Buat sesiapa yang pernah berkunjung ke Sarawak, pasti pernah merasa mee kolok di sana. Mee kolok ialah salah satu menu sarapan pagi yang terkenal di Sarawak. Sama ada laksa Sarawak atau mee kolok menjadi pilihan utama orang tempatan untuk bersarapan pagi.

Biasanya aku suka pesan mee kolok basah yang dihidangkan dengan sup. Kali ni aku mencuba mee kolok kering Sarawak segera. Pertama kali jumpa jenis segera, teruja pulak nak mencuba.


mee kolok kering segera
Macam ni la rupanya mee kolok kering tu

Mula-mula sekali kena rebus dulu mee kolok. Jangan lama sangat, dalam 2 minit dah cukup.


mee kolok kering segera

Lepas tu bubuh perencah yang disediakan dalam peket dan gaul sebati.


mee kolok kering segera

OK, sedia untuk dihidang!


mee kolok kering segera


Macam ni la rupanya. Rasanya tak sama langsung dengan mee kolok basah, lebih mirip kepada mee segera Indomee. Bagi aku mee kolok kena ada hirisan daging rebus dan sambal cili baru la lengkap hidangan. Mee kolok yang paling sedap bagi aku semestinya ialah mee sapi Ahim di Bintulu. Apapun, mee kolok segera ni sedap jugak, cuma tak sama dengan mee kolok basah yang biasa aku makan.

Klik sini untuk beli mee kolok Sarawak segera jenama ni.


Resipi Mee Kolok Sarawak

Sebungkus mee kolok
Daun bawang (dipotong halus)
Daun sup ( dicincang halus)
500gram daging (dihiris nipis). Kalau nak lagi sedap, rebus sekali tendon / urat keting. Pergh...
Bawang merah (dihiris)
Satu mangkuk kicap pekat manis
Kiub pati lembu
Satu mangkuk tauge (dicelur)
Perasa (garam / gula / ajinamoto) secukupnya

Untuk bahan sambal:-
Segenggam cili padi
Satu mangkuk kecil sos cili

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, kemudian gorengkan bawang merah sehingga keperangan. Angkat dan tapiskan.
  2. Minyak bawang dipindahkan ke mangkuk kecik.
  3. Rebus daging sehingga empuk. Setelah daging sudah masak, toskan. Air daging jangan dibuang, digunakan untuk membuat sup.
  4. Masukkan kiub lembu ke dalam air rebusan dan tambahkan perasa secukup rasa.
  5. Didihkan air panas di dalam kuali yang berlainan. Celurkan mee kolok di dalam air mendidih selama beberapa saat kemudian toskan.
  6. Di dalam mangkuk makanan, letakkan dua sudu besar minyak goreng, dan dua sudu kicap hitam.
  7. Gaulkan mee kolok tadi bersama minyak bawang dan kicap manis. 
  8. Tabur daun sup, daun bawang, bawang goreng, hirisan daging rebus dan sayur tauge di atas mee kolok.
  9. Untuk sambal mee kolok, kisarkan cili padi dan sos cili bersama sedikit air.
  10. Sedia untuk dihidang dengan semangkuk sup rebusan daging.

21 comments:

  1. SA suka mee kolok Hj Salleh Sepinang Sari Cafe kat Kuching...pernah buat kerja giler pi Sarawak semata- mata nak makan mee kolok Hj Salleh..lepak kat hotel area waterfront..pergi Jumaat balik Ahad...hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, saya pun tak pernah lagi buat kerja giler semata2 nak makan mee kolok hehehe... mee kolok Hj Salleh tu mmg famous dalam & luar Sarawak. Biasanya orang Sarawak ada tempat favourite mee kolok tersendiri, tapi rata2 pelancong / orang luar Sarawak memang pilih mee kolok Haji Salleh.

      Delete
  2. dulu2 masa outstation swak pernah merasa mee kolok..sedap

    ReplyDelete
  3. alaaa kenapa ms g sarawak dulu tak jumpa yg ni... hmm... sy jumpa paste je

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada paste mee kolok ye? tak pernah lagi try. boleh je order kat shopee, ada link kat atas tu :)

      Delete
  4. kmk nang peminat mee kolok hj salleh...kerin + tendon

    ReplyDelete
    Replies
    1. mun kmk turun kch mencarik juak mee kolok special hj salleh. mun nok di bintulu kmk suka mee sapi ahim hehe

      Delete
  5. xpernah mkn mee kolok.. teringin jgk nk merasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu di KL kami suka makan di Dapur Sarawak, tak pun di Dayang Corner.

      Delete
  6. Omomo.... Kita suka yg kering.. Mmg klu order mi kolok akan minta yg jenis goreng.. X suka yg basah.. Hoyeee lps ni bole order!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time makan mi kolok masa kat Tun Jugah soping centre.. Ntah ada lagi ke idak mi kolok kat food court dia tu

      Delete
    2. Aah yg kat Tun Jugah mall tu pun sedap. Tak pasti la lepas pandemik ni ada lagi ke tak.

      Delete
  7. Thanks for your visiting my Blog, I followed your blog :)

    ReplyDelete
  8. Haaaaa.... nampak senang je macam ni...

    ReplyDelete
  9. Belum pernah makan Mee Kolok lagi Kak Sue nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu ada rezeki ke kch boleh la singgah di mee kolok hj salleh yg femes tu Kak Sue.

      Delete
  10. Sedap mee kolok.. Teringin pulak... Adaa jugak yg kering eh... Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sislin ada bgtau dekat hutan bandar kat larkin tu ada gerai jual mee kolok & laksa sarawak. mungkin boleh try kat situ.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .