Salam semua,

Alhamdulillah ala kulli hal.... selepas 3 minggu menyepi akhirnya hari ni baru ada mood nak update blog lagi. Huhu. Ditambah pulak dengan Khadeeja kena Covid kali kedua minggu lepas, memang ke laut la mood menulis tu.  

Ingat tak post aku tentang kehamilan kali ni yang tiada heartbeat?  Lepas aku post pasal baby takde heartbeat, selang beberapa hari lepas tu aku mengalami pendarahan dan demam panas. 

Ni kali kedua aku mengalami keguguran. Sebelum Khayla lahir, aku pernah keguguran pada usia kandungan 3 bulan. Masa tu doktor terus tolak aku masuk OT buat prosedur D&C (cuci rahim). 2-3 jam lepas sedar, dah boleh balik rumah. 

Kali ni pengalaman keguguran lain sikit. Disebabkan aku kena Covid, prosedur D&C ditangguhkan dan akhirnya kantung tu keluar sendiri. 

25 Oktober 2022 - aku start bleeding. Badan rasa tak selesa. Bila check tekanan darah, Allahu... tingginya! Padahal pagi tu aku dah ambik ubat darah tinggi. Denyut nadi pun agak laju. Terus aku ambik Grab ke HTA. Sampai HTA bahagian kecemasan, kena buat test Covid. Negatif. Tunggu 6 jam baru dapat jumpa doktor. Scan sekali lagi, baby memang takde heartbeat. Doktor terus admit sebab takut jangkitan kuman (demam panas).

Bila kena masuk hospital je memang aku stress. Benda yang paling benci ialah kena cucuk jarum masuk ubat. Huhu. Doktor yang cucuk tu baya adik-adik la. Aku bagitau dia ikut pengalaman aku belakang tapak tangan aku memang sukar nak ambik darah, silalah cucuk terus di bawah lengan. Ni kira dah cheat sheet untuk menjimatkan masa adik doktor tu. Tapi dia nak jugak cucuk belakang tapak tangan, adoi la... Dah agak, darah langsung tak keluar. Last-last bawah lengan jugak yang dapat huhu...


Bengkaknya ambik masa 2 minggu jugak baru hilang sakit

26 Oktober 2022 - doktor check, masih demam. Suruh buat ujian PCR pulak. Sementara tu, kena kuarantin dalam wad asing. Dapat bilik sorang, tapi kena pakai pelitup muka sepanjang masa walaupun masa tidur.


Feeling ala2 kat hospital private sebab takyah share bilik dengan sapa2, cuma takde sapa boleh datang melawat je...

27 Oktober 2022 - Rasa sakit macam kena induced dulu. Mula-mula mild, lama-lama sakitnya tak boleh bawak bincang. Mintak painkiller tapi nurse cakap aku baru je ambik panadol tengahari kena tunggu lagi 2 jam. Allahu. Terus aku call Suami Terchenta mintak dia hantarkan Panadol Menstrual dan hot water bag sebab aku dah terbongkok-bongkok menahan sakit. Dengan heavy bleeding lagi. 

Akhirnya, doktor datang check dan suruh nurse bagi injection painkiller. Alhamdulillah, lepas suntik je, terus legaa.... Malam tu kawan aku call, teman aku berborak. Tapi kejap-kejap aku nak ke tandas sebab rasa ada benda yang menekan pundi kencing sampai buang air pun tak lancar. Rupa-rupanya kantung dah turun di pangkal rahim dan menekan pundi kencing.

28 Oktober 2022 - Hari keempat (Jumaat). Akhirnya kantung tu keluar. Masha Allah, dia keluar pada penghulu segala hari. Tak lama lepas tu 2-3 orang doktor masuk suruh baring, tak explain apa-apa terus check. Lepas tu aku tak tau dia buat apa (tengah ambik sampel kot) tapi aku terjerit sakit dan kena marah sebab menjerit. Selesai je, nurse cucuk ubat kecut rahim. 

Sebab takde sapa yang explain apa yang berlaku, tiba-tiba aku kena panic attack. Ya, panic attack sebab aku ada anxiety. Berpeluh-peluh, berdebar-debar, pening, disoriented, rasa nak muntah, rasa nak mati pun ada. Tak pernah-pernah aku rasa setakut tu. Aku video call mak. Mesti mak cemas tengok aku melalak merapu-rapu nak lari dari hospital. Agak lama mak ambik masa untuk tenangkan aku. Menjelang tengahari baru aku dapat bertenang. 

Petang tu, nurse bawak turun untuk scan. Doktor sahkan semua dah keluar, tak perlu buat D&C. Tapi still tak boleh balik hari tu sebab result blood test ada kuman dalam darah. Kena sambung masuk antibiotik. Haha. Dah la jarum masuk ubat dah kena cabut, terpaksa pasang balik sebelah kiri pulak. Adik doktor yang sama, jadi dia tak banyak soal terus cucuk dekat bawah lengan. Terima kasih adik doktor kerana memahami...

29 Oktober 2022 - Finally discharged! Terima kasih buat doktor-doktor dan jururawat-jururawat yang menjaga aku di wad. Tetiba rasa bersalah pulak sebab kena Covid sebab membahayakan kesihatan para petugas hospital menjaga pesakit Covid. Tapi syukurlah kali ni cuma demam panas 2 hari je dan sakit tekak, tak macam first time kena Covid dulu

Oh ya, lupa pulak. Hari ketiga aku di wad kuarantin, ada seorang lagi ibu mengandung yang kena kuarantin sama-sama dalam bilik aku. Agak teruk jugak dia batuk dan mengah sampai oksigen turun bawah 90%. Covid ni bahaya untuk golongan ibu-ibu mengandung. Kesian sangat tengok ibu mengandung batuk sampai mengah-mengah. Tapi aku salute dia, dalam dia sakit-sakit tu solat memang tak tinggal. 

Balik dari hospital still kena cucuk ubat cairkan darah selama 10 hari. First time aku kena cucuk ubat cair darah ni, masa beranak ceaser dulu tak de pulak kena suruh cucuk ubat ni. Bila kena kuarantin di rumah kena la cucuk sendiri huhu. Masa cucuk tu tak seriau, tapi masa nak tekan injection tu pedihnyaaa... dah la syringe tu susah nak tekan masuk. Akhirnya terpaksa mintak bantuan Suami Terchenta cucukkan keesokan harinya sampai la cukup 10 hari. 

Terpanjang pulak entry kali ni, balas dendam agaknya dah lama tak menulis hihi. Hmm.. tipulah kalau kata aku tak sedih. Sedih memang ada, sebab dapat tau je pregnant dah terbayang-bayang life with a small baby. Dah berkira-kira nak bagi nama apa. Tapi satu hari ni aku terbaca ayat ni:



Subhanallah, serta-merta perasaan sedih tu hilang. Aku yakin lepas ni Allah akan datangkan rezeki lain. Yang penting jangan putus harapan dengan rahmat Allah 💖

Nanti ada masa aku cerita pulak pasal penjagaan pantang kali ni. Terima kasih kawan-kawan yang masih sudi jenguk blog aku, sayang korang semua!

24 comments:

  1. Alamakk kita baca part cucuk sndri ubat cair darah terus seriau... Pape pun semoga karni diberi kesembuhan dan sihat sesihatnya... Nnt dah ok semua.. Kita lepak balik k

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Kak Ret. Aah tunggu covid reda dulu baru kita plan lepak2 k. Tak pun kita konvoi sama2 gi kenduri Naz hehe.

      Delete
  2. Takziah carney.. xda rezeki ktk.. i feel u sbb kmk penah juak keguguran mcm ya... perut sakit gilak2 sampei terbongkok2 jalan bila dh 'keluar' terus hilang rs sakit.. apapun take care.. selamat berpantang.. insya allah 2-3 bulan melekat lagik ya.. chaiyokkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kakmim. yalah kmk igtkan pegi hospital terus polah d&c tapi tegal covid lalu delay2 sampai la nya keluar dirik pun. Telan panadol pun sik juak dapat hilang sakit ya, mok kenak cucuk painkiller juak baru lega.

      Delete
  3. Allahu, salam takziah Carneyz...patut la senyap aje...rupanya x sihat...xpe takde rezeki nanti allah ganti rezeki lain ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA. Terima kasih SA. Aah lama senyap kena kuarantin / berpantang.

      Delete
  4. takziah.. in sya Allah, aturan Allah tu yg terbaik. just be strong & redha...
    get well soon key dear

    ReplyDelete
  5. Allahu..semoga tabah, inshaaAllah ada rezeki di masa depan...take care Carneyz..

    ReplyDelete
  6. Inna lillah…Takziah Carneyz atas kehilangan. Pasti ada hikmahnya yang mungkin kita tak nampak sekarang.

    Moga kekal kuat ya ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak ujie. Insha Allah saya dah redha dgn ujian ni.

      Delete
  7. Maaf, tak bertanya khabar sis. Mmg dlm hati ni rasa something sbb dah lama sis tak update blog tapi itulah sibuk sana sibuk sini :(
    Moga Allah permudahkan urusan sis dan diberi ganti rezeki yg lebih baik aamin aamin aamin 🤲
    Hugs from me 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH. PH pun busy skrg ni, tak apa.
      Ameen YRA..

      Delete
  8. salam takziah...ngilu dgr bab kena cucuk ubat cair darah tu...smoga cpt baik dlm pantang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah masa nak cucuk ubat je, aduh... dupdapdupdap je. bukan apa, part nak cucuk jarum picagari tu tak sakit tapi bila ubat dah masuk itu yg pedih sgt. Salah cucuk lebam berhari2.

      Delete
  9. Innalillahiwainnailahirajiun. Semoga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
    Selamat berehat.

    ReplyDelete
  10. Allah hu akhbar...salam takziah...inshallah..akan ada rezeki lain...take care sis..

    ReplyDelete
  11. syafakillah sis... insya allah ada rezeki nanti Allah akan beri... jaga diri ya...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .