Virtual Fitting Room

Bagus jugak ada teknologi AR (augmented reality) macam virtual display ni untuk pilih baju... Part paling malas nak beli baju ialah nak cuba baju tu. Kadang-kadang nampak helokkk je dekat patung, tapi bila cuba kat badan sendiri aduhh... dah macam bungkus nangka pun ada hihi.

Ternampak skrin besar ni dekat AEON minggu lepas. Cuma perlu berdiri depan tu, swipe2 je nak tukar-tukar baju. Pusing la kiri kanan, baju tu letak elok je kat badan sendiri haha! Kalau berkenan, boleh terus tengok harganya. Jakun kejap kami anak-beranak di depan skrin ni. Maklumlah dah lama tak jejak kaki ke AEON. Kalau tak sebab nak carikan seluar baru untuk si anak dara tu, memang payah la sikit nak ke area sini.

By the way, sekarang susah bebenor nak carikkan seluar untuk Khayla. Pergi ke kids' section, semua senteng2 walaupun cutting nya dah ok. Pergi ke ladies' section pulak, labuh dah ok tapi nampak longgar yang amat, walaupun dah ambik saiz baju yang paling kecik. Khayla ni tinggi macam bapak dia, tapi fizikal masih belum dewasa. Tu yang jadi pening bila nak carikan baju yang sesuai untuk dia. Kalau korang ada cadangan, komen la ye. Terima kasih!


Virtual Fitting Room
Inilah anak dara kesayangan yang susah betul nak carikan baju sesuai dgn fizikalnya yang tinggi tapi kurus

20 comments:

  1. wah..kalu saya pun jakun gak ni. he he he..menariks..
    anak dara dah makin besar kan...pandai la nak bergaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. canggih betul sekarang ni nak cuba baju.

      Anak dara tu belum pandai melawa sangat, masih lagi fasa comot hehe. Nak cari baju & seluar susah sbb dia tinggi banding dgn kawan2..

      Delete
  2. Hari tu ada nmpk gak kat aeon tp x terpk nak cuba guna hahaa...

    ReplyDelete
  3. Macam anak dara SA la ni...tambah dah umur 18 tahun...lagi la banyak ragamnya...dia ada high expectation bab baju...cantik dimata kita tak bermakna cantik di mata dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak dara saya tu tak reti melawa lagi.. mak dia je yg lebih2 suruh dia try fesyen muslimah remaja skrg tapi dia tak minat hihi.. tang nak cari baju susah sbb baju utk umur dia semua pendek2 tapi badan tak sesuai lagi utk baju orang dewasa.

      Delete
  4. Uii canggihnyaa, dah macam main game plak ekkk.. kat JB tak jumpa lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah swipe2 je nak tukar baju, senang kan camtu. kita ni jenis pakai berlapis2 kadang2 mmg malas betul nak masuk fitting room kadang2 hehe.

      Delete
  5. teknologi semakin canggih...pernah nmpk virtual fitting ni dlm drama cina - My Love, Enlighten Me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak try yg real punya boleh je pergi AEON Alpa Angle tu nohas hehe

      Delete
  6. Bukan Kayla saja yang susah nak carikan baju yang sesuai dengan fizikalnya, saya pun sama hahahahaa. Terpaksalah tempah saja. Kalau beli siap, memanglah kena bawa ke kedai minta potong itu potong ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Kak Amie? Leceh jugak kan nak kene tunggu baju siap tapi kalau hasilnya cantik berbaloi la.

      Delete
  7. Wah semakin canggih ya sekarang nie, kat Aeon sini rasa belum ada lagi. Biasa lah bila anak meningkat besar nie dah susah sikit nak cari yang ngam kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb fasa umur dia skrg kot.. nak kata dah remaja tapi fizikal masih budak2... tu yg mati akal bila nak carik baju yg sesuai..

      Delete
  8. Replies
    1. Iye Cik Nor mmg jakun kami sekeluarga depan skrin tu hehe

      Delete
  9. alamak susah gak tu. nak tak nak kena alter lah.

    ReplyDelete
  10. best juak ooo... aeon sitok lom ada gik gia

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .