Sambungan dari entri ni:


Hari kedua:

Aktiviti pertama kami nak buat ialah melawat Sheep Sanctuary kat sebelah Pasar Brinchang. Jalan kaki 5 minit je nak ke sini.


The Sheep Sanctuary
Bayaran masuk - dewasa (RM8), kanak-kanak (RM5)


The Sheep Sanctuary
Masuk-masuk je nampak Shaun the Sheep


The Sheep Sanctuary
Suami Terchenta gigih habiskan ubi keledek sebab tak dibenarkan bawak masuk beg plastik ke dalam 

The Sheep Sanctuary
Pukul 9 pagi, kambing biri-biri ni dilepaskan dan dieorang terus meluru ke arah pengunjung-pengunjung!

The Sheep Sanctuary
Tapi ada jugak yang masih terkurung dalam kandang, mungkin kena ikut giliran untuk keluar

The Sheep Sanctuary
Comel je mintak makanan, tak bagi tak sampai hati pulak...

The Sheep Sanctuary
Mak aku terjerit-jerit bagi makan kambing sebab geli katanya

The Sheep Sanctuary
Dalam banyak-banyak biri-biri tu, ada seekor yang bulunya dah dicukur. Memang sedap je nak pegang!

The Sheep Sanctuary
Datang mintak dibelai sambil cuba usha makan kertas kat tangan aku

Biri-biri kat sini semuanya jinak-jinak cuma jangan expect la dieorang reti nak bertimbang-rasa. Jadi kalau sesiapa yang bawak anak-anak kecik bawah 3 tahun tu kenalah pegang tangan setiap masa sebab kalau kambing ni dah nampak makanan, silap-silap boleh tergolek tangga budak tu kena langgar dengan kambing-kambing ni huhu...

Setiap pembelian tiket akan dapat kupon RM1 x 3 keping untuk beli makanan / minuman kat Puku Cafe.


The Sheep Sanctuary
Satu kupon cuma boleh guna untuk setiap pembelian makanan

Ice cream croissant
Kami beli croissant sebab tak breakfast lagi

Sementara kami makan anak-anak sambung layan kambing biri-biri. Dah kenyang dieorang duduk diam-diam. Sambil makan, aku perhati ada jugak budak-budak kecik yang memang takut dengan kambing. Menangis-nangis kena paksa mak ayah beri makan kambing. Mana la budak-budak tak takut, kambing tu sama besar dengan dieorang. Patutnya mak ayah dukung sambil bagi makan kambing, mungkin kurang sikit takut anak tu.

Khadeeja pun takut jugak nak bagi makan kambing tapi korang tengok la ni...


The Sheep Sanctuary
Sesi luahan perasaan dengan kambing ke dik?

Total belanja kat Sheep Sanctuary:
Tiket - RM34 (3 dewasa, 2 kanak-kanak)
Makan/minum kat Puku Cafe - anggaran RM50

Selesai sesi beramah mesra dengan biri-biri, kami meneruskan perjalanan untuk misi mencari ladang strawberry. Raju's Hill Strawberry Farm takde strawberry, EQ Strawberry Farm pulak tutup sampai Jumaat. Alhamdulillah akhirnya dekat Healthy Strawberry Farm, barulah ada strawberry untuk dipetik!


Healthy Strawberry Farm

Kami diberitahu dekat sini ada 2 jenis strawberry - strawberry Jepun dan Korea. Strawberry Jepun lebih besar tapi kurang manis. Strawberry Korea pulak kecik-kecik tapi manis.


Healthy Strawberry Farm
Teknik petik strawberry - pegang tangkai dan patahkan, kalau pegang buahnya habis hancur je.

Healthy Strawberry Farm
Ni kali pertama kami dapat petik strawberry di CH. Trip2 sebelum ni memang tak pernah berpeluang, asyik habis je

Healthy Strawberry Farm
Alhamdulillah, dapat jugak merasa pengalaman petik strawberry

Petik satu bekas strawberry dikenakan bayaran RM30 (2 orang). Kalau datang dalam nombor ganjil (berlima atau bertujuh dsb), dia bagi satu bekas kongsi 3 orang. 

Pekerja Bangladesh kat sini pun baik, dia ajar tips camane nak penuhkan bekas supaya dapat petik banyak lagi strawberry. Kami ingatkan dah penuh habis tak boleh nak isi lagi dengan strawberry. Rupa-rupanya banyak lagi ruang yang boleh diisi!

Budak-budak berdua tu enjoy sebab boleh petik strawberry sepuas-puas hati. Bila bekas dah penuh, kami basuh mana yang nak dimakan dan makan di kafe kat ladang tu. Yang nak bawak balik jangan dicuci takut tak tahan lama. Alhamdulillah, manis-manis buahnya.

Next entry, aku sambung pasal makan tengahari di Opah Strawberries & Jams dan melawat ke Pusat Teh Boh (Boh Tea Centre) di Sungai Palas.

12 comments:

  1. dah lama x pi CH. Last gi sana 10 thn yg lampau. Mesti ada byk perubahan kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Abam Kie. last sekali pergi anak darjah 4 tu masih baby lagi. Mmg banyak perubahan di sini.

      Delete
  2. Comelnya sheep-sheep dia. Sihat-sihat ye, Carneyz. Saya pun takut juga dengan kambing, sebab dulu pernah kena kejor dek kambing masa kecik-kecik pi mengaji. Hehe.. tapi tu kambing kampung yang ada tanduk tu. Bukan kambing biri-biri comel macam ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya kambing yg kejar Nur tu nampak Nur mcm budak yg buli dia kot hehe. Kambing biri2 ni nampak besar sbb bulu dieorg je, klu dah cukur tu mcm kambing biasa je.

      Delete
  3. Tu macam ambik video je? Bila nak kongsi bideo?

    ReplyDelete
  4. Beraninya dia pegang2 sheep tu ye... alhamdulillah seronok & puashati dapat petik strawberry ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sheep tu jinak2 semuanya. Alhamdulillah, sebelum2 ni pegi tak penah merasa petik strawberry, trip kali ni baru dapat :)

      Delete
  5. alahai comelnya kambing biri-biri. biasa diorang ni tak ganas maybe sebab besar so budak-budak takut. baru tau ada strawberry Korea dan Jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, sheep tu sama besar dgn budak kecik, lepas tu laju je meluru klu nmpk org pegang kotak putih (berisi makanan dieorg). Selalu klu beli strawberry pilih yg besar2 rupa2nya tu strawberry jepun.

      Delete
  6. Sheep tu tarikan baru kan, semua pergi sana kalau ke Cameron, kalau kena anak Sis, memang tak laa dia nak layan, ada bebudak seronok kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu nnt anak yana besar sikit, mesti seronok nak bawak dia ke sini.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .