Pelancong asing atau orang luar mesti rasa aneh kan, kenapa kita sambut dua hari kebangsaan? Hehe. Itulah uniknya Malaysia. 31 Ogos 1957 ialah tarikh Tanah Melayu keluar dari jajahan British, dan 16 September 1963 ialah hari keramat terbentuknya gagasan negara Malaysia terdiri dari Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.


Fakta: Bermula dari 8 April 2021, Sabah dan Sarawak dikenali sebagai wilayah dan bukan lagi negeri.


Cuti Hari Malaysia ni kami luangkan menghadiri Karnival Kita Anak Malaysia (Kami) 2022 bertempat di UTM KL pagi tadi. 


Hari Malaysia 2022

Hari Malaysia 2022
UTM KL ni tempat Suami Terchenta belajar masa diploma dulu...

Sebenarnya, kami ke sini sebab anak-anak bertugas sebagai sukarelawan di gerai jualan amal milik salah seorang ibu kepada rakan sekolah mereka iaitu di zon kanak-kanak.


Hari Malaysia 2022
Bersedia untuk bertugas!

Hari Malaysia 2022
Sampai-sampai terus diberi taklimat tugas sukarelawan

Tugas dieorang ialah mempromosi barang-barang jualan amal dan menjadi 'cashier'. Alhamdulillah, ada jugak ilmu baru yang dieorang dapat masa bertugas.

Sementara anak-anak bertugas, aku dan Suami Terchenta berjalan-jalan meninjau suasana karnival di sini.  Suami Terchenta sempat lagi berjalan-jalan di bangunan-bangunan dalam kampus KL ni, mengimbau nostalgia lama. Katanya banyak dah berubah dan ada banyak bangunan baru di sini sampai dia dah ingat-ingat lupa rupa kampus lama. Yalah, takkan la masih sama lagi sejak 20 tahun lepas.


Hari Malaysia 2022
Bouncy castle di zon kanak-kanak menjadi tarikan utama

Hari Malaysia 2022
Pertandingan mewarna sedang berlangsung

Di depan dewan besar, ada pulak khemah-khemah yang menempatkan pameran kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia.

Hari Malaysia 2022
Pameran yang berlangsung di tepi dewan besar

Hari Malaysia 2022
Pameran alat muzik kaum Sikh

Hari Malaysia 2022
Aktiviti berasaskan kayu chopstick berlangsung di pameran masyarakat Cina

Hari Malaysia 2022
Permainan congkak antara aktiviti pameran budaya masyarakat Melayu

Acara kemuncak karnival ni ialah persembahan tarian, muzik dan seni mempertahankan diri dari pelbagai budaya:


Hari Malaysia 2022
Tarian zapin dan tarian Keluarga Malaysia yang memukau dari pelajar sekolah rendah

Hari Malaysia 2022
Tarian singa mendapat tepukan dari orang ramai

Hari Malaysia 2022
Persembahan silat Rajawali bagai menonton Mat Kilau live!

Hari Malaysia 2022
Seni mempertahankan diri Silambam kaum India

Hari Malaysia 2022
Aksi wushu kaum Cina

Hari Malaysia 2022
Persembahan seni tai chi

Hari Malaysia 2022
Persembahan Urumee Melam oleh pemuzik tradisional kaum India

Seronok jugak dapat menonton pelbagai persembahan budaya ni, sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan tentang budaya masyarakat Malaysia. Contohnya, aku baru tau silat Rajawali ni ialah sebab ada pergerakan yang menyerupai burung rajawali. Dan pertama kali jugak aku mengenali seni mempertahankan diri Silambam yang jarang-jarang ditonjolkan di pentas sukan (ke aku yang kurang peka?).

Ikutkan rasa hati, nak je stay lama sikit di karnival ni tapi memandangkan hari ni Jumaat, Suami Terchenta perlu gerak awal untuk menunaikan solat Jumaat. Tapi sempat jugak kami singgah di Mansion Tea Stall di Jalan Masjid India (entah kenapa tekak aku teringin sangat nak makan roti canai telur goyang kat sini, mungkin sebab perut lapar, cuma bersarapan buah nangka seulas dua pagi tadi).


Mansion Tea Stall
Roti Canai Telur Goyang

Kuah dhalnya sedap tapi instead of sambal, diletakkan sos cili. Jadi pendapat aku, lebih sedap roti canai UPM di Tumis Bintulu.

Lepas makan di sini, Suami Terchenta pergi menunaikan solat Jumaat di Masjid India manakala kami pulak menunggu dalam kereta.

Psst... cuti Hari Malaysia korang buat apa?

Nota kaki: Maaflah lama jugak aku menyepi, hampir seminggu aku tak menulis di blog. Nasib baik dah sediakan posting Wordless Wednesday, tinggal set auto-publish je. Emosi agak terkesan bila menerima perkhabaran sedih dari kampung Suami Terchenta menyebabkan aku hilang mood untuk menulis. 

12 comments:

  1. Selamat Hari Malaysia.
    Seronoknya baca perkongsian karnival ini. Macam-macam boleh disaksikan, dan dapat tambah ilmu tentang budaya hidup masyarakat Malaysia. Moga negara kita sentiasa aman dan makmur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Malaysia Kak Amie. Kalau di LD macamana sambutannya?

      Delete
  2. terima ksih kerana sudi menyambut Hari Malaysia...kalau bukan cuti umum...pasti ramai yang tidak perasan yang istimewa tersebut

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Malaysia.. Kak Sue balik kampung cuti Hari Malaysia, kebetulan sedara buat kenduri kahwin anak bongsu..

    ReplyDelete
  4. Bestnya join macam- macam aktiviti...

    ReplyDelete
  5. Baguslah anak-anak Puan Carneyz jadi sukarelawan.
    Hehe meriah pamerannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg meriah dan berinformasi pamerannya. Dieorg nak merasa jadi sukarelawan, kami support je hehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .