(Disclaimer: Late post bulan lepas)

Ni semua gara-gara iklan IG yang lalu-lalang sampai kami terjebak di malam minggu ke sini semata-mata untuk secebis pengalaman.


Artisan's Playground
Welcome to...

Artisan's Playground
... food court kayangan.

Sekali imbas, tak ubah macam food court di IKEA, cuma di sini makanannya level restoran di hotel-hotel 5 bintang. Well, harganya la.


Artisan's Playground
Suasana di Artisan's Playground

Artisan's Playground
Sambil makan dihiburkan dengan persembahan nyanyian live

Artisan's Playground
Ramai pengunjung ambik kesempatan bergambar di sini

Artisan's Playground
Ruang event

Artisan's Playground
Ruang makan private untuk acara lebih ekslusif

Konsepnya kat sini ada 15 restoran mikro dengan chef tempatan dan luar negara masing-masing menawarkan menu yang berlainan.


Artisan's Playground
Chef Itali sedang menguli doh pizza sebelum dimasak dalam ketuhar kayu kat belakang tu

Artisan's Playground
Kiosk menjual aiskrim gelato

Sepatutnya kena buat reservation online, tapi kami main datang terjah je hehe. Mujur tempat tu tak penuh.


Artisan's Playground
Order makanan online, buat pembayaran dan tunggu robot pelayan hantar makanan

Artisan's Playground
Makanan dah sampai...

Artisan's Playground
Anak-anak teruja dilayan oleh robot

Antara makanan yang kami pesan malam tu:

Artisan's Playground
Croissant kesukaan Khayla - RM10

Artisan's Playground
Quattro Formaggio Pizza (4 cheese pizza) - RM55

Artisan's Playground
Salmon Teriyaki Don - RM38

Artisan's Playground
Lobster bisque - RM28

Artisan's Playground
Roasted Chicken - RM30+

Artisan's Playground
Salad - harga tak ingat

Artisan's Playground
Strawberry gelato - harga tak ingat

Total makan malam kami kalau tak silap dalam RM250. Bagi aku, cukuplah sekali je kami ke sini sebab makanan di sini kurang menepati selera kami. Cuma Khayla je beriya-iya makan croissant sebab katanya croissant situ yang paling sedap dia pernah makan (ni sebelum dia cuba croissant dari kafe Bray 😜 )


Artisan's Playground
Selfie dulu sebelum makan

Tempat ni menarik kalau nak lepak-lepak dengan kawan-kawan dan keluarga sebab suasana yang santai. Kalau pergi laman web tempat ni sebenarnya menawarkan pelbagai aktiviti berkisar food experience contohnya 8-Course Spanish Tapas Experience by Chef Gabriel untuk peminat atau yang nak mencuba makanan Sepanyol buat pertama kali. Tapi harga kayangan la. Huhu.


Artisan's Playground by COOKHOUSE
Alamat: 1, Jalan Selvadurai 1st Floor, Block H, Plaza Riverwalk, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Masa Operasi: 9.30 pagi - 10 malam setiap hari

28 comments:

  1. Ok kena pegi time bonus je la klu betul2 teringin nak cuba hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhaa... mmg harga makanan kat sini mahal. Cuma tempat dia best untuk lepak-lepak je la.

      Delete
  2. best nyaaaa dpt lepak2 borak2 makan2 kat siniiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat lepak2 mmg sesuai tak bingit sgt tapi nak makan mungkin kureng sikit.

      Delete
  3. nanti nak paw boss ajak cuba hehehe

    ReplyDelete
  4. Wow! Teruja tengok food court kayangan ni. Bukan level biasa biasa ni. Tapi kalau namanya Artisan tu dah melambangkan seni yang tersendiri. Sekadar nak cuba rasa okay lah kan :) Tempting tengok ayam dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, sekadar mencuba tapi nak repeat balik mungkin tidak.. ayam tu biasa2 je, sedap lagi yg di Ikea.

      Delete
  5. Canggih sangat tempat ni untuk uncle... (bisik)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah banyak tempat makan yang takde pelayan manusia Uncle. Kat McD Sogo pun dah pakai pelayan robot hihi.

      Delete
  6. Boleh tahan juga harganya kan.. tapi sesekali nak belanja family makan lain dari biasa boleh lah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar lepak2 memang cun sangat tempat ni sebab tak bising sangat boleh la berborak2.

      Delete
  7. Persekitaran nampak romantik.
    Kalau saya tidak berani masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak masuk pun tak rugi rasanya NA. Tempat je nampak ekslusif tapi makanan biasa-biasa je.

      Delete
  8. nak kan kpd susana je kan? kalu abe kie la x berani masuk. Cukup la pi medan selera yg biasa2 aje. huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi sedap makan di medan selera ikut tekak saya Abam Kie.

      Delete
  9. Menarik idea food court kayangan ni ya.
    Mujur kurang menepati selera, taklah teringin nak pergi lagi kan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sekali dah cukup la hihi. Pandai team marketing jual tempat ni di IG, nampak sedap2 semua. Bila pegi dan rasa sendiri baru tau macamana.

      Delete
  10. Tersedak tengok harga-harganya. Kalau betul-betul sedap nak jugak pergi. Tapi saya selalu makan tak habis so segan nak masuk. Takkan nak mintak bungkus macam selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut pengalaman saya, tak berbaloi pergi ke sini. Nasi memang takde la Sal huhu.

      Delete
  11. cantik tmptnya tu harga kayangan mempengaruhi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tempat cantik mmg viral. Harga kayangan tu memang tak dinafikan salah satu sebab kami tak rasa nak repeat.

      Delete
  12. harga kayangan tapi brbaloi2 dgn makannannya tu mcm2 ada.. tempat pun bersih dan selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar mencuba tu boleh la merasa pengalaman makan di food court kayangan haha. Kakak kata ayam tu biasa2 je. Sedap lagi ayam kat Ikea hihi.

      Delete
  13. Harga kayangan tapi yg penting makanan sedapp 😀😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanannya OK2 je Wak. Ikutkan tekak saya makan di medan selera lebih menepati selera saya hehe.

      Delete
  14. Mahal ya rm250 tp tmpt mmg eksklusif la... mun sekadar nk lepak² berloyar sambil bergambar boleh ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, sekadar lepak2 berloyar order air / kongsi makanan mungkin boleh la datang sitok.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .