awal kawasan hotel yang pernah menjadi penempatan pelombong bijih timah.

Biliknya agak luas dengan ruangan optimum yang menempatkan sebuah sofa, meja kerja, meja tepi katil dan kabinet TV dengan padanan warna natural dan gelap.


Hotel Stripes KL
Uniknya singki bilik air dengan kabinet marmar hitam lengkap cermin elegan dengan lampu backlight diletakkan di luar bilik air

Hotel Stripes KL
Tuala muka dan peralatan mandian hotel

Lantai dan dinding bilik air hotel diperbuat dari batu marmar yang poros. Terdapat kamar mandi yang sangat luas, dipisahkan dengan bilik tidur oleh dinding kaca 'frosted' untuk menjaga privasi.


Hotel Stripes KL
Bilik air

Hotel Stripes KL
Syampu, perapi dan gel mandian dari jenama Mangosteen


Hotel Stripes KL
Mesin kopi turut disediakan di dalam bilik

Hotel Stripes sememangnya sesuai sebagai tempat staycation bukan setakat bilik yang selesa dan moden dengan akses Wifi hotel percuma tapi jugak dikelilingi tempat-tempat makan yang menarik. 

Untuk ahli Marriott Bonvoy, sekarang ada promosi nikmati mata ganjaran bonus untuk setiap penginapan layak bermula dari penginapan kedua yang berlangsung sehingga 15 Disember 2022.

Tempahan hotel boleh dibuat dengan melayari laman web www.stripeskl.com.


Hotel Stripes Kuala Lumpur
Autograph Collection
25, Jalan Kamunting
50300 KL.
Tel: 03-2038 0000

12 comments:

  1. Unik reka bentuk bangunannya! 🤩 Selesa pun selesa.. Nice lahhh 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan… yang penting byk tempat menarik di sekitar kawasan hotel 🤩

      Delete
  2. teringin nak staycation sini. lawa pic sis! sayangnya takde gambar di pool

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ambik gambar pool tapi first day pool tutup, 2nd day pool ramai sgt org segan pulak nak ambik hehe...

      Delete
  3. Replies
    1. Hotel ni baru sebab tu design pun latest dan ikut trend semasa.

      Delete
  4. cantiks..plus bilik nya pun luas. selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katil King tu muat 3 orang klu nak selesa hihi… sorang lagi kena tido atas sofa tapi sofa pun luas & empuk jadi tak kisah pun.

      Delete
  5. mewahnya rekaan hotel ni.. cantik dan luas. sygnya nina kalau ke KL bersepah rumah boleh stay. haha. nk stay hotel tu jarang la

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .