Selesai pindah barang-barang besar barulah rumah sewa nampak lapang sikit. Proses seterusnya ialah mencuci rumah sewa pulak. Prinsip aku, macamana keadaan rumah tu masa mula-mula masuk 2 tahun lepas, macam tu la sepatutnya keadaan rumah sebelum keluar.
Syukur Alhamdulillah anak-anak dah boleh diharap untuk sama-sama mengemas dan mencuci rumah. Kami bergotong-royong mengemas dan mencuci rumah seharian semalam - aku mengemas di ruang tamu dan mencuci bilik stor, Suami Terchenta mengemas ruang makan dan mencuci bilik air belakang, manakala anak-anak bertugas di bahagian dapur.
Adik gigih mengelap kabinet dapur sementara kakak mencuci sinki dan countertop |
Hari ni ikutkan rancangan aku nak mengosongkan dan mencuci peti sejuk. Untung kakak aku tinggal di blok sebelah je, jadi barang-barang dalam peti sejuk tu aku boleh tumpangkan dalam peti sejuk kakak memandangkan peti sejuk kami pun belum sampai 💓
OK, ayuh kita bekerja! 💪
Cuti minggu lepas LZ sibuk juga kemas rumah.. Tukar susunatur master bedroom dan buat indoor cat room, penat juga tapi seronok tengok hasilnya, hehehe :)
ReplyDeleteCuti weekend panjang baru boleh fokus buat projek rumah kan. Rasa puas bila dah siapkan apa yg dah dirancang.
Deletebab ngemas ni, kena ada kerjasama...ada yg bantu cpt la skit kn...
ReplyDeleteaah betul tu mama. klu sorang2 buat mmg terkial2 dan lambat nak siap.
Deletekejesama yg mantap.. hihi.. kejap je siap kemas kalo sama2 tlg menolong..
ReplyDeletealhamdulillah, masing2 faham tugas masing2. Mmg kena sama2 bekerja sbb bila nak pindah ni proses mengemas dia lebih kepada deep cleaning & bukan macam rutin mengemas harian.
Deleteapa yg penting, kerjasama!...Alhamdulillah, pembahagian tugas meringankan kerja..
ReplyDeleteAlhamdulillah... hati pun rasa lapang sikit bila dah tick off mengemas dari checklist pindah ni.
Deletebagusnya, jangan jadi penyewa tak bertanggungjawab. tinggalkan rumah macam tongkang pecah. semoga anak-anak dara berdua tu ikut cara ibunya
ReplyDeletesaya pun menyewakan rumah dekat org lain, jadi faham perasaan tuan rumah mesti la nak rumah dipulangkan dengan baik. Dengan harapan bila saya buat cara baik, Allah akan balas dgn beri penyewa yg baik2 ameen...
DeleteTak sabar juga nak menjejaki rumahmu Karni.. nanti buat house warming jemput kita tauu...
ReplyDeleteInsha Allah Sislin. Tak pasti bila dapat buatnya dapur tak siap lagi ni huhu...
DeleteBagus kemaskan rumah yang ditinggalkan betul-betul. Tidak ramai buat.
ReplyDeleteHarapnya tuan rumah dapat full refund deposit kami bila puas hati dgn keadaan rumah.
DeleteKerahan tenaga hihi...
ReplyDeleteApapun kita mudahkan urusan orang, Insha Allah, Allah mudahkan urusan kita 🤗
Hehe, apa yang penting kerjasama!
DeleteTu la, semoga dipermudahkan dapat balik deposit rumah sewa...
penyewa yg bagus 👍👍
ReplyDeleteTerima kasih Wak :)
DeleteAlhamdulillah... anak anak pun rajin tangan membantu... Selamat bekerja dan mengemas yaaa
ReplyDeleteAlhamdulillah, senang kerja anak2 dah boleh diharapkan.
DeleteHati2 panjat tangga tu... seriau tengok!
ReplyDeleteTakpe, mak dia berdiri kat belakang hehe.
Deletemoga dipermudahkan semua urusan sis sekeluarga asbab sifat murni bersihkan semula rmh sewa. mesti senyum tuan punya rumah dpt penyewa mcm sis hehe
ReplyDeleteterima kasih, dah setel semuanya. Tuan rumah pun nampak happy tengok keadaan rumah masa pulangkan kunci tu.
DeleteKalau pulang tak bersih, segan. Sebab tu melambangkan peribadi kita.
ReplyDeleteBagus anak2 bekerjasama. Walau penat, tapi gembira masuk rumah baru.
Setuju sangat Kak Ujie. Tak sampai hati nak pulangkan rumah yang kotor dan penuh sampah.
Deleteselamat berpindah ke rumah baharu ye....
ReplyDeleteterima kasih Abam Kie. Dah selamat pindah rumah baru :)
Deletebagusnya dpt penyewa baik..selalu dgr org merungut rumah sewa abis jahanam. Umah adik sis.siap penyewa pandai2 reno dan sewa.pd.org lain. Adoiii abis.rosak..rumahnya
ReplyDeleteWah, macamana pulak penyewa tu boleh sewa pada orang lain. Kita nak tebuk dinding rumah sewa pun takut, takut rosak rumah orang.
DeleteBab mengemas rumah memang perlu banyak tenaga. Kena gotong-rotong supaya cepat siap. Bertuah tuan rumah dapat penyewa yang bertanggungjawab.
ReplyDeleteItulah puncanya 2-3 hari sakit urat sebab kena mencuci rumah lama dan kemas rumah baru Kak Amie.
Deletesama ngan MA, mesti la kemas bersih2 sama mcm yg kita terima tu.. bagus sgt!
ReplyDeletekan, segan nak pulangkan rumah kotor dan rosak.
Deletebagus kalau ada aktiviti gotong royong begini
ReplyDeleteBak kata kartun Wonder Pets dulu - apa yang penting, kerjasama!
Delete