Akhir-akhir ni memang takde mood langsung nak menulis. Tapi kali ni kena paksa gak menulis sebelum cerita jadi basi sangat hehe.

Kisahnya minggu lepas tetiba dapat tau Sislin turun ke KL mengejut. Tahap mengejutnya tu sampai tak sempat nak bawak baju, charger phone & berus gigi sekalipun. Kiranya hidupkan enjin kereta know2 dah sampai KL la. Gitulah pengorbanan seorang isteri mithali, ye tak Sislin?

Malam tu Kak Ret mesej ajak keluar breakfast sesama. Aku pun on je la, bukan selalu dapat peluang jumpa Sislin ni, busy sokmo kihkih... Pepagi lagi aku sibuk cari power bank untuk Sislin, tapi time tu la power bank tu tak jumpa! Last-last bawak la kepala charger dengan kabel iPhone sekali untuk dia charge bateri iPhone dia.

Memandangkan Sislin duduk di Hotel Maya, paling dekat tempat mengopi ialah di Levain. Ni kali kedua aku makan kat sini, first time dulu ialah masa brunch dengan kakak.


Levain Boulangerie & Patisserie
Kredit foto: Kak Retna

Mula-mula sampai haruslah cari meja yang paling dekat dengan plug dinding. Meja belah dalam semua dah di conquer oleh orang lain. Akhirnya duduk la kiteorang kat bahagian luar depan kafe. Ok gak, takyah nak control ayu time gelak besar!

Meja dah dapat, moh ler order makanan pulak. Masa nak bayar tu boleh pulak kod QR nya tak jalan grrr.... nasib baik boleh pakai kad. 

Aku order Egg Benedict dengan hash brown. Atas tu ialah sos hollandaise (bukan cheese!), dibuat dari kuning telur, butter dengan jus lemon.


Levain Boulangerie & Patisserie
Egg Benedict dengan hash brown

Kak Ret order tuna with mushroom croissant dihidang dengan hash brown dan salad.


Levain Boulangerie & Patisserie
Tuna with mushroom croissant

Sislin pulak order big breakfast. Macam simple je hidangan ni, scrambled egg tu pun nampak macam sikit je.


Levain Boulangerie & Patisserie
Kredit foto: Kak Retna


Levain Boulangerie & Patisserie
Sebelum makan selfie dulu! (Kredit foto: Kak Retna)

Bila dah lama tak jumpa ni macam-macam la cerita keluar. Ada yang bikin gelak berdekah-dekah, ada jugak yang bikin terkedu. Macam tu la adat kehidupan, semuanya tak kekal dan berubah mengikut masa. Sama la macam kiteorang mula-mula kenal dulu semua selim-melim, sekarang ni mak ai.... hahaha! Tinggal kenangan semuanya.

Tengah sibuk makan dan bergosip tu, tiba-tiba dapat mesej dari Romzi. Romzi ni pun kawan kami kenal melalui blog satu ketika dulu, cuma sekarang dia dah tak aktif sebab sibuk menguruskan pelbagai syarikat dan business. Terkini, dia menguruskan jemaah yang nak menunaikan umrah sebagai mutawif bertauliah.

Dia pesan ambik kad TnG NFC yang aku beli dari wife Romzi ni di KL Convec jadi kiteorang singgah la sekejap kat sana berjumpa dengan Romzi. Kebetulan waktu tu ada event OGA (Oil & Gas Asia 2022), gara-gara event ni la Sislin sampai sehelai sepinggang turun ke KL.


Levain Boulangerie & Patisserie
Bersama dengan Romzi

Memang mengimbau nostalgia lama zaman blogger awal 2000-an dulu2. Rindu dengan Geng KAMIE, tapi bak kata aku sebelum ni, semuanya dah berubah mengikut peredaran masa. Cuma tinggal muka-muka ni je la yang sudi luangkan masa reunion bila ada kesempatan.

14 comments:

  1. Kaannnn rindu gila zaman msjbox dulu!! Byk kenangan, cuti sesama... Xtvt sesama... Gathering sesama. Pantang asyik nak berkumpul je kan.. Now ni semua dah bawa haluan.. Tgl kita yg masih setia.. Eh tiba tiba haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, mana yg tinggal kita jalan je! hahaha! harap2 yg lain terbuka hati nak reunion sama2 mcm dulu2 kan.

      Delete
  2. Ni kira perjumpaan geng2 otai blogger 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! yg otainya cuma sislin je. Saya masih lagi dalam perjalanan ni Kak Ujie ;)

      Delete
  3. Hehe bukan keju atas itu rupanya.
    Alhamdulillah masih bersilaturrahmi lagi tidak terputus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, sekali pandang mmg nampak mcm keju tapi bukan :)
      Alhamdulillah, bila dah jumpa sahabat2 yg baik, kita kena pelihara persahabatan tu sampai bila2.

      Delete
  4. Oooo, sudah saling mengenali rupanya. Bestnya, dapat jumpa sambil makan-makan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Nur, dulu2 kami mmg rajin buat perjumpaan dan aktiviti sesama blogger. Itulah yg rapat sampai sekarang :)

      Delete
  5. Wah, seronoknya bersarapan sama di alam nyata. Moga ukhuwah terus berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok Kak Amie, sbb jarang2 berjumpa. Semoga satu hari nanti ada rezeki jumpa Kak Amie pulak :)

      Delete
  6. nina kalau breakfast mcm ni memang tak kenyang. hahaha.. nampak portion mcm sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila borak2 lagi byk dari makan tak sedar pun tiba2 dah rasa kenyang :D

      Delete
  7. wah...meriah sgt bila dpt gather2 mcm ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .