Sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ فُجَّارًا، إِلَّا مَنْ اتَّقَى اللَّهَ، وَبَرَّ، وَصَدَقَ

Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur.”

(Hadis riwayat al-Tirmizi)

Berniaga ialah pekerjaan yang sangat digalakkan dalam Islam. Malah seringkali kita dengar hadis Nabi tentang kebaikan menceburi bidang perniagaan:


عَلَيْكُمْ بِالتِّجَارَةِ فَإِنَّ فِيْهَا تِسْعَةَ أَعْشَارِ الرِّزْقِ

Maksudnya: “Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10 rezeki.”


Walaupun hadis ni dianggap dhaif, namun ramai umat Islam yang berpegang dan percaya dengan kebaikan berniaga.  Mana taknya, kalau kita tengok di luar sana, ramai founder-founder perniagaan yang mampu hidup senang hasil dari berniaga. Sebahagian daripada mereka pernah bekerja makan gaji namun berhenti kerja untuk fokus kepada perniagaan.

Namun di sebalik keghairahan mengejar untung semasa berniaga, peniaga-peniaga perlu ingat dan sedar pentingnya berlaku jujur dalam perniagaan. Ini kerana tidak berkat rezeki yang diperoleh dengan cara menipu (sama ada menjual barang yang tidak sama dengan apa yang diiklankan atau barang yang rosak), mengurangkan timbangan (contohnya menjual karipap angin) dan menjual produk yang mendatangkan kemudaratan kepada orang lain (vape, rokok dan bahan-bahan terlarang).

Aku nak cerita pengalaman aku sendiri diuji bila berdepan dengan peniaga yang tidak jujur dalam mengiklankan menu makanan yang dijual di aplikasi Grab Food. Minggu lepas aku teringin makan sup tulang merah lepas menonton video Youtube RareTV kembara ke Singapura. Aku buka aplikasi Grab Food dan alangkah gembiranya bila ada sebuah restoran di Mont Kiara yang menjual sup tulang merah. Gambar yang diletakkan dalam aplikasi Grab Food tu pun memang gambar sup tulang merah Singapore:


Macam ni la rupa gambar yang diletakkan dalam aplikasi Grab Food

Walaupun harganya agak mahal (RM26), aku pesan jugak sambil membayangkan keenakan menyedut sum-sum dalam tulang gearbox tu. 

Tapi bila sampai, beginilah rupa sup yang diterima:


Mana gearbox nya?

Sudahlah bukan sup merah yang dibayangkan, isi pun sangat sedikit tak berbaloi dengan harga yang dikenakan. Aku buka aplikasi Grab Food, sempat lagi berhusnuzon mungkin restoran tersilap hantar. Tapi tergerak hati untuk check review pelanggan-pelanggan. 

Nampaknya bukan aku seorang yang telah tertipu dengan false advertising sup tulang merah, ramai pelanggan yang menyuarakan kekecewaan dan kesedihan sebab sup yang diterima bukanlah sup tulang merah dan isinya sangat sikit. 

Jelas peniaga memang sengaja menipu pelanggan-pelanggan, yang difikirkan cuma keuntungan jualan dengan cara menipu dalam jualan. Semoga pemilik restoran ni cepat-cepat sedar dan bertaubat sebab takde gunanya mengaut keuntungan dengan cara tidak jujur, kerana harta yang diperoleh cuma akan membawa kecelakaaan di kemudian hari.

Pengajaran buat diri-sendiri, kena periksa ulasan pelanggan terdahulu sebelum buat pesanan. Tapi perkara ni tak akan terjadi sekiranya peniaga mengamalkan etika perniagaan iaitu tidak menipu dan mengurangkan timbangan.

18 comments:

  1. tak baik kan tipu pelanggan...jauh beza betul sup tulang merah tu, mmg frust betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye nohas, dah excited ingatkan dah jumpa sup tulang merah singapore di KL, rupa2nya kena tipu. sedih betul

      Delete
  2. semoga peniaga yg menipu pelanggan akan menerima kifarah di dunia lagi.....

    ReplyDelete
  3. frust nya...sbb tu sebelum order better baca review dulu. takut terkena mcm ni la...sedih je.
    kat pasar ramadhan pun banyak kes2 makanan yg hampir basi or basi dijual..maybe lebihan hari sebelumnya tu, tak baik sgt kan...kesian pd yg membeli tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. mmg jadi pengajaran buat diri-sendiri supaya check dulu review sblm order.
      hmm.. itulah sbbnya saya jarang2 sgt nak membeli barang makanan di pasar ramadhan bulan puasa. Pernah sekali cirit-birit gara2 makan lauk dibeli di pasar ramadhan.

      Delete
  4. kdg2 gmbr google...menipu dlm berniaga tk berkat...mmg stress bila kita nk mkn tu tk dpt spt yg digambarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa redha je walaupun dlm hati Tuhan je yg tahu...

      Delete
  5. itu la ciknur jga pernah terkena ,bkn skali tp byk kali. Order ,dpt tp x spti yg di iklankan emmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kan ciknur. kita dah berharap dapat makanan mcm yg diiklankan yg sampai jauh berbeza...

      Delete
  6. Allahu Akbar! Sanggupnya menipu dalam perniagaan. Kalau saya terima begini, saya pun sedih! Tak ke manalah perniagaannya kalau tak jujur dengan pelanggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau kat mana nak mengadu dekat grabfood yg peniaga mcm ni tak jujur dengan pelanggan. harap grabfood pantau review dari pelanggan huhu...

      Delete
  7. Ish ish warna pun tak merah. Kira scam gak la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih bila igtkan masa ni masih pregnant mmg terbayang2 sup tulang merah tu sama mcm dlm gambar tapi... :'(

      Delete
  8. SA pun pernah kena..sbb tu SA jarang sekali beli kat GF atau FP..sebab out of expected...x sama macam yg diiklankan dalam website kan...baik beli gearbox kambing or lembu and masak sendiri ..xde sakit hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, sbb tu klu dah jumpa kedai yg sedap di GF atau FP mmg akan stick repeat order dekat kedai yg sama jugak supaya tak kecewa. terpaksalah turun JB klu nak merasa sup tulang merah yg authentic.

      Delete
  9. alahai tak berkat meniou gitu huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .