Sekarang dah bermacam-macam produk penjagaan kebersihan diri wanita yang inovatif. Sebelum ni aku pernah mengulas tentang penggunaan menstrual cup atau period cup, kali ni aku terjumpa period panty pulak di AEON.
Kenapa aku cenderung ke arah produk penjagaan kebersihan diri wanita yang boleh dipakai berulang-ulang kali? Pastinya sebab utama ialah penjagaan alam sekitar dan juga penjimatan kos dalam jangka masa panjang.
Disebabkan aku dah pun memiliki menstrual cup, jadi kali ni aku belikan period panty untuk anak daraku. Dia selalu mengadu tak selesa memakai tuala wanita - katanya selalu bocor dan masalah kulit melecet.
Mulanya aku agak ragu-ragu dengan keberkesanan period panty ni. Kalau pakai ni, mesti rasa basah dan melekit. Lagi satu, mesti akan bocor sebab kainnya nipis. Mungkin cuma sesuai dipakai masa light flow atau di penghujung haid, fikirku.
Period panty ni ada 2 - satu yang boleh menampung sehingga 18ml cecair (moderate flow) dan satu lagi sehingga 36ml cecair (heavy flow) |
Sumber: Laman web Pierre Cardin |
Harga sehelai agak mahal tapi ada promosi beli 2 dengan harga diskaun |
Setiap helai boleh dipakai sehingga 2 tahun. Mungkin lepas 2 tahun penyerapannya kurang berkesan. Tapi bila aku congak-congak, penjimatannya agak ketara sebab biasanya aku akan belikan 3 jenis tuala wanita setiap kali anak dara bendera Jepun iaitu untuk heavy flow, medium flow dan light flow.
Aku belikan 2 helai dulu untuk dicuba, dua-duanya boleh menampung heavy flow. Selepas beberapa hari mencuba, ternyata anak daraku sangat suka period panty berbanding tuala wanita.
Ini review si anak dara:
- Rasa kering walaupun heavy flow
- Tak bocor, selesa dibawa tidur sebab boleh bergolek-golek
- Selesa pada kulit
- Senang dicuci berbanding tuala wanita
- Lambat kering, jadi kena beli lebih dari 2 helai (kalau ikutkan anak dara, dia nak 2 helai untuk setiap hari darab dengan jumlah hari dia bendera Jepun!)
Period panty ni aku beli di AEON, The Gardens Mall. Tempat lain aku tak pasti ada ke tak.
menarik utk dicuba..
ReplyDeletesaya sendiri belum cuba tapi anak dara mcm suka sangat period panty ni compare dengan pakai tuala wanita.
Deletekalau utk 2 tahun, ok lah kan...ada nampak di mini giant, bbsentul...tapi x ingat brand apa..
ReplyDeleteeh ye ke. baru semalam singgah di mini giant tapi tak nampak pulak ada. ke tu ialah period panty yg pakai buang?
Deleteuisshhh ada eh... nk cuba tp mcm x berani.. ni mak2 makcik2 mcm kita sesuai x? haha
ReplyDeleteTu Sislin dah cuba. hehe.
DeleteSis ada selai Karni, memang pakai time uzur sebab uzur Sis jenis bukan heavy flow mcm biasa, just untuk tadahan jer hahahaha
ReplyDeleteSis pakai bocor tak? Khayla pakai tak bocor elok selesa je katanya.
DeleteMula2 akak ingat ni seluar pakai waktu period supaya tak bocor, rupanya memang terus pakai ni saja. Memang belum pernah tau.
ReplyDeleteMenstrual cup belum berani guna, akak guna cloth pad je setakat ni. Dah lebih 5 tahun guna brand SnowDrop. Puas hati. Sesuai untuk kulit dan dapatlah bantu kurangkan masalah pencemaran alam.
saya penah try cloth pad jugak sebelum ni tapi tak berapa selesa bila kesan kotor degil tak hilang. pakai menstrual cup sangat puas hati, memang tak risau bocor walaupun heavy flow waktu tidur :)
Deletewah, baru tau kewujudan benda ni. leh try jugak ni.
ReplyDeletesama mcm MA..kena beli 3 jenis pad setiap bulan....and kena ajar anak dara tu, sbb dia suka guna yg long tu sbb dia rasa safe...
masa anak dara saya mula2 cuba saya pun ragu2. Siap suruh dia alas tilam dengan plastik & kain batik supaya tak bocor. Tapi tak bocor pun. Tu yg dia seronok pakai.
Deletewahhhhh ini harus dichobaaaain ni! nanti nak kena cari hehehe
ReplyDeletelepas cuba boleh la letak review pulak camane hehe
DeleteMenarik.. Klau thn utk 2 tahun ok la kan..
ReplyDeleteMacam nak try tp mesti rasa kekok pada mulanya kan..? Mau skit2 usik rasa ada bocor ke tak..hehe
Sama macam masa saya mula2 cuba period cup dulu. Sikit2 pegi ke toilet check bocor ke tak. Lama2 tgk elok je kering takde bocor tu yg terus fall in love hehe
DeleteSaya ada guna, brand Cosway, tapi hanya sesuai kalau hari ke3 ke atas. Maybe kena cuba brand lain. Nak cuba menstrual cup tapi tak berani la sebab cervix kecil
ReplyDeleteMenstrual cup mungkin kurang sesuai utk yg belum berkahwin. Period panty ni saya sendiri tak pernah try tapi review ni berdasarkan pengalaman anak dara hehe.
DeleteSampai saat ni masih tak berani nak guna cup. Baru tahu ada period panty. Kalau anak selesa pakai panty dari pad okaylah pakai period panty. Lama juga daya ketahanan tu.
ReplyDeletesaya pun mula2 seriau jugak nak pakai tapi bila dah pakai rasa best pulak kalau boleh taknak pakai pad lagi. Masa kat hospital kena pakai pad tak best betul, habis melecet kulit. Saya sendiri tak cuba lagi period panty ni, tapi anak saya mmg suka sangat pakai ni.
Delete