(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Salam Semua,

Dah seminggu lebih aku tak jenguk blog. Sibuk bebenar dengan urusan berpindah rumah. Alhamdulillah, kunci rumah dah diserahkan kepada tuan rumah Sabtu lepas. Happy bila tengok tuan rumah happy dengan keadaan rumah yang bersih dan tiada sebutir sampah pun. Sedih pun ya jugak, banyak kenangan terutama bila mak duduk di rumah kami masa tempoh PKPD dulu di rumah sewa. Lepas ni tak boleh la jalan kaki je ke rumah kakak untuk lepak-lepak. Huhu...

Akhirnya dapat merasa duduk di rumah sendiri. Perasaan? Alhamdulillah gembira dan bersyukur terutamanya anak-anak sebab dieorang dah ada bilik dan katil sendiri. Kalau sebelum ni bergilir-gilir seorang tidur di atas katil dan seorang lagi tidur di toto di lantai, kali ni masing-masing dah boleh tidur dengan selesa atas katil sendiri. Aku pun rasa lega sebab sekarang dapur dah luas berbanding dapur di rumah sewa dulu. Takde la asyik berlanggar bont*t je bila memasak di dapur! Yang penting sekarang dah ada built-in oven jadi boleh la buat aktiviti baking di rumah. Sebelum ni, kalau anak-anak mintak buat roti atau kek, boleh lagi aku masak dalam periuk nasi tapi bila mintak buat biskut terpaksa pinjam oven di rumah kakak hehe. Nasib baik blok sebelah je masa tu.

Sebenarnya aku share hadis Rasulullah SAW tentang bersyukur dalam setiap perkara sebab dalam kegembiraan kami dapat duduk di rumah sendiri ada juga terselit ujian yang menimpa baru-baru ni.

Sehari lepas Suami Terchenta balik ke kampung sebab datuknya meninggal, aku rasa tak sedap badan dan instinct aku merasakan aku pregnant. Ya, setiap kali aku pregnant aku memang ada instinct yang aku berisi dan dah lama instinct ni tak muncul tapi tiba-tiba muncul out of the blue. Aku ke farmasi beli pregnancy test kit dan keesokan harinya selepas bangun untuk solat Subuh aku terus buat test. Alhamdulillah, positif! Rasa tak percaya sebab lepas 10 tahun barulah ada rezeki lagi merasa pregnant sekali lagi. Terus aku Whatsapp Suami Terchenta dan dia punya happy tu terus dia tukar flight balik malam tu jugak walaupun aku cakap tak perlu balik awal.



So yes, aku pergi klinik kayangan tu nak sebenarnya untuk buat scan dan sahkan result pregnancy test tu. Doktor confirm kan ada kantung cuma terlalu kecik sebab masih di awal kehamilan. Kalau ikutkan, masa tu baru 5 minggu. Doktor nasihatkan kiteorang supaya tak terlalu excited sebab katanya ikutkan umur dan kesihatan aku (tekanan darah tinggi), pregnancy ni dikira sebagai high risk pregnancy

5 minggu seterusnya berlalu dengan pantas sebab kiteorang sibuk urusan berpindah rumah. Penat berpindah tu sampai tak sempat nak layan perasaan mual-mual, pening dan perut tak selesa which is simptom-simptom hamil kali ni. Satu lagi aku memang rasa nak muntah bila terhidu bau bawang tumis, dan pukul 11 pagi ke atas je mulalah aku mengantuk yang teramat-amat tak boleh nak control lagi. Nampak bantal terus tidur. Kadang tak sempat nampak bantal nampak sofa je terus baring dan tidur.

Minggu ke-8, aku pergi ke KK untuk buat appointment dan bukak buku pink. Tapi sebab appointment dah full, nurse bagi tarikh appointment minggu ke-10 (minggu lepas). 

Hari appointment tu, sebelum pukul 8 pagi lagi aku dah sampai. Lepas bagi sampel air kencing, timbang berat dan ambil tekanan darah barulah aku disuruh scan. Bila scan, doktor kata, 'Puan, mintak maaf tapi saya tak nampak fetal heartbeat.' Dua kali dia scan ikut atas dan bawah, result masih sama. Last-last aku dirujuk ke Hospital Tunku Azizah (HTA) untuk detailed scan dan tindakan seterusnya hari tu jugak.

Semua berlaku sangat pantas sampai aku tak sempat rasa apa. Aku ikut je nasihat doktor pergi check di HTA. Dan sekali lagi doktor scan dan confirm yang dieorang cuma nampak kantung tapi takde heartbeat.



Doktor diagnosed keadaan aku sebagai missed miscarriage. 

A missed miscarriage, also known as a missed abortion or a silent miscarriage, occurs when a fetus is no longer alive, but the body does not recognise the pregnancy loss or expel the pregnancy tissue. As a result, the placenta may continue to release hormones, so you may continue to experience signs of pregnancy.

Kemungkinan kandungan ni berhenti membesar masa minggu ke-6 sebab saiz kantung tu anggaran 6 weeks 3 days. Jadi kalau nak kata sebab aku banyak sangat bergerak mencuci / mengemas rumah dan mengangkat barang-barang masa berpindah tak boleh jugak sebab masa tu kiteorang tak pindah lagi.

Patutlah aku masih lagi ada simptom-simptom mual-mual dan sensitif dengan bau-bauan. Doktor bagitau kemungkinan dalam beberapa minggu ni aku akan mengalami simptom miscarriage (bleeding, cramp, hilang simptom pregnant) dan kena datang ke hospital sekali lagi.

Balik tu aku bagitau Suami Terchenta.

Bohonglah kalau kata kami tak sedih dengan berita ni. Cuma bila aku kenangkan balik, terlalu banyak rezeki dan kebaikan yang dah kami terima dari Allah melebihi ujian yang sedikit ni. In fact, aku mengandung lepas 10 tahun ni pun dikira rezeki yang tak terduga jugak. Allah tahu apa yang terbaik dan yang penting, Allah dah bagi 2 orang permata hati buat kami berdua. Jadi aku dan Suami Terchenta putuskan untuk berlapang dada dan redha dengan apa yang terjadi.



Alhamdulillah atas rezeki mengandung kali ni walaupun sekejap. Mudah-mudahan ada rezeki lagi untuk mengandung bila kesihatan aku lebih mengizinkan. Insha Allah.

Buat kawan-kawan lain yang sedang TTC, aku doakan semoga Allah kabulkan doa dan harapan kalian. Doakan juga untuk aku dan Suami Terchenta. Mana tau rezeki seterusnya dapat anak kembar hihi. Ameen Ya Rabbal Alamin... 

22 comments:

  1. Allahu....takziah dear, be strong key. in sya Allah, setiap apa yg berlaku pasti ada rahmatnya..jgn lasak2 sgt tau...take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih MA. Insha Allah ada hikmah ujian dari Allah ni.

      Delete
  2. semoga tabah dan redha
    tiada rezeki
    semoga Allah mudahkan urusan awak ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA. Terima kasih Ciknor. Kami redha dan bersyukur dengan ujian ni.

      Delete
  3. semoga bertabah., insyaAllah kalo ada rezeki dpt zuriat lg ., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Wak. Insha Allah kalau Allah dah tetapkan rezeki, lambat-laun akan datang jugak. Kalau takde pun kami bersyukur sbb dah ada 2 orang puteri.

      Delete
  4. Innalillahiwainnailahirajiun.
    Moga Allah gantikan sesuatu yang lebih baik daripadanya.

    ReplyDelete
  5. Salam takziah dear :(
    Kes sis sama dgn jiran PH.
    Moga Allah gantikan dgn kebaikan yg lebih banyak utk sis sekeluarga 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH. Insha Allah kami sekeluarga dah redha dgn apa yg terjadi :)
      Ameen YRA.

      Delete
  6. Allahuakbar.. Takziah... Ada sebab semuanyang berlaku pada kita... Apa pun, terus bersyukur dengan apa jua nikmat yang diberi meskipun seketika... Allahuakbar... Tabah selalu ye ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nona. Ya, sekarang yang tinggal ialah perasaan syukur sebab Allah bagi nikmat rasa mengandung walaupun sekejap.

      Delete
  7. Talziah atas kehilangan bayi dalam perut tetapi tahniah sebab dah selamat pindah rumah. Dalam hidup ada berita gembira, ada juga sedih. Allah maha mengetahui setiap apa ujian yang Dia bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ala kulli hal.
      Semuanya atas aturan Allah :)

      Delete
  8. al fatihah.. semoga dpt jumpa di syurga.. alhamdulillah boleh duduk rumah sendiri. nina pun masih berdoa utk ada rezeki duduk rumah sendiri. alhamdulillah dgn rezeki selama ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki untuk Nina sekeluarga duduk rumah sendiri, ameen YRA

      Delete
  9. Alhamdulillah dapat tinggal di rumah sendiri sudah. Salam takziah. Semoga Allah gantikan yang lebih baik. Betul tu, kita kena sentiasa bersyukur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA. Selepas setiap kesusahan akan ada kesenangan Insha Allah :)

      Delete
  10. allahu, rupanya mc. insya allah ada rezeki lebih besar menanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mamapp. mc 2-3 minggu ni huhu. Ameen YRA...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .