Kalau korang spesies macam aku ni kan, mesti korang setuju bila aku kata struggle betul nak minum air secukupnya dalam sehari. Ada je benda lain yang distract sampai lupa nak minum air. Selalunya aku minum air lepas bangun pagi sebab tekak haus, lepas tu sepanjang pagi tu aku lupa. Tengahari baru teringat nak teguk air lagi. Baru-baru ni aku track, aku cuma minum sebotol air 500ml sehari! Isk, isk... teruk benar perangai.
Minum air ni penting untuk fungsi tubuh yang sihat. Bila kurang minum air, organ yang paling terkesan ialah buah pinggang. Bayangkan berapa banyak toksin yang buah pinggang kena cuci tapi air tak cukup huhu. Lepas tu mulalah efek dekat organ-organ badan yang lain termasuk kulit, mata, rambut dan usus. Contohnya kulit akan jadi kering dan cepat berkedut, mata jadi kering, rambut jadi rapuh dan masalah sembelit.
Kredit imej: engin akyurt on Unsplash |
Jadi sebagai peringatan buat diri-sendiri, aku Google dan senaraikan tips-tips minum air kosong 3 liter sehari:
1. Set alarm
Benda ni senang je sebab semua orang ada smartphone dengan fungsi alarm. Set kan alarm setiap jam untuk remind diri-sendiri minum segelas air (250ml). Untuk 12 jam berikutnya minum air setiap kali alarm berbunyi. Mulakan dari selepas bangun tidur. Elakkan set alarm terlalu lewat sebab takut malam-malam terganggu tidur bila asyik nak ke tandas.
2. Beli botol air khas
Botol air ni kena set kan minda untuk bantu minum air kosong secukupnya. Jadi bila nampak je botol tu, terus rasa kena teguk air sebab dah beli kan hehe. Kalau boleh beli botol dalam jumlah 1 liter atau kalau nak senang bawak ke mana-mana, 500ml.
3. Minum air lepas solat
Tips ketiga ni paling senang la kalau korang sejenis yang tutup alarm lepas tu lupa nak minum jugak kan huhu. Setiap kali selepas solat, minum air sebanyak 500ml:
- Subuh - 500ml
- Zohor - 500ml
- Asar - 500ml
- Maghrib - 500ml
- Isyak - 500ml
- Jumlah air = 2500ml
Baki 500ml tu boleh la minum jugak lepas makan tengahari dan makan malam (segelas air 250ml selepas makan tengahari, 250ml selepas makan malam). OK dah setel 3 liter air sehari.
Senang jugak bila baca tips-tips ni kan? Semoga kita boleh la praktikkan dalam kehidupan seharian. Caiyokk!
Sumber rujukan: http://sinarpermata.com.my/
Saya pun sedar akan hal ni. Kurang minum air. Thank you, share tips ye, Carneyz. :)
ReplyDeleteNur lagi la kena minum byk air sbb hari2 berlari kan, mesti byk keluar peluh.
Deletesama laaa kadang mmg lupa langsung nak minum air
ReplyDeletepatut la kita ni mcm2 penyakit kan Kak Ret huhu...
DeleteMA memang kuat minum air... dulu susah jugak. pas tu beli tupperware yg 2 liter tu..selalunya memang habis la kat opis. kadang2 siap refill. since tu memang ok je
ReplyDeletemaksudnya no. 2 tu tips yg berkesan la kan. kena ada botol air khas utk beri motivasi diri-sendiri supaya minum air :)
DeleteNo 2 tu paling senang bg PH. Sbb tengok suami buat mcm tu :)
ReplyDeleteBaguslah ada contoh yg baik di rumah :)
DeleteYe la... setiap waktu solat!
ReplyDeleteKan. Solat je, minum air. Tak payah risau terlepas alarm.
DeleteSaya pun biasa amalkan minum air kosong setiap hari. Tidak berjadual, tapi setengah hari mesti habis 1.5liter. Kiranya dalam sehari purata minum 2.5 liter.
ReplyDeleteMungkin boleh share tips Kak Amie. Tgh nak belajar disiplinkan diri minum air & makan makanan sihat.
DeleteSaya jarang ambil minuman manis seperti kopi. Sesekali teringin, memang minum juga. Biasanya saya minum jus buah tanpa gula. Wajib bawa bekalan air kosong 1.5 liter ke sekolah, tapi biasanya saya tambah dengan membeli air mineral di kantin. Agaknya dah terbiasa dari dahulu minum air kosong, jadi tak ada jadual tertentu untuk amalkannya.
Deletesama la kita
ReplyDeletePayahh sgt.
Skrg kalu mkn kat kedai ciknur minta air kosong je tak minta air lain dah he hew paksa minum.
terbalik pulak kita ciknur. klu saya makan kat luar baru saya order air manis. tapi sbb dah terbiasa minum air kosong di rumah, bila minum air manis di kedai ya Allah, manis leting. terpaksa mintak air kosong bagi kurangkan rasa manis tu.
DeletePerkongsian yang menarik. Nanti boleh dipraktikkan
ReplyDeleteMari kita sama2 praktikkan utk kesihatan.
DeleteKak Sue pun sejak anak dara Kak Sue tegur sebab kurang minum air masa PKP hari tu, terus Kak Sue usaha cukupkan minum air kosong tiap hari..
ReplyDeleteDahulu rajin sebab beli air mineral yang 1.5 liter. Lepas itu dah malas untuk tengok berapa ml sehari.
DeleteApapun tq untuk tips. Lagi satu godaan minum air manis.
alhamdulillah ada anak dara yg prihatin dgn kesihatan kak Sue. Saya pulak nak kena start didik anak2 saya minum air kosong secukupnya sbb dieorg tgk mak bapak tak minum air jadi terikut2 tak minum air sampai kering kulit bibir.
DeleteAir manis salah satu penyumbang kepada pembunuh senyap sbb bila gula dalam darah naik, tekanan darah pun naik dan lama2 fungsi ginjal pun makin menurun. Boleh minum sekali seminggu je kot.
ReplyDeleteTips no 3 tu menarik. Cuma kalau malam jangan minum nak dekat waktu tidur. Tak best dah lena kena bangun gi toilet
ReplyDeletesetuju. lagi tak syok klu mimpi pegi toilet hahaha
Deletetambah yg menyusu lps habis waktu kerja ni memang bangun subuh terus kena minum air sbb dahaga tak boleh ckp.
ReplyDeleteklu yg menyusukan anak lagi kena byk minum air utk maintain stok susu.
Deletewah baguslah ada rujukan dan sistem mnum air begini
ReplyDeleteorg yg tak kuat minum air mcm saya mmg kena ada sistem minum air.
DeleteSy pun jenis kurg minum air juga.. tp suka minum air manis huhu.. Sy selalu letak botol dlm bilik supaya selalu ingat utk minum air
ReplyDelete