Balik-balik je dari staycation terus flu... adeh. Nampak tak Covid ni jahat? Dulu aku ambik vaksin influenza 2 tahun tak kena flu tapi sejak kena Covid walaupun dah ambik vaksin pun tetap kena jugak. Cumanya alhamdulillah tak seteruk sebelum ambik vaksin influenza buat pertama kali. Yes, aku ni memang mudah kena flu dan bila kena je demam dan batuk berhari-hari, sakit kepala, bersin sampai rasa nak tercabut hidung... Tu sebelum vaksin la. Lepas vaksin simptom-simptom tu cuma hidung berair, sakit tekak dan batuk sikit-sikit, demam-demam manja je la habis cerita. Kesimpulannya jagalah kesihatan musim hujan ni. Kalau ada plan nak bercuti di negara musim sejuk, ambik flu shot sebagai langkah berjaga-jaga.
Eh, melalut pulak. Anyway ni throwback je tau. Sebab tak sihat, duduk je la diam-diam kat rumah. Tapi still kena update blog jugak hehe. Nak tulis panjang-panjang pasal staycation anniversary + birthday belum ada mood lagi.
Aku terjumpa kafe ni Kooky Plate ni secara tak sengaja 3 minggu lepas masa berjalan-jalan di kawasan Chow Kit. Nama pun dah menarik so automatik kaki aku pun melangkah masuk ke dalam meninjau apa yang ada.
Bangunan kafe dari luar |
Dalam kafe ni comel dan minimalis. Bila masuk, terasa vibe chillax macam kafe kat Korea dan Jepun gituh. Suasana santai dan sesuai la kalau nak outing berdua dgn BFF sambil catch up on life's update masing-masing sebab kafe ni tak bising. Tapi aku rasa nak ajak BFF aku Nurul ke sini mungkin kurang sesuai sebab dia havoc orangnya hahaha! Tempat ni lebih sesuai kalau buat life reflection dengan BFF Zura yang jenis chillax je tu.
As a cafe, tempat wajib singgah dan tengok ialah kaunter kek dan pastries. Aku tengok tak banyak sangat option yang ada, lebih kepada cheese cake dengan pelbagai perisa. Bila aku Google, rupa-rupanya menu kat sini lebih fokus kepada makanan berat (main courses) berbanding pencuci mulut.
Antara pilihan kek yang ada |
End up bungkus Korean strawberry shortcake untuk Khadeeja peminat strawberry dan Biscoff cheesecake untuk Khayla peminat biskut Biscoff. Aku pun tumpang rasa kek dieorang, boleh tahan la. Dari segi harga, bagi aku agak mahal. Total RM33+ untuk 2 potong kek ni. Korang rasa berbaloi ke nak repeat ke sini dan cuba makanan berat dieorang?
16, Jalan Yap Ah Shak, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur.
Selasa - Jumaat (11AM – 10PM)
Sabtu & Ahad (8.30AM – 10PM)
Saya pun sepanjang dua minggu balik kampung, memang ada rasa bimbang dengan suku sakat covid-19 yang masih belum balik kampungnya!
ReplyDeleteBanyak pilihan kek di Kooky Plate ini. Nampak cantik, dan tentunya sedap-sedap belaka.
Santai2 je kafenya Kak Amie, kek memang sedap kalau tak, tak berbaloi harga mahal tu.
DeleteMahal betul harga kek. Mungkin guna bahan premium.
ReplyDeleteMahal kan NA. Tgk harga sebiji kek di website dieorg, wah mmg premium betul harganya.
DeleteKalau harga kek dah mencekik, apatah lagi harga makanan berat dia tu. Hehe.. tapi bagi saya, kalau sedap, mahal pun takpe, bukan selalu. :)
ReplyDeleteTak sempat membelek harga makanan berat kat sini Nur, sebab suami dah tunggu di luar hihi. Kalau lalu kat sini lagi lain kali kena belek menu dulu klu harga tak terlampau mahal boleh la cuba.
DeleteThanks for your sharing...
ReplyDeleteIt's a pleasure :)
DeleteRuang makan dia nampak kecik je kan?
ReplyDeleteaah kecik je Uncle. Sesuai bawak Aunty dating sini.
DeleteSedap tak keknya? Kalau sedap mgkn boleh try main course pulakkan ..
ReplyDeleteSedap la jugak PH. Tapi nak kata terpaling sedap tak juga hehe.
DeleteErk..rasanya tak kot. Saya makan selalu tak habis. Rugi nanti. Tapi vibe dia nampak rilex.
ReplyDeleteVibe mmg chillax la kat sini. Sesuai lepak2 dgn BFF.
Deletemusim
ReplyDeleteujung2 thn ramai demam
semoga cepat sehat dan dipermudahkan urusan ye
terima kasih cik nor. Semoga cik nor pun sihat selalu.
DeleteStandard harga sliced cake mcm tu rasanya...kek kt HWC pun RM15++ per slice...tapi kalau sedap, berbaloi rasanya..
ReplyDeleteoo ye ke nohas, sebab tak selalu order kek jadi tak berapa peka harga kek. mungkin betul kata nohas tu :)
Deletemacadamia nut cheesekek tu kalau kat Padi house depan ofis saya dalam RM15++. Sedappp...
ReplyDeletekat sini RM21.
Deletewahhh byk nya pilihan kek! mesti sy rambang mata kalau ke sini... btw jujur sy ckp, harga tu agak mahal jg laa...
ReplyDeletekan.. saya pun rasa macam tu.
Deletebkn apa. setahu sy laa dgn kenaikan harga barang skrg, sepotong kek masih lg berlegar dlm harga RM10-14 shj...
DeleteCantiknya tempat dia tapi agak pricey gak harga makanan dia.. tu baru kek.. huhuhu
ReplyDeleteaah, Sha. Tu baru kek huhu..
Delete