Beberapa minggu lepas aku ada masalah perempuan yang memerlukan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan konsultasi.
Kalau masa bekerja dulu, pastinya tak teragak-agak akan ke hospital swasta kerana rawatan ditanggung oleh insurans perubatan Syarikat. Tapi bila dah tak bekerja ni, kos rawatan semestinya ditanggung oleh Suami Terchenta.
Masa mencari klinik pakar sakit puan di Google, aku terjumpa klinik Al-Eilaaj Dr. Izzat. Bila baca review dari pesakit yang datang ke klinik ni, wow! Semuanya bagi rating 5 bintang, baik dari segi suasana dalam klinik, kos rawatan dan juga layanan profesional doktor pakar di situ. Terus aku ajak Suami Terchenta buat temujanji di sini. Suami Terchenta setuju je.
Bila call nombor klinik yang tertera, panggilan dijawab dengan mesra oleh kakitangan klinik yang memberitahu petang tu ada slot kosong sekiranya aku nak datang hari tu jugak. Tanpa berlengah-lengah aku pun bersetuju. Selesai panggilan, terus dapat Whatsapp dari klinik yang memaparkan tarikh dan masa temujanji klinik. Memang terbaik perkhidmatan pelanggan di sini.
Petang tu, kami tiba di klinik dan terus mendaftar di kaunter pendaftaran. Selesai mendaftar, kami dijemput duduk sementara menunggu panggilan dari bilik doktor. Mata kami sibuk melilau memandang tatahias ruang dalam klinik yang sumpah, lebih cantik dari ruang menunggu di Prince Court!
Warna hijau dinding memberikan ketenangan dan hiasan wainscoting memberikan rasa mewah dan eksklusif |
Bahagian sinki pun cantik |
Masuk ke tandas terus berangan-angan nak ada tandas dengan jubin cantik macam ni |
Bahagian depan klinik |
Bilik-bilik pemeriksaan klinik ni diberi nama sempena srikandi-srikandi Islam iaitu Kamar Safiyyah (wanita pertama yang berjihad di medan perang) dan Kamar Khadijah (isteri Rasulullah SAW).
Masa menunggu tak lama memandangkan aku seorang je pesakit petang tu. Bila nama aku dipanggil, aku masuk ditemani Suami Terchenta berjumpa dengan Dr. Izzat. Walaupun mula-mulanya teragak-agak berjumpa dengan doktor lelaki untuk masalah sakit puan, tapi sikap profesional dan layanan hormat Dr. Izzat dalam menjaga kehormatan pesakit meredakan keresahan. Dr. Izzat sangat terperinci bertanyakan soalan-soalan berkaitan dengan masalah yang aku hadapi. Overall, aku memang sangat selesa bila berjumpa dengan Dr. Izzat.
Doktor memberikan 2 ubat-ubatan untuk aku pada akhir konsultasi. Doktor ada jugak menyarankan aku datang berjumpa lagi dalam 3 minggu untuk buat ambil sampel darah. Mula-mulanya aku setuju, tapi bila masa pembayaran, aku dan Suami Terchenta agak terkejut sebab bayaran dikenakan agak mahal, mungkin lebih mahal dari berjumpa dengan doktor pakar di Prince Court! Kalau buat blood test ni agaknya boleh pengsan Suami Terchenta di situ. Dalam Google review, ramai yang mengulas harga rawatan di sini berpatutan, malah ada yang menyebut dalam lingkungan RM200+. Tapi kami pula dikenakan RM500+. Adakah sebab harga ubat-ubatan yang mahal? Wallahualam.
Mungkin inilah kali pertama dan terakhir aku mendapatkan rawatan di sini 😅
Kalau korang mencari doktor pakar sakit puan, boleh la cuba ke klinik Al-Eilaaj Dr. Izzat ni. Dari segi khidmat pelanggan klinik dan kepakaran, memang aku akui klinik ni worth the 5-star ratings. Memang patut la klinik kayangan.
Klinik Al-Eilaaj Dr. Izzat
Alamat: 5, Jalan Rampai Niaga 3, Medan Niaga Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Setelah melihat bayaran, rasanya saya kena fikir 11 kali untuk dapatkan khidmat rawatan di klinik kayangan seperti ini hihihiiii.
ReplyDeleteItulah kak, saya tak sangka pulak dikenakan caj semahal tu, sbb baca google review ada yg kata caj rawatan RM200+ je. Mampu berhuhuhu je la masa bayar.
Deleteni kalo sakit masuk klinik cantik terus jd sihat.
ReplyDeletemcm hotel dh gayanya.. hihi..
suasana tenang... sedap mata memandang..
sbb tu la kot hrga agak kayangan.. huu
Doktor bagus, staff semua mesra dan sopan, siap dapat Whatsapp remind next appointment, masa menunggu tak lama. Kalau ada duit boleh la ke sini.
DeleteAlamak kayangannya harga. Walaupun ada insurans tapi rasanya mau HR pandang semacam nanti
ReplyDeleteRasanya HR tak akan luluskan hehe.
Deletehiasan wainscoting ...cantik mcm rumah..mmg kayangan...mayb tu la kot caj pn bole tahan mahal kan
ReplyDeletemungkin la mama. atau mungkin ubat saya tu yg mahal sbb ada patient yg review sblm ni bgtau caj dia dlm RM200+ je.
DeleteHaa. nampak memang kayangan behtol... Cantik.. tapi tuhlah . tang mahal bebeno tu... errr.. tak sanggup la pulak..
ReplyDeleteHehe pegi sekali je lepas tu rasa tak mampu nak teruskan...
Deletemungkin ubat yang mahal kut..
ReplyDeletemungkin kot...
Delete