hadis nabi

Akhir zaman ni semua benda nak dibuat modal untuk berdebat. Pilihan vaksin, menyusu badan / formula, hatta kaedah beranak pun boleh diperdebatkan.

Namun sebenarnya Rasulullah SAW menegah umat baginda dari berdebat walaupun di pihak yang benar. 

Seorang lelaki pernah menanyakan Imam Malik sama ada seseorang yang 'aalim (berilmu) tentang sunnah patut menggunakan ilmunya untuk berdebat. Imam Malik menjawab, "Jangan, tetapi hendaklah dia menyampaikan sunnah, jika diterima, maka itu termasuk (kelebihan) bagi dirinya, jika tidak hendaklah dia diam." (Sumber: klik SINI)

Ada rasionalnya Nabi SAW menegah umatnya bertengkar dan berdebat dalam sesuatu perkara. Orang yang bertengkar akan menjadi keras hati dan berdendam antara satu sama lain.

Maka tak hairanlah wujud budaya sindir-menyindir, kutuk-mengutuk dan benci-membenci antara satu sama lain. Perkara paling dekat aku boleh relate ialah satu ketika dulu aku pernah join group FB tentang kelahiran alami. Masa tu aku tengah hamil anak kedua dan teringin sangat nak belajar ilmu kelahiran supaya aku boleh berikhtiar untuk melahirkan secara normal.

Sebaliknya apa yang aku perhatikan ialah wujud golongan yang anti-hospital dan anti-doktor. Mereka tak habis-habis mengutuk pakar perubatan (belah sana pun tak kurang hebat jugak perli-memerli) terutama bila ada ibu-ibu yang menceritakan pengalaman 'menyerah diri' ke hospital untuk dibedah. Bagi aku tak salah jika mereka nak berkongsi ilmu dan tips-tips untuk ibu-ibu tapi tak perlu sampai berdebat di media sosial dengan pakar perubatan. Sebaliknya tak salah menghormati pandangan satu sama lain dan mendiamkan diri untuk menjaga silaturrahim antara kita umat Nabi Muhammad SAW.

16 comments:

  1. jika bab debat ni bagi je kat politicians kerana ini permainan mereka. yg penting kita boleh dengar, percaya jangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai2 la kita menapis maklumat yg diterima. Semoga pemimpin2 yang terpilih kali ni menjalankan tugas dengan penuh berhemah, bertanggungjawab dan jujur.

      Delete
  2. Mcm org 'berdebat' di medsos, kmk suka baca komen2 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca utk hiburan jak hehe. Sik perlu gago masuk campur berdebat sbb berdebat dgn org bodoh mmg sik akan menang, berdebat dgn orang pandai silap2 kita pulak nok malu.

      Delete
  3. debat ni sana sini tak pernah yg surut.. berdebat utk menegakkan kebenaran boleh diterima jugak dr berdebat benda2 yg bkn dlm bidang kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu ikut hadis Nabi ni mmg tak payah berdebat. Klu orang taknak terima, diam aje lebih baik. Tapi tak bermaksud kita kena putus-asa menyampaikan perkara yang benar cuma tak perlu berdebat.

      Delete
  4. Itulah malas hendak masuk campur. Baca sahaja pro dan kontra.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik mana yg baik, abaikan mana yg tak elok.

      Delete
  5. debat ni ada je di mana2...tambah2 medsos tu..masing2 x nak kalah kan. MA pun selalu nya baca & gelak & geleng kepala je...x pernah nak tambah komen pun. komen kat blog je... kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan MA. Boring jugak baca sbb debat tu tak akan habis. Baik blogwalking hehe

      Delete
  6. kdg buang masa je esp berdebat benda x berfaedah. menyampah pun ada jg

    ReplyDelete
  7. Memang letihlah kalau ikut debat... di medsos pun entah apa-apa yang diviralkan sampai tak boleh beza mana satu aib, mana satu kebenaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Amie. Kat medsos baca boleh percaya jangan.

      Delete
  8. Itu lah Kak Sue pun tak gemar nak berdebat kalau boleh bawa pergaduhan atau menyakitkan hati orang lain. Diam aja lah walaupun tak setuju ke apa.. kecuali kalau dah keterlaluan sangat. Itupun masih guna bahasa yang baik lah kan, tak perlu kut nak provoke-provoke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la camtu Kak Sue. Ulama besar macam Imam Maliki tu pun klu orang ajak berdebat dia akan jawab tak tau sbb nak mengelakkan berdebat.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .