Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 5)
Sambungan dari entri ni:
Sebenarnya niat asal nak makan kat 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) di Tanah Rata, tapi memandangkan ramai sangat yang pergi situ kami pun tukar plan makan kat Opah Strawberries & Jams. Restoran dua ni bersebelahan je pun.
Jalan nak ke sini memang sesak, jangan harap dapat parking depan-depan restoran. Sudahnya Suami Terchenta drop off kami depan restoran lepas tu pusing taman cari tempat parking.
|
Ramai jugak yang masuk ke sini tapi nasib kami baik ada meja kosong |
|
Nampak tak kod QR atas meja tu. Scan lepas tu order la makanan |
Aku tak galakkan korang bayar online sebab time aku tengah-tengah bayar tiba-tiba takde line pulak. Adeh... Mujur masuk jugak order tu dekat cashier kat depan.
|
Ni la rupanya nasi lemak sambal strawberry. Ada telur goreng, ayam goreng, serunding dan sambal strawberry |
Lepas makan tengahari, moh le kita pegi bakar lemak panjat tangga ke Boh Tea Centre.
|
Tangganya pendek-pendek, jadi tak de la semput sangat nak panjat!
|
|
Kalau bawak baby kecik, orang tua, perempuan mengandung atau orang yang sakit lutut, disarankan drop off dieorang kat puncak sebab naik tangga ni mencabar jugak |
|
Khayla sempat bergambar sementara tunggu aku dan neneknya gigih panjat tangga 😂 |
|
Dah sampai! |
|
Bergambar kenang-kenangan denga mak kat atas ni |
|
Dah penat memanjat tangga, terus lapar balik jadi kami minum petang kat sini. Pelbagai kuih-muih yang menarik dijual kat sini |
|
Antara perisa kek yang unik di sini - kek keju cendol
|
|
Baca review dulu ada kek nasi lemak tapi agaknya sebab tak dapat sambutan sekarang dah takde |
|
Salted egg pineapple cheese cake - apa agaknya rasanya.
|
|
Pilihan minum petang kami - teh tarik seteko, scones dan donut mini gebu-gebas
|
|
Selfie dulu |
|
Sambil makan, sambil menikmati view yang cantik dan redup mata memandang
|
|
Lepas makan, kami ke bilik AV untuk menonton video tentang proses pembuatan teh |
|
Alat mengisar daun teh satu masa dulu sebelum digantikan dengan alat moden |
|
Mak dan bakul daun teh |
|
Sebelum balik singgah dulu di kedai cenderahati barangan teh |
|
Aku beli sekotak teh Earl Grey (RM9++)
|
|
Sebelum balik sempat lagi mak berangan-angan berlakon cerita Hindustan! 😂 |
Total belanja keseluruhan:
Makan nasi lemak di Opah Strawberries & Jams termasuk minuman utk 5 orang: anggaran RM150
Makan dan minum di Pusat Teh Boh: anggaran RM50.
Kalau dah sampai Cameron, memang rugi tak naik puncak BOH ni haa.. boleh masuk kilangnya tengok proses teh dan beli teh pun murah..
ReplyDeleteaah, tapi nak menapak naik ke atas tu mintak nyawa betul haha! hari kiteorg datang, kilang ditutup kpd org awam. mungkin sbb hari hujan kot.
DeleteSaya dah lama intai dan renung menu nasi lemak straberry di medsos. Belum ada kesempatan untuk berkunjung ke sana. Mudah-mudahan ada reeki untuk menikmatinya.
ReplyDeleteInsha Allah.. cuti sekolah hujung tahun Kak Amie bawak la Firdaus ke CH macam2 makanan menarik di sana.
DeleteKita nak minum kat area sini la tak pernah dapat...asal pergi je penuh orang...tapi x gigih la nak naik tangga tu...bayangkan bawak Mak Pah...nangis nanti....
ReplyDeleteDah sampai atas tu baru pak guard bagitau sbnrnya boleh drop off passenger kat atas tu, lepas tu pusing balik ke tempat parking. Driver je la kena menapak naik tangga ke atas.
Deletekek2 tu semua..nampak yummy...
ReplyDeleteAah sedap… rasa moist je.
Deletemak sis comel dan sporting bergambar tau! kirim salam kat dia eh. kek nasi lemak tu macamana lah rasanya.
ReplyDeleteMak saya mmg sporting bab bergambar ni hehe. Sejenis mak yang lebih bergaya dari anak2.
DeleteBaca review ramai komen kek nasi lemak tu rasa pelik, mungkin sbb tu tak dapat sambutan. Masa kami pergi tu dah takde lagi jual kek nasi lemak.
Semangat betul memanjat. Terperinci penerangan apa yng ada di Boh.
ReplyDeleteGambar akhir itu yang buat saya tersenyum lebat.
Orang kata dah sampai ke CH, kena singgah ke ladang Boh ni minum2 petang kat sini, sbb tu yg gigih memanjat hehe.
DeleteMacam tu la gaya peminat filem Hindustan hehe
cendol cheese cake tu unik...pi cameron wajib ke ladang teh tu
ReplyDeleteTak tau la rasanya camane tu… yg penting donut dgn scone nya sedap :)
DeleteAah, tempat wajib singgah kat sini.