Minggu lepas kakak aku mengajak aku keluar makan tengahari bersama memandangkan dia ambik cuti sebelum musim audit bermula.
Katanya dia teringin nak cuba makanan di MA.KE Eateries, Banglo 289 yang terletak tak jauh dari Jalan Raja Chulan. OK la, aku macam biasa on je orang ajak makan ni.
Kami keluar makan tengahari agak lewat sebab pagi tu aku sibuk sikit dan tengahari pulak aku dah tempah sesi urutan dan bertungku melalui aplikasi Sentuh (sayangnya aku terlupa pulak nak ambik gambar).
Sebelum tu, aku nak cerita jugak pengalaman dengan Sentuh ni. Ni kali kedua aku tempah sesi urutan dari aplikasi Sentuh dan pengalaman aku sangat positif. Untuk khidmat urutan berpantang ni, lepas urut dan bertungku badan aku terasa ringan dan kerap buang angin lepas diurut 😅💨.
Tahun lepas aku ambik sesi fisioterapi dan terapi sukan sebab masa tu aku sakit belakang dan betis bengkak sampai terpaksa solat duduk. Therapist yang datang tu terlatih dan ada diploma dalam bidang sports therapy. Selain mengurut menggunakan gel khas untuk kecederaan otot, dia jugak menggunakan infrared ray untuk mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan. Tapi ni bukan urut-urut manjah… ni urut yang buatkan aku mengerang kesakitan sepanjang 2 jam sesi, sebab dia kata tisu dalaman (deep tissue muscle) aku yang bengkak dan cedera sebab tu dia kena tekan dengan kuat untuk sampai ke tisu dalam. Tapi lepas 2 jam tu, aku dah boleh bongkok, bengkak di betis pun surut dan tak rasa panas bila dipegang. Therapist tu jugak berjaya detect kecederaan lama di bahagian belikat yang menyebabkan aku selalu rasa lenguh-lenguh di bahagian tu dari sebelum aku kahwin lagi (bayangkan betapa lamanya tu), dan lepas sesi kedua (panggil sekali lagi sebab satu sesi memang tak cukup masa), rasa lenguh-lenguh tu hilang! Aplikasi Sentuh ni boleh download melalui App Store dan Google Store, tak pun korang boleh usha IG dieorang kat SINI.
OK back to cerita makan tengahari di Banglo 289 ni. Kat sini tak perlu risau pasal parking sebab tempat letak kereta disediakan dan ada parking attendant sekali tolong alihkan kereta kita kalau kereta kita menghalang orang lain nak keluar.
Tempat ni menyediakan dua ruang makan - di luar dan di dalam. Tempat duduk luar dia sangat cantik sebab dihiasi dengan mural-mural di dinding. Tak perlu risau kalau hujan sebab tempat duduknya berbumbung. Manakala tempat duduk di dalam pulak dilengkapi dengan penghawa dingin.
Menariknya makanan di sini berkonsepkan makanan Melayu walaupun lokasinya di tengah-tengah bandar berdekatan Jalan Raja Chulan. Ada pelbagai jenis kuih-muih seperti pulut panggang, kuih ketayap, kuih cara dan lain-lain lagi. Tapi memandangkan kami sampai lewat banyak kuih yang dah habis.
Untuk makanan tengahari pulak, boleh pilih sama ada nak nasi bungkus (iaitu nasi kerabu dengan pelbagai jenis lauk, nasi berlauk atau nasi dagang) atau order dari menu (set masak lemak, set goreng berempah atau set salai).
Aku pilih nasi kerabu dengan lauk ayam bakar. Lepas tu rasa menyesal sebab kat sini macam takde service untuk panaskan nasi bungkus ni jadi makan nasi sejuk la jawabnya.
Kakak aku pilih set daging salai masak lemak dengan ulam-ulaman. Kuahnya agak pedas bagi aku, tapi kakak aku enjoy je makan sebab dia memang suka masakan pedas memang kontras dengan aku. Walaupun pedas, tapi sedap jugak la. Cuma aku tak puas hati sebab set tu takde telur masin jadi kakak aku ‘pau’ telur masin aku pulak 😅
Bagi aku makanan kat sini not bad, tapi not outstanding at the sama time. Biasanya aku akan repeat visit kalau ada wow factor kat menu tempat tu, tapi dekat Banglo 289 ni aku tak jumpa pulak wow factor tu. Mungkin lain kali kena datang awal sikit kot boleh cuba lebih banyak menu. Aku suka service kat sini sebab pekerja-pekerjanya mesra dan makanan kakak pun sampai agak cepat jugak.
Best baca servis sports therapist..berbaloi panggil depa....
ReplyDeleteOo.. kurang ya 'wow factor'..kena try jg ni..
mmg berbaloi, sblm tu dah pergi klinik alam medic kat sentul boulevard doktor just bagi ubat muscle tapi bengkak tak surut2 pun. Sekali therapist ni datang urut terus surut bengkak, dah boleh solat mcm biasa.
DeleteTempat dia so cozy..... i like!
ReplyDeleteYa Uncle. Parking pun senang. Boleh bawak Aunty dating kat sini hehe
DeletePrice wise macamana ya? Nampak macam kayangan. Yelah name pun banglo. Hehe
ReplyDeleteHarga consider berpatutan. Nasi kerabu dgn ayam bakar RM12, set daging salai masak lemak tu RM12.50. Banglo kayangan, harga marhaen gitu, hehe.
Deletesukanyaaaaaaaa suasana mcm ni... cozy sgt!👍👍👍👍
ReplyDeleteboleh la anies datang bawak family ke sini.
Deleteinsya allah ada rezeki sy smpi
DeleteKalau nasi dah sejuk, memang kurang sedikit nikmatnya.
ReplyDeleteNampak santai jew tempat duduk di bahagian luar tu.
Memang benar tempatnya santai2 je Kak Amie. Itulah, kurang nikmat makan nasi sejuk2.
Delete