Kuala Lumpur: Selepas 36 tahun beroperasi, cawangan pertama Habib yang dibuka di pusat beli-belah Semua House, di sini, pada 1986, menutup tirai bilik pameran itu bermula 30 September ini.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib Datuk Seri Meer Sadik Habib berkata, bilik pameran Habib di pusat beli-belah itu mempunyai seribu satu cerita perjalanan Habib dalam perniagaan barangan kemas sehingga melakarkan kejayaan dan dikenali hari ini.
"Selepas ini kami akan beroperasi di cawangan Habib di Jalan Bunus (Jalan Palestin) yang terletak hanya satu kilometer dari Semua House.
"Kami akan membina bangunan sendiri di sana dan ia akan bermula sebelum akhir tahun ini dan dijangka akan dibuka sepenuhnya menjelang dua tahun akan datang," katanya.
Kunjungi Habib Semua House sehingga 30 September 2022 sempena Jualan Penutupan Semua House dan miliki koleksi emas, berlian dan batu permata dengan tawaran potongan harga yang hebat sehingga 70 peratus dan dari RM15 hingga RM30 segram untuk barang kemas 916 serta 999.
Baca artikel penuh di Harian Metro
Nota kaki:
Alamak, sedihnya... ni la tempat kami pergi beli cincin tunang dan cincin kahwin 15 tahun dulu. Masih aku ingat Suami Terchenta dan aku singgah di Habib Jewel Semua House ni lepas balik dari kerja. Mula-mula beli cincin tunang, cincin belah rotan lebih kurang macam ni la design nya:
Harganya dalam lingkungan RM400, tapi disebabkan aku langkah bendul menurut adat kiteorang Suami Terchenta kena belikan sepasang cincin - sebentuk cincin untuk bakal tunang dan sebentuk cincin lagi untuk kakak bakal tunang sebagai 'pampasan' mendahului kakak yang belum berkahwin 😅. Nasib baik ada seorang je kakak kalau ada 3-4 orang kat atas aku, masak la Suami Terchenta nak beli 3-4 bentuk cincin.
Itulah kenangan kami di Habib Semua House. Bagi aku Habib ni boleh dipercayai untuk membeli barang kemas emas yang tulen. Aku belum lagi berani nak beli emas online sebab dah dengar macam-macam cerita emas tiruan, emas sadur dan sebagainya. Buat bakal-bakal pengantin yang tengah mencari cincin kahwin, boleh la ambik kesempatan sebelum akhir bulan ni berkunjung ke Jualan Penutupan Semua House. Esok je lagi tau, so jangan tunggu lama-lama.
rasa kita pun pernah jejak sekali je kat situ hehee... dulu gi semua house sbb nak makan kat food court je sambil cuci cuci mata kat kedai2 kat situ kan..wah skrg bakal ada bangunan sendiri... tapi nak gi area situ masih pk 2 3 kali.. sesak ya ampun ahaha
ReplyDeleteskrg dah lupa kedai apa ada kat dalam tu. dah lama giler tak jejak kaki ke semua house. klu kiteorg, selalu naik lrt je nak ke area Jalan TAR tu hehe.
Deletesemua house dah tak ramai pengunjung. bagus jugak habib pindah lokasi yang lebih mendatangkan untung. dulu selalu ke semua house teman makcik cari barang menjahit dan ambil tempahan buat hantaran
ReplyDelete10-15 tahun dulu semua house ni tumpuan bakal-bakal pengantin nak cari kain buat baju kahwin, cari tudung, cari khidmat cetak kad jemputan semua ada kat sini. Lebih kurang 1-stop wedding centre la. Skrg ni dah suam2 kuku je. Mungkin sbb skrg bisnes byk beralih online atau pengantin serahkan kepada wedding planner & tempah baju dah siap je dekat butik2.
DeleteLama tak masik semua house!
ReplyDeletesamalah kita uncle.
Delete
ReplyDeletePH tak pernah ke Habib Semua House tapi tahulah tempat ni ..
Lambat lagi nak siap bgnn baru tu, kenapa tutup awal ye?
Mungkin operasi kedai tak menguntungkan kot. Jadi better cut loss dan tutup awal.
DeleteBerpuluh tahun tak berkunjung ke Semua House. Dulu zaman belajar di universiti memang pernah beberapa kali ke situ.
ReplyDeleteskrg dah takde apa2 yg menarik bagi saya di semua house. kenangan mencari persiapan kahwin je kat situ.
DeleteKak Sue dah lama tak masuk Semua House, bulan puasa hari tu sempat lalu depan dia ja masa gigih mencari baju raya. Tak tau pulak ada Habib Jewel dalam tu..
ReplyDeleteMmg ada Kak Sue, masuk2 je akan nampak kedai Habib Jewel ni.
Delete