Cuti Krismas kali ni aku dan BFF dah rancang nak buat makan-makan hujung tahun merangkap birthday party untuk anak-anak.

Macam tahun-tahun ni, konsep potluck menjadi pilihan aktiviti makan-makan kami. Zura bawak appetizer (beef stew dan bread roll), aku selaku tuan rumah siapkan hidangan utama (roasted chicken, roasted vegetable dan mashed potato) dan Nurul pulak bawak pencuci mulut termasuk kek birthday.

Tup-tup pagi tu Zura mesej bagitau dia tak sempat nak belikan bread roll jadinya aku pun buat French loaf sebab tu je roti paling senang dan cepat aku boleh buat.


Christmas feast
Beef stew

Christmas feast
Roasted veggies

Christmas feast
Dari atas: Roasted chicken, French loaf dan mashed potatoes

Christmas feast
Dari atas: Pavlova, cheese tart, chocolate cupcake dan brownies

Christmas feast
Kek jeli

Asalnya aku nak buat ayam rotisserie-style yang bergolek-golek dalam ketuhar (kemain lagi excited nak merasmikan alat rotisserie dalam oven tu!) , tapi bila nak pakai rupa-rupanya skrunya longgar pulak. Huhu... kecewa. Patutnya masih ada waranti tu tapi Suami Terchenta malas nak report, dia order skru baru harga RM10 je. Patut la murah brand Rubine ni, hmm...

Pukul 12.30 majlis bermula dengan acara potong kek jeli.


Christmas feast
Berkumpul untuk menyanyi lagu Happy Birthday

Lepas potong kek, barulah acara makan-makan. Alhamdulillah, makanan memang just nice - tak lebih dan tak kurang. Cuma mashed potato je la tak boleh nak repeat sebab satu round dah abis licin!  😋


Christmas feast
Budak-budak makan kat ruang tamu dan orang dewasa duduk di meja makan

Acara seterusnya ialah bermain musical chair.  Kecoh la sekejap rumah, dengan jerit tawa, tak kurang juga drama air mata sebab tak puas hati masa berebut kerusi. Siapa yang menang dia akan pilih dulu hadiah yang disediakan (kiteorang dah sediakan hadiah untuk acara tukar-tukar hadiah) diikuti orang yang kedua terakhir dan seterusnya. Sebenarnya permainan macam ni bagus untuk mengajar budak-budak ni erti kehidupan, hidup tak semestinya menang je adakalanya kena hadap juga kekalahan dengan cekal, tak gitu? Hehe. 


Christmas feast
Acara musical chairs

Tak dilupakan ialah acara bertukar-tukar hadiah antara kiteorang bertiga. Ni memang tradisi tahunan kami, bertukar-tukar hadiah hujung tahun. Cuma tahun lepas je tak buat sebab masa tu aku dengan Zura bawak budak-budak cuti-cuti di Penang. Nurul masa tu tak dapat join sebab ada hal keluarga.

Christmas feast
Acara tukar hadiah BFF 2020

Christmas feast
Acara tukar hadiah BFF 2022


Dengan tu berakhir la aktiviti makan-makan BFF. Tahun 2020 kami bertiga je yang join aktiviti makan-makan potluck ni, tapi kali ni dengan family sekali, alhamdulillah meriah dan seronok. Semoga lepas ni ada banyak lagi aktiviti makan-makan bersama BFF dan keluarga.

Christmas feast

26 comments:

  1. serba serbi meriah! meriah dgn mknn meriah dgn suara anak... yg penting semua happy

    happy birthday utk yg menyambut hari jadi bln ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah mmg seronok sekali-sekala melayan tetamu datang ke rumah dan buat aktiviti games dgn anak2.

      Delete
    2. kannn sesekali rumah riuh rendah ;-)

      Delete
  2. seronoknya boleh tiru aktiviti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tradisi kami ni dari zaman kami satu ofis dulu sbb ofis selalu buat potluck hujung tahun dgn bertukar2 hadiah. Skrg saya dah resign, jadi buat potluck dan tukar2 hadiah dgn BFF je la hehe.

      Delete
  3. Bestnya ada aktiviti macam ni....anak- anak sure suka kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dieorg mmg enjoy bila ada kawan2 kat rumah klu tak sunyi-sepi je masing2 memerap dalam bilik main roblox :P

      Delete
  4. Replies
    1. Aah Uncle. First time mencuba, terpersona tengok kek jeli ni hehe

      Delete
  5. Seronok buat aktiviti camni... anak2 pun akan rapatlah ye dgn anak2 bff..best best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dieorg kenal dari Bintulu lagi ni PH. Dulu penah satu sekolah jugak :)

      Delete
  6. Wah seronoknya ada acara gini dengan bff dan keluarga. Bukan mak-mak je jadi rapat, anak-anak pun boleh berkawan. Aktiviti yang bagus.

    Cantiknya kek jeli. Sayang nak potonglah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni antara kawan2 yg saya kenal dari Bintulu lagi, mmg kiteorg rapat sbb selalu jugak keluar makan sama2 dulu dgn anak2 sekali.

      Cantik kan kek ni Kak Ujie. Tapi ada budak2 ni dieorg tak rasa sayang pun nak makan, teruja lagi ada hehe.

      Delete
  7. Wah..menu western. mash potatoes memang ramai suka, tak kisah dewasa or budak-budak kan. next time boleh buat lebih. oven rumah saya ada rotisserie tu tapi tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pun dah rebus 2kg kentang Sal, pun tak cukup hehe. Mungkin kena pakai 3-4kg kentang.

      Saya suka buat ayam rotisserie, suka tgk ayam tu berpusing2 dlm oven :P

      Delete
  8. wah..seronok & meriah nya bila acara yg yearly mcm ni..semoga berterusan tradisi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah jumpa BFF sama hobi - suka makan hihi

      Delete
  9. Meriah... bestnya masak² western gia... besar semua dah anak²

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok, polah western food sbb laki kawan kmk ya org Arab, nya sik pandei makan Malaysian food.

      Delete
  10. Wahh bestnya meriah ank2 makan. Tukar2 hadiah
    slmt thn baru 2023 ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sekali-sekala makan2 dgn family pulak asyik keluar bertiga je kan hehe.

      selamat tahun baru 2023 cik nor :)

      Delete
  11. Roasted Vegie tu nampak sedap betul... nanti share laa recipenya Karni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat yg simple je Sislin. Gaul sayur dgn minyak zaitun, garam & lada hitam lepas tu bakar dalam oven.

      Sayur yg keras macam kentang & lobak merah kena lama sikit dalam 30-40 minit, asparagus, brokoli, terung ni dalam 20 minit, tomato & cendawan dalam 15 minit pun dah ok.

      Delete
  12. Huiyo menu ala Barat. Kira ini perkenalkan rumah baru juga.
    Seronok tengok.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .