Akhir-akhir ni aku gemar menonton video YouTube iaitu review makanan. Antaranya ialah Youtuber i-Ching yang berasal dari Jepun tapi suka mencuba makanan Malaysia.

I-Ching mencuba roti canai Fawwaz di Subang Jaya. Bukan main lagi mimik mukanya membayangkan kesedapan tak terkata roti canai di sana. Hasilnya, aku pun terpengaruh jugak nak mencuba roti canai crispy Fawwaz ni walaupun lokasinya jauh dari rumah kami hahaha!

Menurut i-Ching, gerai roti canai Fawwaz ni menjadi tumpuan penduduk-penduduk di Subang Jaya yang gemarkan roti canainya yang rangup dan kuah dhal yang sedap. Dulunya beliau memiliki restoran sendiri tapi disebabkan pandemik, beliau menutup restorannya. Sekarang beliau cuma bukak gerai roti canai dengan dibantu isteri dan anak-anak.

Bila kami sampai di situ, keadaan kedai memang penuh dengan pelanggan tapi nasib kami baik sebab ada meja kosong. Lepas dah dapat meja, kami berdiri di tepi gerai untuk buat pesanan. Anak Pakcik Fawwaz sendiri yang ambil pesanan, katanya kami kena tunggu lama sikit memandangkan ramai pelanggan pagi tu.


Fawwaz Roti Canai
Pakcik Fawwaz sedang menyiapkan pesanan roti canai 

Fawwaz Roti Canai
Memang tak menang tangan pesanan yang masuk bertalu-talu

Memang benar kami terpaksa tunggu agak lama, lebih kurang 40 minit jugak sebelum roti canai kami sampai di meja. Itupun ada 2 keping lagi yang cuma diterima 15 minit lepas tu. 

Fawwaz Roti Canai
Ni la roti canai crispy yang menjadi kesukaan penduduk di sini

Kuah dhal nya walaupun cukup rasa tapi agak cair bagi aku. Bila roti canai dicicah ke dalam kuah dhal, rasa macam mencicah roti ke dalam air. Akhirnya aku hirup kuah dhal sambil mengunyah roti canai.


Fawwaz Roti Canai
Rotinya rangup, sedikit masin dan sedap jugaklah cuma bagi aku agak nipis

Sama macam pengalaman aku beratur 40 minit untuk merasa roti canai kayu arang di Melaka, bagi aku 40 minit menunggu tu tak berbaloi sebenarnya. Lebih baik aku makan roti canai di kedai mamak dekat dengan rumah. Jimat minyak kereta, perut pun kenyang dan masa tak terbuang.

Fawwaz Roti Canai
Alamat: Restoran Tom Yam Jastayu, Jalan SS 13/1G, SS 13, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waze: Fawwaz Roti Canai

18 comments:

  1. Jauhnya...roti canai nipis rasa x puas makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye nohas, itulah terpengaruh dgn Youtuber sampai sanggup drive ke SJ semata2 nak makan roti canai ni.

      Delete
  2. Hehe kitorang pun belum pergi lagi makan roti canai arang. Memanjang nampak panjang orang beratur. Makan dekat rumah,ada roti canai rangup dan lembut. Sedap pun sedap. Puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tempat viral tak semestinya menepati citarasa kita. kedai mamak dekat rumah ni pun ok jugak, siap boleh mintak kuah kari.

      Delete
  3. Eh jauh nya dia makan roti canai hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, melayan 'anak' tekak ni punya pasal hehehe

      Delete
  4. Tak puas makan roti canai kuah cair kan. Kalau saya, carik-carik roti canai, masukkan ke dalam mangkuk kuah dhal. Sudukan ke mulut hihihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu cicah pun tak terasa sangat. Saya hirup terus kuah dhalnya sambil kunyah roti dlm mulut.

      Delete
  5. Saya pula suka dal sambal baru ngam.. dal kena pekat la of course

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, samalah saya pun suka dhal pekat baru puas.

      Delete
  6. Eh, nama sama pulak dgn anak PH, tapi dia tak pandai tebar roti canai : D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! klu dia pandai tebar roti canai, boleh jugak makan di rumah PH je lagi dekat :D

      Delete
  7. Pada pendapat saya roti canai orang Melayu buat lagi sedap tapi itulah menunggu sampai 40 minit macam tak berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak akan repeat lagi kalau kena tunggu lama2 sbb roti canai ni sepatutnya cepat masak & cepat sampai.

      Delete
  8. Macam tu la SA kena baru ni..viral..tiktokers ramai turun lepak kedai tu..sudahnya apa yg dicanangkan takde pun...nasib sempat cancel order ..takpe la at least dh rasa kan...kadang review org luar x sama ngan tekak tempatan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, ikutkan tekak kita biasa2 je. 40 minit masa menunggu tu klu order di kedai mamak biasa agaknya dah 2 round roti canai dgn kuah kari ikan favourite kiteorg hehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .