Sebenarnya dah lama aku usha nak cuba restoran baru di Sunway Putra ni. Restoran Bananabro ni berkonsepkan makanan South Indian yang dihidang atas daun pisang dengan pelbagai lauk dan beberapa jenis kuah kari. Lebih kurang macam nasi kandar jugak cuma nasi kandar lauknya berbeza sikit. 

Minggu lepas baru kami berkesempatan singgah makan di sini.


Bananabro
Restoran Bananabro ni terletak di tingkat 3 Sunway Putra

Anak-anak tak berminat mencuba makanan baru sebab takut pedas. Dieorang ni memang cerewet bab makan, selalunya kami kena mengalah dan pergi ke tempat yang dieorang boleh terima contohnya Chicken Rice Shop, Kenny Rogers, Sushi King etc. Tapi kali ni kami kata kena ikut selera kami pulak, lepas ni boleh la tapau makanan di kedai kesukaan masing-masing (tapi akhirnya dieorang tumpang makan nasi putih dengan papadom jugak, cuma lauk dieorang tak sentuh).

Jadi Suami Terchenta suruh ambik Family Combo untuk 2 orang supaya tak membazir.


Bananabro

Macam ni la cara-cara nak memesan makanan di sini. Mula-mula pilih Craving Set (sama ada nasi putih atau nasi perang), kemudian pilih lauk tambahan dan minuman kalau nak. Yang bagusnya, kita boleh mintak tambah nasi atau sayur, kuah kari, rasam dan yogurt, percuma tanpa bayaran tambahan.


Bananabro

Macam ni la rupa set craving tu. Pekerja restoran tanya aku nak kuah apa, jadi aku suruh je dia letak semua. Sayur pulak ada sayur kobis, timun goreng dan acar timun. Walaupun nampak ringkas, aku jatuh cinta dengan kuah karinya terutama kuah kari ikan 💋


Bananabro
Papadom takde dalam gambar sebab anak-anak dah ambik dulu

Ni pulak lauk tambahan dalam Family Combo tu - sotong dengan ayam goreng. Sayangnya ada sedikit kekeliruan di pihak pekerja restoran dan lauk kami sampai lambat. Kami pun dah bertambah nasi dua kali (serius sedap!) jadi bila lauk sampai akhirnya tak dapat habiskan sebab kekenyangan. Sayangnya.


Bananabro

Bagi aku puas hati jugak la datang ke sini sebab karinya sedap dan boleh tambah percuma. Aku ni pulak peminat nasi kandar dan yang sewaktu dengannya, jadi bagi aku memang kena dengan anak tekak.

Bananabro ni ada banyak cawangan lain, boleh layari laman web dieorang untuk tengok cawangan-cawangan lain >> bananabro.com.my. Yang menariknya, Bananabro ni ada jugak cawangan di Australia. Hebat kan? Aku dah check, restoran ni ada sijil Halal JAKIM, jadi jangan ragu-ragu makan di sini.

Nota kaki:
Fakta menarik, mengikut adat resam masyarakat India, selepas makan digalakkan melipat daun pisang ke dalam / bawah (ke arah kita) sebagai tanda menghargai makanan yang dihidangkan, kecuali sewaktu majlis kematian di mana daun pisang dilipat ke atas / luar sebagai tanda simpati kepada keluarga si mati.

Boleh tengok cara-caranya dalam video ni:



16 comments:

  1. oooo lama nya x gi makan kat SPM... tapi kita x suka sangat nasi kandar ni hehhe.. maybe klu nak try just makan nasi ngan ayam je la kot hehe

    ReplyDelete
  2. wahh..bestnya, boleh try...ayam goreng nya nmpk yummy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya ayam goreng & sotong goreng dia biasa2 je tapi saya suka sgt kuah kari tu hehe

      Delete
  3. wahh..dapnya. sama la..anak2 MA pun susah nak try benda2 baru..tambah2 yg hero tu... makan nak playsafe je..menu fav dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kita pulak bosan asyik-asyik singgah restoran yg sama.

      Delete
  4. Hari tu staycation kat situ xde lagi Bananabro ni...lepas ni leh la pi lagi..suka kat sini sebab hotel attached ngan Mall, x yah pi jejauh dah...suka gak nasi daun pisang...mcm jumpa geng nasi kandar je ni...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA suka nasi kandar jugak ke? Sep sikit hehehe...

      Aah baru je bukak, dalam sebulan camtu rasanya. Sunway ni mmg konsep hotel bersambung dgn mall kot, sbb sunway velocity pun ada jugak hotel bersambung dengan mall, sunway pyramid pun camtu jugak.

      Delete
  5. sungguh menyelerakan...tapi harga ,macam tak sanggup nak tengok

    ReplyDelete
  6. Menarik.. Tak pernah g kedai yang camni..yang menang Indian nye kat dalam Johor... nanti nak try la.. ada je yg halal.. tapi memang x menyinggah.. hahaa.. Nampak sedap pulak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kuah karinya. 2x kami bertambah nasi hari tu, anak2 pun tumpang makan nasi putih je hehe.

      Delete
  7. kena cuba ni. lama tak makan makanan Indian

    ReplyDelete
    Replies
    1. beruntung kita di malaysia mcm2 makanan yg kita boleh makan. bila nak sambung cerita jalan2 di Turkiye Sal?

      Delete
  8. Suami Kak Sue suka sangat kalau nasi kandar nie, boleh lah ajak beliau datang sini nanti.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali-sekala mencuba menu baru kan Kak Sue.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .