marshmallow
The art of marshmallow


Sekilas pandang nampak macam karya seni kan? Tapi sebenarnya ni ialah marshmallow. 

Marshmallow ni kesukaan anak-anak apa lagi bila dibakar atau letak dalam minuman coklat panas. Tapi kadang-kadang aku ragu-ragu nak beli marshmallow di pasaraya apa lagi kalau diimport dari negara luar. Sebabnya salah satu bahan marshmallow ialah gelatin. Walaupun guna gelatin dari lembu pun kita tak pasti sama ada lembu yang disembelih secara halal atau tak.

Kebetulan ada kawan yang pandai memasak dan baking tau buat marshmallow, jadi aku mintak dia ajarkan cara-cara buat marshmallow. Bahan-bahan ni memang boleh dapat di kedai bahan-bahan kek.


Resipi Marshmallow

Bahan-bahan:
1 cawan gula aising
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan sirap jagung (light corn syrup)
1/4 sudu teh garam
2 sudu teh esen vanila
34 gram serbuk gelatin (boleh pilih gelatin ikan atau gelatin lembu halal)
1 cawan air (setengah cawan untuk merendam gelatin sampai kembang, setengah lagi untuk dipukul dengan gula)
Minyak masak (untuk sapu permukaan dalam acuan supaya mudah keluarkan marshmallow)

Cara-cara:
1. Rendam serbuk gelatin dengan setengah cawan air sehingga kembang.
2. Masak sirap jagung, garam, gula pasir dan setengah cawan air di atas api sederhana. Biarkan sehingga mendidih dan gula telah larut. Bila gula dah larut, ambil sedikit larutan dan titiskan dalam air ais. Sekiranya bebola yang terbentuk rasa kenyal bila dipicit, tutup api.
3. Tuang serbuk gelatin dalam mangkuk pengadun dan hidupkan pengadun dengan kelajuan perlahan. Tuang larutan gula yang dah dimasak ke dalam gelatin. Tambah kelajuan mixer secara beransur-ansur.
4. Apabila marshmallow menjadi pekat dan berkilat, masukkan esen vanila dan putar lagi.
5. Sekiranya nak tambah perisa atau pewarna, boleh tambah masa ni.
6. Tuang marshmallow ke dalam acuan yang telah disapu dengan minyak masak. Menggunakan spatula yang dicelup ke dalam air bersuhu bilik, ratakan marshmallow dalam acuan.
7. Sejukkan dalam suhu bilik selama sekurang-kurangnya 4 jam.
8. Untuk mengeluarkan marshmallow dari acuan, tabur gula aising di atas permukaan marshmallow supaya tak melekat di tangan. Tabur gula aising di atas papan pemotong jugak.
9. Potong marshmallow mengikut citarasa masing-masing. 

Senang rupa-rupanya buat marshmallow ni tapi resipinya banyak pakai gula. Kalau ada diabetes atau anak-anak yang hiperaktif, baiklah jangan bagi makan marshmallow ni sebab kandungan gulanya sangat tinggi. Tapi kalau buat sendiri sekurang-kurangnya boleh kurangkan gula tu kan? Kalau beli di kedai tak tau la berapa sukatan gula dieorang pakai.

10 comments:

  1. mcm lukisan..puashati buat sendiri, nak makan tak rasa was-was..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nohas. Puas hati buat sendiri, boleh dpt byk

      Delete
  2. wah terbaik la mama tak sangka marshmallow pun boleh buat sendiri kat rumah aje. tq carneyz for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg boleh buat sendiri mama. lagi terjamin halal sbb kita sendiri yg pilih gelatin kat kedai bahan2 kek.

      Delete
  3. Tak pernah buat marshmallow sendiri. Tak boleh makan selalu ni. Naik gula nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, baru sekali je buat. Lepas tu malas nak ke kedai kek beli gelatin & sirap jagung hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .