hello 2023
Kredit imej: freepik.com

Tak lama lagi tahun 2022 akan melabuhkan tirainya. Macamana dengan azam korang tahun ni? Ada yang berjaya tak? 

Azam tahun 2022 aku cuma untuk menjadi blogger yang aktif semula. Alhamdulillah, aku masih lagi konsisten menulis setiap bulan dan trafik blog mula naik sedikit demi sedikit. 


google adsense

Bulan Disember ialah bulan yang mana blog aku menjana hasil Google Adsense yang paling banyak setakat ni. Walaupun belum lagi mencapai 2 angka, tapi ianya naik dua kali ganda berbanding bulan pertama lepas Google Adsense mula menyiarkan iklan di blog aku. Kalau ikutkan jumlah yang diperoleh sekarang, mungkin 2 tahun lagi baru dapat cash out hasil yang diterima, tapi ia menjadikan aku lebih bermotivasi untuk terus menulis. 


google adsense


Dengan berakhirnya tahun 2022, sekarang tiba masa untuk memikirkan tentang resolusi tahun 2023 ya tak? 

Kalau korang belum lagi buat azam tahun baru, mungkin korang boleh ikut tips ni:

Tips membuat azam tahun baru

  1. Ambil satu kertas kosong, catatkan 10 visi yang ingin dicapai pada tahun 2023 menggunakan ayat aktif contohnya: 'Saya turun berat badan sebanyak 10kg', 'Saya pergi bercuti ke tempat idaman saya', 'Saya tukar kerja yang lebih baik', 'Saya berhenti merokok', 'Saya memiliki simpanan sebanyak RM10k', dsb.
  2. Daripada 10 senarai visi ni, fikirkan kalau korang ada kuasa ajaib yang boleh tunaikan hajat korang dalam masa 24 jam, mana satu visi yang paling membawa makna pada korang? Bulatkan visi tu.
  3. Ambil satu lagi kertas kosong, tuliskan visi tu dan letak tarikh hari ini dan deadline visi.
  4. Tuliskan senarai tindakan (action items) untuk korang capai visi ni. Susun action items korang.
  5. Tampal kertas ni di tempat yang senang korang tengok dan baca setiap hari. 


Azam tahun baru aku nak dapatkan berat badan yang normal sebab bila BMI normal, bermakna aku dah tak perlu bergantung dengan ubat kencing manis / darah tinggi, tahap kesihatan aku lebih baik dan aku boleh cuba untuk pregnant lagi. 

Macamana dengan korang?

30 comments:

  1. wahh usaha tangga baby tuuh., aminn

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru sis... Moga segala Azam & hajat tercapai 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru sis :) ameen YRA... semoga azam dan hajat PH pun tercapai jugak tahun ni.

      Delete
  3. Selamat tahun baru Carneyz..senang je nak naikkan Adsense, update yg consistent sehari 3-5 entry, lagi bagus kalau lebih, Blogwalking, tinggalkan jejak di blog kawan2..GA akan trigger bila kita aktif..blogout je apa2 disekeliling kita, pasal koleksi tudung ke, ragam orang ke...Azam SA untuk 2022 alhamdulillah tercapai sudah..asyik carry dorward je kan..now looking forward for 2023..selamat tahun baru ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kongsi tips SA :) semoga tahun 2023 membawa hidup baru yg penuh bermakna & jodoh yg bahagia untuk SA.

      Delete
  4. Hepi new year karni n jun!! Semoga bertambh rezeki korang lg.. Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy New Year Kak Ret! Ameen YRA... semoga murah rezeki kak ret jugak :)

      Delete
  5. pendaat saya pulak, tips azam tahun baru adalah dengan setting habit. contohnya jangan cakap azam nak cut sugar, tapi tukar kepada minum air manis sehari dua cawan sahaja. ha, nampak lebih realistik dan boleh dicapai

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru.. semoga tahun 2023 lebih baik dan dilimpahkan rahmat Allah swt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru :) Ameen YRA, semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik tahun ni.

      Delete
  7. Azam saya banya baca al-Quran dan banyak istighfar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azam yang sangat baik tu NA. Boleh ditiru ni.

      Delete
  8. Happy new year sis!! Semoga dipermudahkan semua.. ada baby baru 2023 tok.. selalunya lps miacarriage mudah nk lekat koh... jgn stress k.. mudahan lekat pastok 💪🏻💪🏻💪🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year juak dgn kitak kakmim! Ameen2 YRA... kenak usaha lebih sihat dolok sebab sik mok another high-risk pregnancy. Yalah, mala jak berdoa supaya dapat twins senang bah, terus tutup kilang lekak ya :D

      Delete
  9. Selamat tahun baru Carneyz...semoga tercapai azam kita semua..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. HNY ye😍 Moga bebaik je kehidupan mendatang..Amin! Yaaa kan..Kena tulis kat paper Baru lebih jelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year jugak buat nona, semoga yg baik2 aje tahun 2023 ni ;)

      Delete
  11. Selamat tahun baru Carneyz.. semoga tercapai semua azam ya.. Aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Sue. Semoga Kak Sue pun dapat capai semua azam tahun ni :)

      Delete
  12. selamat tahun baru .. moga terus maju key!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih MA, lambat pulak reply nya hehe

      Delete
  13. insy allah mudah-mudahan Dia perkenankan.

    azam sy? nak travel byk2😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, klu ada fulus dan waktu free boleh diusahakan tu :)

      Delete
  14. semoga semua azam baru kita menjadi kenyataan amin

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .