Bulan Julai lepas, aku ada share pasal kempen derma pakaian terpakai di Masjid UPM Serdang.

Derma pakaian Masjid UPM

Bukan setakat baju, malah kasut dan permainan terpakai pun boleh dihantar ke sini.

Aku memang dah siap-siap asingkan baju ikut condition baju - yang dah koyak dan lusuh aku hantar ke H&M untuk dikitar semula.


Kitar semula pakaian H&M

Setiap penghantaran satu bakul penuh baju dapat baucer diskaun 15%, lain kali boleh gunakan untuk beli baju di H&M. Maklumlah anak-anak cepat membesar sekarang.


Kitar semula pakaian H&M

Ok, back to kempen derma di Masjid UPM Serdang.

Hari ni aku dan Suami Terchenta angkut semua baju-baju yang masih elok dan kasut-kasut ke dalam kereta. Kasut-kasut tu semuanya elok-elok lagi - kasut anak-anak yang dah tak muat dan juga kasut-kasut pejabat yang aku memang tak akan pakai lagi. Kebanyakan kasut aku tu berjenama Hush Puppies sebab tu sayang nak buang walaupun dah bertahun-tahun guna (kasut Hush Puppies ni alah membeli menang memakai). Harapnya akan diberikan kepada para pelajar yang baru nak memulakan alam pekerjaan dan masih belum mampu membeli kasut berjenama.

Bila kami tiba di pekarangan masjid UPM, memang ada polis bantuan yang menunjuk arah ke tempat pengumpulan baju-baju terpakai. Yang bagusnya, semuanya teratur dan sistematik. Kami tak payah turun dari kereta dan angkut keluar barang-barang terpakai tu sebaliknya para mahasiswa yang ada kat situ tolong keluarkan dan masukkan ke dalam guni putih tu.


Derma Pakaian Masjid UPM

Derma Pakaian Masjid UPM

Tak sampai 5 minit dah selesai. Sangat efisyen.

Lepas hantar baju-baju terpakai, Suami Terchenta nak cari tempat makan tengahari. Kami pun cari tempat makan terdekat melalui Waze dan terjumpa Kafe Beriani Gam Putrajaya dalam 3km dari UPM:


Kafe Beriani Gam Putrajaya

Kafenya agak terpencil sikit tapi ada banyak juga kereta-kereta yang parking di tepi kafe.


Kafe Beriani Gam Putrajaya

Ada beberapa pilihan beriani kat sini - beriani ayam, daging dan kambing. Manakala lauknya pulak ada lauk beriani dan lauk kuzi.


Kafe Beriani Gam Putrajaya

Kafe Beriani Gam Putrajaya

Kami berdua sama-sama pilih nasi beriani kambing dan teh o ais. Harga kesemuanya RM49.20.

Kafe Beriani Gam Putrajaya
Nasi beriani kambing

Bagi aku kuah berianinya agak manis dan isi kambingnya agak liat. Cukuplah sekali je kami singgah makan di sini.

Perjalanan balik ke rumah dirasakan sangat panjang sebab trafik sesak dan jugak macam biasa, lepas makan beriani mata jadi berat sangat. Terpaksa ajak Suami Terchenta berborak-borak sepanjang perjalanan supaya kami berdua sama-sama tak terlelap!

10 comments:

  1. Baguslah derma dan kitar semula.
    Hehe teruk sangat ke kesesakan hari itu? Seksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kali menguap dalam kereta. Nak balik ke Sentul tu dekat sejam jugak. Takut terlelap & terlanggar kereta di depan naya huhu...

      Delete
  2. terfikir juga nak pergi semalam tapi kenangkan jam, tak apalah. derma saja di Aeon area rumah ni. huhu

    ReplyDelete
  3. Bagus ada program sertai derma pakaian terpakai. Tidaklah pakaian lama duduk bertapa dalam almari hihihiii.
    Alahai... patahlah selera kalau dapat kambing liat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami mmg mcm ni Kak Amie. Asal nak pindah rumah je, clear kan baju dalam almari hihi…

      iye, kali pertama dan terakhir mencuba makanan di situ sbb kurang gemar kuahnya yang manis.

      Delete
  4. Menarik la program macam ni...SA plak tgh sort baju2 lama nak sedekah dan nak buang..bilik wardrobe tu nak jadikan bilik SA nanti...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sgt tu SA, rasa lapang je almari lepas tu hehe. Boleh jugak bawak ke H&M, nanti dapat baucer diskaun utk beli baju baru pulak.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .