Kredit Imej: art4islam.blogspot.com |
“Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, hendaklah ia berkata baik atau diam...”
Menurut Imam Ghazali, anggota tubuh yang paling derhaka kepada kita ialah lidah. Pernah dengar tak peribahasa, kerana mulut badan binasa? Bila kita gagal menjaga percakapan kita, dengan senangnya kita boleh terjerumus ke neraka.
Zaman media sosial ni, percakapan bukan sahaja terhad kepada lidah (lisan), malah apa yang kita komen / tulis di media sosial juga merupakan percakapan. Makna percakapan ni ialah berkomunikasi iaitu menyampaikan ayat atau mesej kepada orang lain, jadi apa-apa yang kita taip di Facebook / IG / blog / media sosial lain merupakan percakapan yang memerlukan kita berhati-hati dan berfikir dulu sebelum disampaikan.
Percakapan yang menyakitkan hati orang lain boleh mendatangkan mudarat ke atas diri-sendiri. Ini ialah kerana setiap tutur kata dan bicara kita akan dipersoalkan Allah SWT pada hari pembalasan kelak. Adakah kita sanggup menjawab kenapa kita mengutuk / menghina si polan walaupun sememangnya si polan berbuat salah?
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Seorang hamba yang berbicara mengenai sesuatu perbicaraan yang termasuk dalam keredaan Allah, sedang dia tidak sedarinya; namun dengan sebab satu kalimat itu Allah menaikkan martabatnya beberapa darjat. Adapun mereka yang berbicara mengenai suatu perkara yang termasuk dalam kemurkaan Allah, sedang dia tidak sedarinya; dengan sebab satu kalimat itu buruk itu dia dimasukkan ke dalam neraka Jahannam.” (HR Bukhari)
Jadi hendaklah kita berkata baik atau diam kerana dosa lisan ialah dosa yang paling senang terjadi. Sekiranya kita berdepan dengan seseorang jahil, hendaklah kita menyampaikan kebenaran tapi sekiranya si jahil terus berdegil membantah atau menegakkan benang yang basah, maka lebih baik kita pilih untuk diam sebab berdebat dengan orang jahil yang degil memang tak akan menang.
Namun, ada juga situasi yang memerlukan kita bersuara contohnya menyebarkan ilmu bermanfaat, menjadi saksi yang benar dan memberikan nasihat-nasihat yang baik. Sekiranya kita diam dalam situasi-situasi ini tanpa sebab munasabah, maka kita menidakkan kebenaran dan juga dipertanggungjawabkan atas perbuatan menyembunyikan ilmu / kebenaran.
Pokok pangkalnya, sebelum kita mengeluarkan sesuatu perkataan, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Nota kaki: Dulu aku selalu meluahkan perasaan di FB / IG tanpa memikirkan kesannya. Sejak awal tahun ni, aku dah stop update status di FB dan bila ada isu-isu hangat pun aku tahan diri dari meninggalkan komen. Bagi aku FB sekarang lebih bersifat toksik dan mudah menjerumuskan aku untuk berkata perkara yang sia-sia. Aku harap penulisan blog aku cuma menyampaikan perkara yang baik-baik aje. Kalau aku menulis perkara yang menyinggung perasaan, harap kawan-kawan boleh tegur aku ya.
Betul , setuju dgn Apa yg carneyz tulis di Nota kaki. 👍🤭☺️
ReplyDeleteTu la, stop terus skrg dh jarang2 bukak fb kecuali klu nak carik resipi atau info pasal event2
DeleteItulah yg SS praktikan.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteSekarang jari pun jahat.
ReplyDeleteAduh kadang-kadang saya cakap dalam hati. Itu yang susah kawal.
Betul, kadang2 tak tersebut tapi terkutuk dalam hati huhu...
Deletegood sharing!! tq!
ReplyDeletesama2
Deletesetuju. lagi pulak zaman sekarang bercakap boleh guna jari je
ReplyDeleteguna jari / mulut, kalau kesannya buruk sama je berdosa...
Delete