Hujung minggu yang panjang, kami dan kakak buat plan nak ronda satu KL. Sebelum tu, kakak ajak sarapan di KLCG Confectionery & Bakery yang terletak di Kuala Lumpur City Gallery (KLCG) tak jauh dari Dataran Merdeka. Pagi tu kami bertolak dari rumah menaiki LRT, berhenti di stesen Masjid Jamek dan berjalan melalui River of Life untuk sampai ke sini. Kakak pulak decide untuk naik bas dari rumahnya ke sini tapi tak sangka kami yang sampai dulu walaupun kena berjalan jauh.


KLCG Confectionery & Bakery

Kalau nak ke sini disarankan korang datang seawal jam 9 pagi sebab kalau lambat kena beratur tunggu giliran nak masuk ke kafe ni. 


KLCG Confectionery & Bakery

Mula-mula confuse jugak, betul ke tempat ni? Tapi bila melangkah masuk terus terhidu semerbak bau roti. Oh, rupa-rupanya kafe ni terletak dalam galeri.


KLCG Confectionery & Bakery
Datang awal pun meja dah hampir penuh

KLCG Confectionery & Bakery
Cantiknya lampu dengan perkataan 'Kuala Lumpur'

KLCG Confectionery & Bakery ni popular dengan cronut (sigkatan croissant donut) dengan pelbagai perisa. Tapi masa kami sampai cronut belum siap lagi kena tunggu sampai pukul 10 kemungkinan baru siap.

Selain dari cronut, ada jugak pastries yang lain, ish... kalau ikutkan nafsu makan, rasa macam nak try semualah!


KLCG Confectionery & Bakery
Tartes


KLCG Confectionery & Bakery
Wild Chestnut Mont Blanc ni nampak menarik tapi aku tak ambik takut tak habis pulak


croissant
Pelbagai pilihan croissant

pâtisseries
Pâtisseries

KLCG Confectionery & Bakery
Bahagian dapur yang 'see-through' membolehkan pengunjung melihat proses menyediaan pastries di sini

Kami pilih pain au chocolat, roasted almond croissant, Belgian chocolate tart, buttered croissant (Khayla ambik 2 ketul untuk dia sorang) dan biscoff meringue croissant.


croissant
Atas kiri: roasted almond croissant, Belgian chocolate tart, atas kanan: pain au chocolat, bawah kiri: buttered croissant, bawah kanan: biscoff meringue croissant

Banyak-banyak ni, biscoff meringue croissant la yang paling sedap bagi aku. Dalam ni ada inti biscoff rasanya, lemak berkrim yummeh... buttered croissant tu pun sedap jugak tapi Khayla cakap tak boleh lawan Bray Bakery punya croissant (dia kan peminat croissant no. 1 jadi aku percaya je la).

Yang paling muak pulak ialah Belgian chocolate tart tu. Khadeeja pun tak boleh nak habiskan.


KLCG Confectionery & Bakery
Close up biscoff meringue croissant yg tersedap di tekak aku

Kami order pasta jugak untuk dikongsi iaitu tom yum spaghetti. Bagi aku, not bad la. Rasa tom yumnya sangat kuat.


tom yum spaghetti
Tom yum spaghetti

Keseluruhannya makanan memang sedap dan berbaloi untuk dikunjungi lagi. Lain kali aku nak try pulak cronut dan cruffin sebab orang cakap tu ialah specialty tempat ni. 


KLCG Confectionery & Bakery
Dataran Merdeka
27, Jalan Raja, City Centre, Kuala Lumpur
Tel: 012-389 3907
Masa operasi: 9 pagi - 6 petang

25 comments:

  1. Hehe baru hendak tanya kenyang makan roti dan pencuci mulut, ada pula terselit spageti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnrnya kenyang je makan roti sbb rotinya besar. Spaghetti tu kami saja2 order sbb nak rasa menu berat, tapi tak habis jadi tapau bawak balik hehe

      Delete
  2. SA pun nak tanya boleh kenyang ke sekali tengok ada pinggan spaghetti...hehehe...eh..x pernah pi sini lagi la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun tak abis makan spaghetti tu SA sbb dah kenyang makan roti. Nanti dah setel segala urusan majlis boleh la ajak uncle Dania ke sini hehe

      Delete
  3. Sekarang ni byk bakers buat croissant.. memang sedap mkn tu.. aini suka makan croissant bersama butter je..
    One day nk try pi sana la tapi xtau bila..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe aini boleh ajak adik aini makan kat sini hehe

      Delete
  4. ada ternampak jgk tempat ni dkt ig smlm. bila la dpt cuba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ig ni mmg bahaya meracun pegi2 tempat mcm ni hehehe... saya pun terjebak sbb tgk kat ig.

      Delete
  5. Laaa... camna uncle tak tau wujud tempat ni...?

    ReplyDelete
  6. Nasib hujungnya ada spaghetti hehe .. kalau PH nak juga makanan berat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kat sini ada menu berat jugak tapi utk breakfast yg popular ialah croissant dan pastries.

      Delete
  7. semuanya sedap. cuma abe kie biasa makan nasi berlauk utk sarapan. biasalah budaya ore kelate gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu klu outstation ke Kerteh selalu jugak breakfast nasi kerabu / nasi dagang.

      Delete
  8. ingat nak terjah juga ke sini..tapi bila abang gebu pernah komplen on something masa ke kennyhill bakers dulu..kena pegi dengan partner in crime ofis la gayanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki tak minat sangat nak makan kat tempat2 camni hihi... nasib baik asben saya layan je walaupun dia kureng makan roti2 ni.

      Delete
  9. tak ada yg x sedap semuanya sedap sedap belakaaaaaa👍👍👍👍

    ReplyDelete
  10. Terliur lak tengok croissant tu. Saya kalau dapat croissant, plain pun takpe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Croissant yg paling sedap (ikut anak saya) ialah di Bray Bakery Menara See Hoy Chan. Yang kat sini pun not bad jugak.

      Delete
  11. besar cafenya, nmpk selesa...perghh..menariknya patisserie dia...kena gi juga ni one fine day...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah besar cafe nya tapi since ramai sgt org yg nak dtg ke sini mmg kena datang awal supaya tak yah beratur. patisserie kat sini mmg sedap2 berbaloi la pegi sini.

      Delete
  12. menariknyaaa..sis dri segi costing cemana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard harga kafe hipster sis. boleh check dekat posting saya ni:

      https://www.coffeebreakwithme.com/2022/12/11-kafe-menarik-di-kl-yang-aku-pernah.html

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .