Sambungan dari entri ni:
Untuk trip ni, kami pilih menginap di Kea Garden Guest House sebab dekat dengan Kea Farm Market, Sheep Sanctuary dan pick up point ke Flora Park. Selain dari tu, tempat ni ada kawasan letak kereta untuk tetamu di bahagian bawah. Depan guest house ni ada taman bunga mini yang cantik, mak memang teruja bila tengok taman mini ni!
Pemandangan dari taman |
Pemandangan dari balkoni |
Laluan kereta ke basement parking |
Bilik kami dekat dengan tempat seterika baju |
Tempat tidur |
Bilik kat sini agak sempit, kalau nak solat berjemaah memang tak muat. Kena solat ikut giliran sebab bila dah letak beg dan barang-barang, muat-muat untuk laluan seorang je.
Dari segi kebersihan, ruang bilik tidur kurang bersih sebab aku jumpa banyak serangga mati di dinding dan jugak kawasan sinki. Dekat belakang katil pun ada apa entah la yang aku nampak terus aku tutup dengan bantal supaya tak nampak huhu... Lepas tu bila masuk bilik je, ada bau hapak sebab pengudaraan bilik yang kurang bagus.
Nasib baik kaki masing-masing bukan jenis cepat berbau kalau tak 'semerbak' la bau stokin dalam bilik ni sebab udaranya tak bergerak keluar! |
Dekat tempat shower pulak, ada bau yang kurang menyenangkan dari shower curtain. Yang bagusnya bilik air nampak bersih walaupun berbau.
Bilik air nampak bersih dan dilengkapi dengan air panas. Ada shower gel disediakan. Cuma bau shower curtain je buat aku rasa loya sikit! |
Aku jumpa banyak serangga mati kecik-kecik di dinding dan kawasan singki ni |
Kat dalam bilik ada tv, cerek air, pengering rambut. Kalau rasa nak minum teh, ada teh strawberry jugak |
Seterika ada disediakan di luar bilik, iaitu di hujung koridor. Kena kongsi ramai-ramai. Masa kami masuk bilik tu, ada 3 helai tuala disediakan walaupun masa booking bilik dah siap-siap letak ada 5 orang semuanya. Rupa-rupanya cuma 3 helai je complimentary, kalau nak ekstra kena bayar RM8 sehelai. Kami mintak tukar sehelai tuala sebab nampak macam ada kesan darah ha*d kat salah satu tuala tu *uwekkk*
Masa mula-mula masuk, mak terus nak ke tandas. Bila bukak lampu, berkelip-kelip lampunya macam lampu disko. Mak kata macam buang air dalam kelab malam hehe. Pening kepalanya. Terpaksa la turun ke reception counter mintak technician datang betulkan lampu.
Tingkap bilik tak boleh bukak luas-luas nanti orang lalu-lalang kat koridor boleh nampak kita berbaring-baring kat dalam bilik dengan tak pakai tudung. Nasib baik ada kipas meja disediakan, kalau tak memang kedap je rasa udara dalam bilik tu.
Malam pertama kami stay di sini, memang terasa sejuk angin dari luar melalui tingkap yang kami bukak sikit, sebab malam tu hujan. Suhu mencecah 16 darjah Celcius, memang best sangat tido walaupun tak on kipas. Tapi malam kedua, cuaca cerah. Aku dan Suami Terchenta terjaga tengah malam sebab rasa panas sampai berpeluh-peluh. Nak tak nak terpaksa hidupkan kipas angin!
Tapi dari segi lain, proses check-in cepat dan lancar (kena bagi deposit RM50 dan bayar cukai pelancongan RM3/semalam), dan bila kami complain pasal lampu bilik air pun cepat je technician datang dan betulkan. Kalau nak minum air ditapis, ada mesin Coway dekat reception. Ada tempat makan steamboat, tempat petik strawberry (tapi masa kami datang ladang strawberry ditutup sebab strawberry takde), dan gerai-gerai menjual makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pendek kata, semuanya ada dekat-dekat sini.
Pada sebelah malam, ikut plan asal, kami nak pegi makan steamboat di Highland Steamboat Cheese & Grill. Tapi bila check Facebook dieorang, rupa-rupanya malam tu tutup. Maka kami pergi makan steamboat di Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill dekat bawah tu je.
Nanti aku sambung di entry seterusnya ya.
Unlce baru cek... baru tau 'Itinerari' ada dalam kamus dewan...
ReplyDeleteItinerari ni mmg dah ada dalam kamus dewan Uncle. Gunakan tanpa was-was hehe
Deletekebersihan kurang dijaga tapi lokasi menarik..garden cantik..
ReplyDeleteiye.. nasib baik bilik airnya bersih. saya pantang klu bilik air kotor, mmg takkan jejak kaki ke dalam huhu..
Deletedr luar nampak cantik sgt...but bila baca..emmm..mcm2 jugak yer..
ReplyDeleteaah, kecewa jugak sbb masa book tu harga agak mahal. tapi bila mengenangkan tempat strategik senang mak nak balik bilik bila-bila masa dia perlu, terima je la huhu
Deleteada jugak kekurangan ya. harap pihak hotel dapat perbaiki. nasib baik ada sediakan kipas. Cameron dah tak sejuk macam dahulu kan?
ReplyDeletebetul tu Sal. Dulu igt lagi sejuknya malam2 berkabus, waktu siang pun sejuk sampai ke tulang.
DeletePernah duduk dekat kawasan Kea Farm tapi apartment, kira luar sedikit. Masa itu tahun 2020.
ReplyDeleteCH ini ada sahaja perubahan. Kena datang selalu apa yang ada.
Ada jugak perasan apartment tu. Senang je kan, tak sampai 5 minit dah sampai kat tempat2 tarikan sekitar Kea Farm Market tu.
Delete