Minggu ni cuti sekolah bermula. Khadeeja dah buat plan nak pergi ke rumah kawan baiknya di Taman Melati. Khayla pulak plan nak pergi main ice-skating di KL East Mall. Aku baru nak berangan-angan bawak anak-anak jalan-jalan ke Ipoh menaiki ETS day trip.
Tup-tup pagi semalam Suami Terchenta dapat berita makciknya (kakak ibu mertua) meninggal dunia…
…إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه
Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.
Aamiin Allahumma..Aamiin Ya Mujib...
So pagi-pagi lepas Subuh lagi kami berdua mencari tiket penerbangan paling murah. Akhirnya dapat la tiket Batik Air (sebelum ni dikenali sebagai Malindo Air) RM250 dari KL ke Kuching. Kuching ke KL pulak, harga tiket AirAsia paling murah pun RM329 (belum campur airport tax). RM600 jugak la habis untuk balik kali ni. Tak pelah, mungkin ada rezeki yang lebih baik kemudian hari, Insha Allah ameen…
Maka plan ice-skating dan ke Ipoh tu kami tangguhkan dulu, kalau ada rezeki kemudian hari boleh pergi. Dah alang-alang hantar Suami Terchenta ke KLIA, kami singgah di rumah adik di Putrajaya untuk spend time dengan mak sebelum mak pulang ke Bintulu hari ni.
Nampaknya cuti sekolah kali ni kami habiskan dengan mengemas barang-barang di rumah je la sebab bulan depan Insha Allah akan berpindah ke rumah baru. Lagipun kami dah pergi ke Cameron Highlands minggu lepas, Alhamdulillah. Cukuplah dapat luangkan masa bercuti-cuti dengan mak sekali.
takziah..al fatihah buat arwah...
ReplyDeletekita hanya merancang, Allah yg tentukan..ada la hikmah tu
MA weekend lepas dah ke JB, Ke PD..weekend ni gi umah ipar kat KL je in sya Allah..x leh nak cuti sbb keja tgh byk. alhamdulillah anak2 pun faham
Terima kasih atas ucapan takziah. Betul tu, semuanya ketentuan dari Allah. Anak2 dah besar mesti dieorg dah pandai plan dgn kawan2 kan.
Deletesalam takziah..alfatihah utk arwah makcik husband.....cuti sekolah ank2 smua dh ada plan
ReplyDeleteTerima kasih mama tisya… Mesti plan dgn kawan2 tu kan. Nasib baik anak2 jenis tak kisah duduk di rumah je pun ok.
DeleteSalam takziah..
ReplyDeleteBila cuti sekolah memang plan ada jer kan, cuma antara menjadi dengan tak jer, jangan kata cuti sek, yang takde anak sek ni pun, plan manjang tak jadi hahahahaha
Terima kasih Sislin. Biasa kena terjah baru menjadi kan? Hehehe… yg penting plan yg itu kena jadi :p
DeleteSalam takziah...seronok ice-skating..
ReplyDeleteTerima kasih nohas.. anak2 saya mmg suka ice skating tapi kami jarang2 bawak, selalu bgtau tunggu cuti sekolah sbb nak pergi hari biasa, tak nak pegi hujung minggu. Tak pelah, lain kali boleh je pegi KL East Mall tu pun kira dekat hehe
DeleteTakziah buat seluruh keluarga.
ReplyDeleteMahal ye ticket kapal terbang sejak2 lepas PKP ni :(
Terima kasih PH. Betul, nak balik semua mmg takde bajet. Mampu berkirim salam je dgn keluarga sepupu suami. Alhamdulillah, Allah permudahkan pemergian makcik, semoga kematiannya husnul khotimah…
DeleteSalam takziah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempat bersama para solihin. Selamat bonding bersama anak2.
ReplyDeleteTerima kasih… Betul jugak kan, sambil kemas rumah sambil bonding :D
DeleteInna lillah wa inna ilayhi rojiun
ReplyDeleteSalam takziah.
Selamat mengemas untuk berpindah rumah.
Terima kasih Kak Ujie.
DeleteTurut berduka...
ReplyDeleteTerima kasih Uncle.
Deletesalam takziah untuk akak dan keluarga. selamat bercuti sekolah. kemas rumah pun aktiviti sihat jugak
ReplyDeleteHehe, tgh nak ambik mood mengemas ni…
DeleteSalam takziah, Carneyz.
ReplyDeleteYe, ada hikmah di sebaliknya. Selamat mengemas untuk pindah rumah.
Semoga semuanya baik-baik saja.
Terima kasih Nur
DeleteInna lillah wa inna ilayhi rojiun
ReplyDeleteSalam takziah.
Terima kasih Wak..
Delete