Rakyat Malaysia masih lagi amat kurang membaca berbanding rakyat di negara maju. Makin diburukkan lagi dengan kewujudan peranti digital, ramai budak-budak lebih suka bermain games atau bersosial media. Aku ingat lagi zaman bersekolah dulu, aku dan kawan-kawan sanggup simpan duit bekal untuk beli buku cerita di kedai buku. Buku yang aku suka baca ialah buku-buku Enid Blyton. Dari situlah aku menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Kalau buku-buku Melayu pulak, aku suka buku-buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aku agak terkilan bila anak-anak aku tak mewarisi minat membaca, padahal dari dieorang baby lagi aku dah dedahkan dieorang dengan buku-buku. Sanggup berhabis duit masa pesta buku untuk anak-anak. Tapi dieorang lebih ikut perangai bapak dieorang bila bab-bab membaca ni huhu... Tak pelah, aku doakan dieorang akan berjaya dalam karier macam Suami Terchenta walaupun tak suka membaca buku!
sama la..dr kecik memang suka membaca...dr buku2 penyiasatan..masa sek rendah dulu..sampai la ke novel2..majalah..mcm2 la. sekarang ni pun still membaca but dah makin kurang la. anak2...pun sama x berapa nak ikut. padahal since kecik memang dah biasakan dgn buku2...zaman sekarang kan? kita doa yg baik2 saja...aamiin
ReplyDeletebuku2 penyiasatan yg saya suka dulu ialah Hardy Boys & Nancy Drews terjemahan BM. Klu majalah pulak, saya suka komik Gila2 dan Ujang hehe. Kadang2 tumpang baca majalah Wanita dan Jelita kepunyaan mak. Skrg susah jumpa anak2 yg suka membaca mcm dulu2. Kena paksa baru la buka buku...
DeleteEnid Blyton akak baca versi terjemahan. Pinjam di perpustakaan sekolah.
ReplyDeleteDapat pulak jadi pustakawan masa sek rendah. Memang seronok asyik pinjam buku.
Sekarang masih suka baca buku walaupun tak banyak macam dulu2.
Hehe samalah jadi pustakawan sekolah. Seronok bila turn jaga perpustakaan boleh baca macam2 buku. Bila dah byk membaca, jadi mahir speed reading. Kadang2 waktu rehat tu boleh habiskan 2-3 buku!
DeletePH dulu kumpul duit beli majalah Bambino setiap bulan :)
ReplyDeleteAlhamdulillah anak4 pun suka membaca.
Dah lama tak dgr majalah Bambino, skrg baru teringat anak rusa di muka depan majalah ni :)
DeleteSama pengalaman kita. Dulu sanggup tak belanjakan duit saku semata-mata nak menabung beli buku. Sekarang melambak buku di rak, tapi anak-anak kurang suka membaca pula.
ReplyDeleteKan Kak Amie, lebih2 lagi dulu duit saku 50 sen sehari, lama jugak menabung nak beli buku baru tapi bila dah dapat rasa seronok sangat. Baca berkali2 sementara tunggu duit cukup untuk beli buku seterusnya.
Deletehahhahaha kan kan kita pun kecil2 suka baca buku enid blyton tp kita x mahir english gak masa tu hahaha...
ReplyDeletehaha.. takpe asal faham dah ler...
DeleteMasa zaman remaja Kak Sue suka membaca juga, tambah lagi kalau buku cerita seram. Cuma sejak dah remaja purba dah berkurangan dah sikit dah membaca, tak kira cerita seram atau yang lain..
ReplyDeleteNi mesti Kak Sue suka baca majalah mastika kan?
DeleteSaya dulu pun suka membaca. Tapi tulah tarikan gadget dan TV kuat snagat.
ReplyDeleteBetul tu, sbb tu anak2 skrg dah kurang membaca.
Deletesaya memang suka membaca masa kanak2 n remaja. bila dah tua ni rajin membaca di HP n laptop je. Huhuhu...
ReplyDeleteSama la Abam Kie. Saya subscribe e-library, senang nak baca dekat hp.
Deletesalah tu makcik, jamanaw org dh xnak baca buku, novel, newspaper dll.. semuanya ada dihujung jari., hehehe
ReplyDeleteitu la wak, bila semua di hujung jari, banyak nau godaan nak layari benda-benda lain contohnya game & YouTube. Buku digital tak pulak berminat.
Delete