Selepas keluar dari hospital, aku kena kuarantin di rumah selama beberapa hari. Jadinya tak dapat la nak sediakan sendiri lauk pantang. Suami Terchenta pulak kena bekerja dan sibuk dengan meeting. Akhirnya dia suruh aku pesan je set makanan berpantang.
Sebenarnya masa aku pregnant, selera aku lebih kepada masakan Melayu (walaupun sekali-sekala ada jugak mencuba makanan lain). Paling aku gemar ialah masak lemak (pucuk ubi masak lemak, siput sedut masak lemak, daging salai masak lemak dsb.) dan keli goreng balado.
Tapi masa pantang tu, aku berubah selera nak mencuba makanan pantang Cina pulak. Cari punya cari di IG, akhirnya terjumpa Zara Halal Chinese Confinement Food.
Zara Agnes ni ialah seorang mualaf yang berkahwin dengan orang Melayu. Oleh sebab dia susah mencari makanan pantang Cina yang halal, timbullah idea untuk buat bisnes makanan pantang Cina yang halal buat golongan ibu-ibu berpantang yang nak mencuba sesuatu yang lain.
Memang diakui harga set makanan berpantang ni agak premium. Disebabkan tiada detailed menu dalam set, aku bertanggapan portion makanan besar dan lauk yang berbeza untuk makan tengahari dan makan malam, siap dengan buah-buahan untuk pencuci mulut dan starter dish (contohnya dumpling atau spring roll ke...).
So I was very disappointed when I received my daily food. Portion makanan ni tak berbaloi dengan harganya yang premium. Apa yang aku dapat ialah sebekas nasi beras perang (separuh untuk makan tengahari dan separuh lagi untuk makan malam), sebekas sayur (untuk tengahari dan malam) dan 2 jenis lauk protein berbeza contohnya lauk ayam untuk makan tengahari dan lauk ikan untuk makan malam. Itupun bukanlah dapat seekor ikan tapi separuh dan sebelah je! Memang rasa 'tertipah' jugak bila aku balikkan ikan dan tengok takde isi pun di sebelah bawah. Walaupun di laman web HCCF ni ada diterangkan yang menu-menu disediakan menggunakan bahan-bahan organik, ayam bebas antibiotik, ikan segar premium, sayur import dsb. aku tetap rasa harganya tak setimpal portion makanan.
Dari segi rasa, memang sedap walaupun menu sihat. Ada ikan kukus, daging masak taucu, ayam halia dan seumpamanya. Setiap hari dapat lauk yang berbeza jadi takde la jemu. Set ni turut didatangkan dengan minuman menyihatkan seperti teh longan dan kurma merah, teh serai dan teh beras.
RDLT ni memang sedap walaupun bebas gula |
Ni antara lauk-lauk pantang yang aku makan sepanjang 7 hari:
Nasi perang + sayur tumis air + ikan kukus berlada |
Sayur kailan + ayam halia + nasi perang + teh serai |
Kacang buncis + ikan kukus halia + nasi perang + teh RDLT |
Ayam bakar + sayur campur + nasi perang |
Kalau nak usha set makanan pantang Zara HCCF ni boleh la rujuk laman web dieorang kat sini.
mcm2 sekarang ni kan, semua nya dihujung jari je...
ReplyDeletekan MA. Masa saya beranak 10-12 tahun lepas terpaksa mintak tolong mak masakkan lauk berpantang. Sekarang dah boleh tempah je di IG.
Deletekalo harga premium dpt portion besar ok la juga kan
ReplyDeleteSama ada caj harga premium dgn portion yg berpatutan / beri menu tambahan contohnya buah potong / sup dumpling, atau turunkan harga ikut portion dalam menu sedia ada. Nasi sebekas je takpe lagi, tapi sayur tu patutnya bagi 2 menu berlainan - tengahari dgn malam.
Deletemukin bisnes founder tu vision org berpatang xleh makan banyak2 ., ghittuuuu., huhuhu
ReplyDeletehuhuhu... dia masak guna Thermomix Wak. Sebab tu kot harga ikut harga Thermomix.
DeleteMenu mcm ok jak tp mun dh harga x berbaloi dgn portion mst frust juak rasa kan?
ReplyDeleteMun berik portion lebih boleh juak kongsi makan dgn Jun & anak2. Kamek kira-kira sehari makan RM50/per meal tapi lauk & portion nya paling kuat pun RM15 jak mun di kedai nasi campur. Ney sik frust :/
Deletekesiannya bila baca review.. hubby ada suggest suruh bt bisnes mcm ni juga cuma nina tak yakin lg.. uhuk. kt penang ni pun sama la. harga tak setimpal. last2 masak sendiri
ReplyDeletebuat la nina. Ramai ibu2 skrg yg kena jaga pantang sendiri. Kalau Nina buat nanti kita tolong promote kat blog hihi.
DeleteNampak sedap set makanan pantang nie, tapi tu lah harga premium tapi portion pulak macam tak berbaloi ye..
ReplyDeletekan.. sayang betul. klu harga bukan premium, boleh juga order selalu sbb menu dia sihat2 semuanya.
Delete