Masa aku awal-awal pregnant, aku mula sensitif dengan bau-bauan terutama bau bawang tumis. Adoi, memang tak boleh terima! Jiran sebelah menumis bawang pun dah buat kepala aku berdenyut-denyut. Bila tengok keadaan aku, Suami Terchenta decided untuk bawak makan di luar je. Lagipun katanya taknak beli barang basah sebab nak kosongkan peti sejuk memandangkan peti sejuk baru belum dibeli masa tu.

Apa lagi, gunakanlah kesempatan ni ajak Suami Terchenta makan di tempat-tempat yang teringin nak pergi hihi... 😝

1. YaHala Express Taman Melati

OK, sebenarnya aku nak pergi ke Restoran YaHala kat Ampang sebab bangunannya nampak cantik:

YaHala Express Taman Melati
Pinjam gambar Google (Photo credit: atap.co)

YaHala Express Taman Melati
Bahagian dalam (Photo credit: atap.co)

Tapi berlaku sedikit kekeliruan so end up kami pergi ke YaHala Express Taman Melati. Tujuan ke sini semestinya nak menikmati nasi mandy kambing.


YaHala Express Taman Melati
Cantik juga tempatnya

YaHala Express Taman Melati
Nasi mandy kambing

Bagi aku, nasi mandy di sini kurang menepati citarasa aku, mungkin sebab rempahnya yang terlalu kuat. Tapi berbaloi jugak datang sebab teh Arab kat sini sedap.


YaHala Express Taman Melati


2. K Fry Urban KL East Mall

Tujuan utama datang ke sini sebab anak-anak nak makan ayam bersalut keju mozzarella yang selalu dieorang tengok kat iklan IG.


K Fry Urban KL East Mall
Tak silap yang ni original cheesy fried chicken bumbuk (RM68+)

Lupa pulak ambik gambar masa staff K Fry ni tengah tarik keju mozzarella yang dah cair tu sebelum balut ayam goreng tu dengan keju yang masih panas-panas.

Kami jugak order bingsoo iaitu pemanis mulut dibuat dari parutan halus ais sebab ni memang dessert kegemaran sekeluarga.


K Fry Urban KL East Mall
Choco Brownie Bingsoo (RM26.56)

K Fry Urban KL East Mall
Mango Bingsoo Mini (RM28.88)

Pada pendapat aku, ayamnya masin (tapi entahlah, bila aku makan makanan Korea baik di Malaysia atau di Seoul dulu, memang aku rasa makanan Korea masin sikit di lidah aku) lepas tu dibalut pulak dengan keju mozzarella yang sedia masin. Tak berapa sesuai untuk orang yang ada darah tinggi macam aku.

Tapi bingsoo K Fry ni aku bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 baik dari segi persembahan dan juga rasa.


3. Dolly Dim Sum

Satu minggu jalan-jalan di Sunway Putra Mall, boleh pulak tersinggah makan di Dolly Dim Sum.


Sunway Putra Mall
Cantik dan ceria restoran Dolly Dim Sum di Sunway Putra

Seperti biasa aku dan Suami Terchenta berkongsi hidangan Szechuan Dumpling. Terasa nikmat dapat hirup kuah dumpling ni.


Dolly Dim Sum
Szechuan Dumpling (RM12.80)

Khayla pulak pesan custard bun dengan inti kastad cair di dalam. Memang favourite dia tu.


Dolly Dim Sum
Signature Egg Custard Bun (RM9.50)

Khadeeja pilih har gao dumpling sebab dia memang seorang hantu udang.


Dolly Dim Sum
Har Gao Dumpling (RM11.50)

Nasi goreng Cina ni kami berempat kongsi. Rasanya mewah dengan udang dan telur. Mesti Uncle Roger approved.

Dolly Dim Sum
Royal Golden Fried Rice (RM24.90)

Cukuplah tiga tempat ni je masuk dalam review hari ni. Hari-hari lain pulak biasalah order je nasi bungkus di Grabfood atau makan di gerai dan restoran mamak berdekatan. Tapiiiiii bila dapur dah siap leganya boleh masak sendiri. Yalah, hari-hari makan di luar jemu jugak dan tak baik untuk kesihatan poket! 😜

36 comments:

  1. wahh sedapp semua menu
    dulu ciknur ank sulung bkn setakat bau ,makan pun x boleh langsung sampai msk trimester kedua huhuu seksaa masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa peknen anak sulung dulu makan tak lalu tapi takde alah dgn bau. Yg baru2 ni bau menumis buat rasa mual tapi makan berselera je hehe.

