Ni kisah minggu lepas masa BFF aku datang ke KL dengan family. Asben BFF aku ajak kiteorang makan patin tempoyak di House of Patin Lipis @ KL. Walaupun menetap di KL kiteorang pun tak pernah tau kewujudan tempat ni haha. Sampai Waze pun sesat nak sampai ke sini.

Rupa-rupanya tengah-tengah KL ada restoran patin tempoyak yang boleh tahan sedapnya. Restoran ni terletak di Jalan Liew Weng Chee, Off Jalan Yap Kwan Seng. Ha, memang tengah bandar betul. Cuma lokasi restoran ni agak terpencil. Tak tau camane asben BFF aku boleh jumpa restoran ni.

Gulai patin tempoyak ni memang favourite aku dari dulu. Tapi aku tak pernah pulak try pais patin tempoyak. BFF aku la yang beriya-iya order kan. 


House of Patin Lipis di KL
Pais patin tempoyak

BFF aku dan asben dia memang teruja sangat order ikan patin sebab kat Sarawak ikan ni tak berapa popular. Bila dah di KL dieorang ambik kesempatan la makan ikan patin puas-puas hehe.


House of Patin Lipis di KL
Patin goreng

House of Patin Lipis di KL
Ayam goreng untuk anak-anak

House of Patin Lipis di KL
Gulai tempoyak patin, sambal petai tempoyak, kailan ikan masin, daging salai lemak cili api dan ulam-ulaman

Mintak maaf kualiti gambar kurang memuaskan sebab maklumlah masing-masing dah kelaparan!

Bagi aku makanan kat situ semuanya sedap dan kena dengan tekak aku. Daging salai lemak cili api tu pedasnya sedang-sedang je, sesuai dengan lidah Sarawak aku yang tak tahan makanan pedas menyengat. Dan aku sangat suka dengan pais patin tempoyak sebab rasa tempoyaknya menyerlah. 

Sebelum balik haruslah ambik gambar kenang-kenangan dengan BFF:


House of Patin Lipis di KL

House of Patin Lipis di KL


Terima kasih kepada asben BFF yang belanja kiteorang makan malam tu. Semoga murah rezeki BFF sekeluarga 💖

Penggemar ikan patin di KL boleh la mencuba restoran ni sebab lokasinya yang betul-betul di tengah KL (boleh nampak KLCC ye).

House of Patin Lipis @ KL
Alamat: No 5 , Jalan Liew Weng Chee, Off, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur
Telefon: 03-21817845

24 comments:

  1. Alhamdulillah orang Sarawak suka lauk patin tempoyak dan pais.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorg mmg suka makan. Jadi BFF tu pun sbb hobi makan hehe.

      Delete
  2. Terliur dengan pais patin tempoyak tu. Belum pernah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena singgah cuba ni Kak Ujie. Klu penggemar lauk berasaskan tempoyak, memang akan layan pais patin tempoyak ni.

      Delete
  3. Ala 3 ke 4km jer dari rumah Keramat..Boleh dicuba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, klu duduk keramat tu mmg dekat je. Klu org tak ajak ke sini, mmg kiteorg pun tak tau tempat ni wujud hehe

      Delete
  4. selain kopi, ikan patin jugak wak xleh nk telan., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan patin ni klu tak pandai bersihkan agak hanyir baunya, tapi suka isinya yg manis dan lembut.

      Delete
  5. wahhhhh patin! pais patin tempoyak kena cuba nti ni! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedappp... lebih sedap dari gulai patin masak tempoyak. aduhai terngiang2 pulak rasanya.

      Delete
  6. Pais ikan patin tu nampak sedap sis... PH suka isi bahagian perut yang lemak-lemak sikit tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita PH. saya pun suka bahagian yg berlemak2 tu :P

      Delete
  7. saya orang KL pun tak tahu kewujudan restoran ni. bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  8. sesuai sgt utk penggemar ikan patin. hehee

    ReplyDelete
  9. alahaiiii sedapnyaaaaa... patutlah kwn sy setiap mggu dok bercerita dlm grup wa psl resto ni. dia mmg peminat patin tempoyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, setiap minggu dia bercerita kenalah ajak dia makan kat situ hehe. mmg sedap2 lauk patin kat sini. bertambah2 nasi makan kat sini :p

      Delete
  10. Sedapnya masakan pais. Tapi ikan patin saya tak makan pulak. Tapi daging salai masak lemak cili api saya suka. Best makan tempat yang sedap kena dengan selera kita kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fiza. Rasa sepinggan nasi pun tak cukup hehe. Daging salai dia sedap sangat. Terliur pulak bila teringat.

      Delete
  11. Wah nampak sedap semuanya tu.. nanti nak ajak family pi cuba jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ni saya rekemen Kak Sue hehe. Kalau tengok gambar-gambar di dinding restoran, ramai jugak orang kenamaan dah sampai ke sini. Tapi harganya masih berpatutan :)

      Delete
  12. perlu dicuba ni, tak payah nak ke temerloh cari pais patin lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila teringin je nak makan pais patin boleh la singgah di sini.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .