Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 3)
Sambungan dari entri ni:
Hari pertama sebelah malam, kami pilih untuk mencuba steamboat di Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill di bawah guest house.
 |
Tak payah drive keluar, jalan kaki ke bawah dah sampai tempat steamboat |
 |
Senarai harga - dewasa (RM30), kanak-kanak (RM20), warga emas (RM25) |
 |
Masa bayar ni kena bagitau nak berapa jenis sup dan pakai berapa dapur gas. Kalau nak dua sup kena ambik dua dapur, tambah dapur gas kena bayar RM10. Add on cheese RM10 |
Jom tengok pilihan yang ada:
 |
Paling menarik perhatian semua pengunjung kat sini -udang galah |
 |
Sotong, lala, kepah dan bamboo clam pun ada |
 |
Pelbagai pilihan daging - ayam, daging lembu dan daging kambing diperap dalam perapan sate, BBQ, kicap dan blackpepper |

 |
Tak lengkap makan steamboat kalau tak ada bebola makanan laut sejukbeku |
 |
Sayur-sayuran dan pelbagai spesies cendawan semuanya segar-segar, cuma jagung tu agak tua dan keras bagi aku
|
 |
Ada buah oren dan tembikai sebagai pencuci mulut |
 |
Pilihan nasi ialah nasi goreng kampung dan nasi putih |
 |
Taknak makan nasi boleh pilih mi - ada kuey teow, bihun dan mi kuning
|
 |
Boleh pilih sos cicah makanan panggang |
 |
Seronoknya anak-anak memanggang makanan |
 |
Sementara kami ambik bahan-bahan steamboat, mak sibuk memanggang daging |
Kami semua enjoy makan di tempat ni sebab bahan-bahan kat sini semuanya segar. Sup tomyam nya sangat sedap! Anak-anak pun suka sup ayam dieorang. Harga berpatutan bila aku bandingkan dengan tempat steamboat yang viral di CH ni. Yang penting, sedapnya makan steamboat dalam suasana sejuk di CH!
Jumlah belanja makan
steamboat di Sinar Hijjaz: RM145 (untuk 5 orang), termasuk RM20 untuk
add on dapur dan cheese kesukaan anak-anak!
Harganya macam lebih rendah berbanding Restoran Taman Apple. Pilihan pun banyak.
ReplyDeleteSeronok mak dapat jalan2 ke CH dengan anak cucu.
aah Kak Ujie, saya dah compare harga kat sini lebih murah. Yang penting tak payah nak drive keluar dari hotel & makanannya sedap..
DeleteItulah murah lepas itu siap udang galah.
ReplyDeleteTidak silap kami makan di Apple tiada pula udang galah.
Hehe harap dapat cuba tempat Carneyz beritahu. Insya Allah.
Asalnya nak ke Apple tu malam kedua, tapi dah kepenatan jadi semua malas keluar hehe. Mungkin lain kali kami nak pegi try kat apple pulak sbb viral.
DeleteOklah harga tu untuk 5 orang. Terliur lak ni. Lamanya tak makan steamboat
ReplyDeleteBetul2, ikutkan kurang dari RM30 sekepala. mmg berbaloi.
DeleteSinar Hijjaz ni memang agak popular di sana, rata-rata ramai juga yang makan situ kalau ke sana.. boleh masuk list
ReplyDeleteoo.. ye ke. mungkin time kiteorg pegi ni belum cuti sekolah jadi takde la nampak org beratur nak makan kat sini. Tapi full house jugak la, rata2 yg duduk kat guest house / mini chalet ni yg makan kat situ.
Delete