      Delete
  2. Wah meriah makan2 dia seminggu tu ye hehee... Ok mgu ni makan busat lagi la ye 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu... sedih betul tak dapat ikut korang makan busat kat hat yai T_T

      Delete
  3. wahhh... berbadan 2 ke tu sis? hihi.. alhamdulillah mdh tahniah awallah... tp benarlah selalu gilak mkn di luar sampei x tauk nk mkn apa... mun di kch tok lah... di sinun ok kot byk pilihan... ayam dibalut mozarella tek menarik jak bunyinya... miak nang suka mknn gia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tok throwback sebelum miscarriage riya kakmim hehe.

      Delete
  4. makanan semuanya mantap dan awesome....terliur juga tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. mun ada rezeki datang la ke kl JJCM. KL mmg food haven.

      Delete
  5. variety menu sis, masakan pelbagai negara. K Fry sahaja yang saya pernah try. Terbayang pulak staf di situ membalut ayam dengan cheese

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik kesempatan kita ajak asben makan di luar hihi. sekali-sekala tak salah kan? :P

      Delete
  6. Boleh bau jiran menumis. Kuat deria bau ya.
    Ya boleh tahan harga makanan dipesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time masa pregnant tak boleh cium bau yg kuat. sebelum2 ni tak pernah pulak. minyak rambut asben pun kena tukar sbb saya tak tahan bau minyak zaitun.

      Delete
  7. Eh baru tau Carneyz pregnant. Alhamdulillah…tahniah!

    Akak pernah makan di Dolly Dimsum, tapi mungkin tak pandai pilih menu, dapat yang tak kena selera. Jadinya tak mau pergi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni throwback masa pregnant, Kak Ujie.
      Saya suka Chinese food jadi tak de masalah order makanan di Dolly Dim Sum :P

      Delete
  8. Masya-Allah, nampak lazat semua makanan.
    Tahniah, Carneyz, pregnant, take care ye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sedap2 semuanya tapi K Fry tu terlebih masin sikit bagi saya.

      Hehe, terima kasih Nur. Sebenarnya ni throwback before miscarriage.

      Delete
  9. sedapnyaaa dim sum! k fry tu lama xmkn tp memang puas hati kalau dpt mkn fries bersalut cheese. makan sampai muak. haha. bingsu mango tu teringat mkn di taiwan. mango dia lg besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina pun minat dim sum jugak ke? K Fry tu saya minat bingsu nya je. Ayam balut cheese tu sedap tapi masin sikit.

      Delete
  10. Mak aih... poket uncle tak lepaih makan kat sini ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga poket Uncle makin tebal lepas2 ni hihi..

      Delete
  11. kalau tak tulis restoran tu sy mensti sangka masjid/surau hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la yg tergoda nak cuba makan di tempat ni hehe

      Delete
  12. Replies
    1. kadang2 ada komen yg termasuk spam. kena publish baru nampak komen tu huhu..

      Delete
  13. wah rezeki makyong tu bole request mkn mcm2....dlu pn masa pregnant tk bole bau org menumis....pasti muntah....sedap2 tmpt mkn tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni first time sbnrnya masa pregnant tak boleh bau menumis atau bau2 yg kuat. sebelum2 ni takde pulak mcm ni hehe.

      Delete
  14. Kalau berdua makan lauk gerai/kedai jer..bosan makan luar rebus ubi keledek jepun yg warna purple tu..kenyang sampai malam..atau masak nasi+telur goreng+sambalpenyek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kami dari zaman berdua sampai berempat ni mmg jenis suka makan dan cuba makanan baru :P

      Delete
  15. PH dulu time pregnant, selain bau bawang ditumis, bau nasi tengah mendidih pun pening 😅 Macam-macam hihi...
    Dim sum tu nmpk menariklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, bau nasi mendidih pun boleh loya ye. dim sum tu mmg faveret kami anak beranak hehe

      Delete
  16. Susah juga alahannya begitu yang hari hari pasti buat. Sabar je lah kan. Kita tahan godaan tengok tayangan gambar makanan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik asben memahami ajak makan kat luar, mesti dia tak sangka pulak isteri ambik kesempatan ajak makan kat tempat2 mcm ni :P

      Delete
  17. Sama macam Kak Sue, kalau prengnant memang tak boleh nak masak. Memang mabuk teruk sangat-sangat. Kak Sue teringin nak pi makan kat K Fry dengan Dolly Dim Sum tu..

    Apapun, tahniah awak.. jaga diri tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya org yg penah melalui pengalaman ni je yg faham kan kak sue. tapi tu la, semua tinggal kenangan sbb bukan rezeki kami kali ni nak timang cahayamata baru.

      Delete
  18. alhamdulillah tahniah carneyz, untung ada husband yg memahami.. dia jaga carneyz sebaiknya makan pun sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab2 makan ni mmg asben tak berkira alhamdulillah.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .