Suami Terchenta dah balik semalam. Dia bawak balik butter cake dari Mita Cake House.

Lepas hantar Khadeeja ke rumah kawan baiknya untuk play date, aku balik rumah dan potong kek ni. Bila bukak je kotaknya, semerbak bau wangi kek mentega kesukaan aku dari dulu lagi.

Walaupun Sarawak terkenal dengan kek lapis Sarawak, tapi jarang-jarang la kami makan kek lapis melainkan pada Hari Raya je. Boleh dikatakan kek lapis Sarawak ni lebih kepada kek hari raya, dengan semua lapisan masyarakat tak kira Melayu / Melanau, Iban / Bidayuh atau Cina semuanya akan hidang kek lapis Sarawak pada hari perayaan.

Tapi kalau hari biasa, kek yang kiteorang cari ialah kek mentega dari Mita Cake House ni. Bukan calang-calang kek ni, sampai orang Miri / Bintulu sanggup beratur beli kek ni bawak balik tau.

Mita Cake House ni sebenarnya cuma ada di Kuching je. Tak pasti la kenapa dieorang tak expand ke daerah lain, mungkin sebab diusahakan oleh keluarga dan tak nak resipi kek ni diketahui orang luar. Kot la.

Sebijik kek ni berharga RM15, jadi tak hairan la dapat sambutan dari orang ramai memandangkan harganya yang marhaen. Sekali gigit, memang dah tau kek ni dibuat dari bahan-bahan premium. Kalau balik ke Kuching kedai kek ni memang tempat wajib untuk aku singgah - bukan aku sorang je, malah ramai yang aku tengok mengangkut berkotak-kotak kek ni. Orang ramai sampai kena beratur semata-mata nak beli kek ni.


Aku makan cicah dengan teh ‘Earl Grey’ panas dari Cameron Highlands. Padanan yang cukup serasi, orang putih kata ‘match-made in heaven’. 

Kalau korang berkesempatan ke Kuching, boleh la singgah beli sebiji dua untuk rasa kesedapan kek ni. Sebenarnya ada jugak orang jual kat Shopee tapi kos penghantarannya lebih mahal dari harga kek! Paling tak boleh blah, beli 2 kek kos penghantaran pun 2x jugak huhu… Melainkan mak2 pregnant dan mengidam sangat-sangat, memang tak la nak beli kot!

12 comments:

  1. kalau uncle lawan kek macam ni mesti neskepe... NGAM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, bestnya hirup neskepe panas2! Tapi tak leh minum kopi camane ni Uncle huhu...

      Delete
  2. Bila Carneyz nak balik Sarawak? Haha...
    PH pun kalau kek mentega camni suka lawankan dgn teh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH nak ke? Ada lagi 2 kotak kek mentega ni. Klu nak email je alamat PH skrg, nnt saya hantar :)

      Delete
  3. oh ada viral ye....kek mentega sama ke yg kek butter sbb tgk tekstur mcm sama kot la yg kt swak ni lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul ni butter cake, keknya wangi sangat dan kek butter yg paling sedap saya pernah rasa setakat ni hehe.

      Delete
  4. Baru haritu rasa, jiran sebelah ni bagi, dia kan orang Sarawak, sampai puas dah makan kek lapis sarawak jer hehehe

    ReplyDelete
  5. Wah.. Terliur pulak. Bila lah nak ke Kuching. Ada jugak simpan impian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu tiket murah. Insha Allah klu ada kesempatan ke Kch, jgn lupa singgah Mita Cake House ni.

      Delete
  6. weii serius sedap!!! TQ bagi kita try aritu.. kluk ada rezeki g kuching, insyallah bole try gi cari kek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... belum jumpa lagi kek mentega yang lebih sedap.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .