Sempena cuti merdeka dan mak berada di KL, kami bawa mak jalan-jalan ke Cameron Highlands. Kali terakhir kami pergi ialah semasa Khadeeja berusia 6 bulan. Sekarang Khadeeja dah darjah 4, maksudnya dekat 10 tahun jugak la tak ke sana.
Aku share kat sini itinerari yang aku buat untuk trip kali ni:
Haha! Gigih kan nak buat lawa2. Bila datang mood rajin tu, terlebih rajin pulak 🙊
Hari Pertama:
Gerak pukul 8 dari rumah. Ikutkan Waze, perjalanan mengambil masa 3 jam dari KL ke Cameron Highlands melalui Tapah. Tapi kami pilih laluan Simpang Pulai sebab kurang berliku-liku. Pernah sekali kami ikut Tapah, memang muntah teruk aku masa tu. Lepas tu memang kami akan exit di Simpang Pulai je la kalau nak ke Cameron Highlands.
Sebelum meninggalkan KL, singgah di R&R untuk sarapan pagi dan mak ke tandas. Lepas tu memang next stop cuma di Cameron Highlands je.
Aktiviti pertama kami nak buat ialah petik anggur di Lembah Bertam. Oleh sebab tu, kami plan berhenti makan di Cameron Valley Tea House 2 di Tanah Rata (dalam itinerari tu sepatutnya CV Tea House 2 tapi aku terletak Tea House 3 hehe).
Hujan renyai-renyai di luar membuatkan udara terasa lebih sejuk |
Mestilah ke sini untuk merasa keenakan teh panas sambil menikmati pemandangan ladang teh |
Pilihan makanan |
Datang sini wajib minum teh tarik dan makan scones panas |
Kalau dulu2 gigih turun ke bawah nak bergambar di celah-celah daun teh tapi sekarang dah tak gigih 😅 |
Selesai mengisi perut di CV Tea House 2, kami pun gerak ke Lembah Bertam berpandukan artikel tentang ladang anggur di sana. Menurut artikel tu, laluan masuk ladang anggur tu terletak di belakang Joo Huat Nursery. Malangnya bila sampai di Lembah Bertam, kami tak jumpa pulak ladang tu. Bila kami tanya orang local di sana pun dieorang kata takde ladang anggur di situ.
Hmm... Mungkin ladang anggur tu dah tutup. Jadi kami teruskan ke aktiviti kedua iaitu jalan-jalan di Centrum Mall. Tapi on the way tu, singgah jugak ke Big Red Strawberry Farm, konon-kononnya nak mengubat kekecewaan tak dapat petik anggur jadi petik strawberry je la! Tapiiii... kami kecewa lagi buat kali kedua. Di Big Red Strawberry Farm tu takde strawberry untuk dipetik huhu...
Ambik gambar je la sebab takde strawberry untuk dipetik |
Muka kecewa Khadeeja tak dapat petik strawberry |
Nasib baik parking dan masuk ke sini percuma, cuma kena gigih panjat bukit yang curam nak balik semula ke kereta!
OK, next trip ke Centrum Mall pulak.
Apa yang menarik di mall ni ialah pemandangan di tengah-tengah mall ala-ala kat Eropah dengan pelbagai kiosk yang unik dan menarik. Ditambah dengan suhu sejuk di Cameron Highlands, memang layan feel kat negara Eropah!
Ada tempat duduk untuk ambik gambar kenangan di sini |
Kedai makan ni nampak menarik tapi kami masih lagi kenyang jadi tak singgah |
Next entry aku sambung pasal Kea Garden Guest House dan aktiviti steamboat di sini ye.
Samalah, last time pergi anak no 2 dlm perut, now dia dah 11 tahun. Rindu betul nak ke CH ni. Kena doa byk2 ni bg terbuka hati En Suami bawa ke sana haha...
ReplyDeleteSemoga ada rezeki PH jejak kaki ke Cameron Highlands. Mungkin lepas settle hal rumah, boleh ajak En Suami bercuti2 ke CH :)
Deletemenariknya Centrum Mall..rasa mcm kt Europe...
ReplyDeleteaah, kagum jugak tgk CH dah ada mall ala2 kat Eropah
Deleteelok buat itinerari mcm ni, senang bila dah ada plan semua.
ReplyDeletebetul tu lebih2 lagi bawak budak2 dan orang tua. Kena standby jugak backup plan klu plan asal tak menjadi.
Deletecantiknya itinerary dia. saya selalu iti conteng atas kertas biasa je
ReplyDeletetu la klu dah datang mood rajin tu boleh je buat cantik2. Tp klu malas selalu taip dlm apps notes dlm phone je hehe
DeleteWaaa rasanya bertahun tak naik Cameron ni. Last pi dengan Retna weyy hahahahaha..
ReplyDeleteahah... ada baca kat blog kak ret, last sekali 2015 mcm tu kan? mmg lain betul cameron skrg ni.
DeleteLast pi CH rasanya 2018 ngan family, pernah pi day trip giler kan...naik dari Simpang Pulai pas tu turun ikut Tapah..dah la turun kul 6pm, lepas tu dah gelap...sudahnya sampai bawah kul 8pm...jalan berliku dalam hutan memang menakutkan la...
ReplyDeleteBeraninya bawak kereta turun ikut Jalan Tapah gelap2 tu… Klu jalan berkabus lagi bahaya huhu…
Delete