Adoi la, macamana aku boleh terlupa nak post pasal birthday Kak Ret 2 bulan lepas ahahaha! Tapi tak kira, nak post jugak la dah alang-alang draft ayuh la kita habiskan dan post terus buat ingatan kat sini.
Aku & Suami Terchenta memang dah lama kenal Kak Ret dari zaman Msjbox lagi, dari situ terus rapat dengan beberapa blogger lain masa tu, sampai tertubuhnya Geng K.A.M.I.E. .
Sempena birthday Kak Ret, kami pun ajak makan-makan birthday di tempat makan yang paling Instagrammable di KL - Mary Jane KL.
Kami sama-sama dah masuk alam 4 siri! |
Kaki-kaki IG mesti kenal restoran ni sebab ramai yang post background restoran ni yang lawa-lawa. Bukan restoran je lawa, tandas pun nampak ekslusif! (Boleh tengok gambar tandas dia di blog Kak Retna)
Tempat yang gigih orang beratur nak ambik gambar |
Tempat lawa je ke, makanan dia pulak camane?
Korang jangan risau, makanan dia pun superb. Hari tu aku order Spicy Coconut “Masak Lemak Seafood”. Portion just nice dan tak kedekut udang, sotong dan kupang. Kuah dia pun cukup padu, tak pekat sangat dan tak cair sangat.
Spicy Coconut “Masak Lemak Seafood” (RM38) |
Khadeeja order spaghetti meatball. Rasanya ok, cuma spaghetti nya terlebih masak sikit sebab agak kembang.
Spaghetti Meatball (RM38) |
Ni pulak spaghetti aglio olio yang Kak Ret makan. Memang berbaloi sangat aglio olio ni kalau compare dengan aglio olio aku makan kat Ben's KLCC dulu.
Aglio olio penuh dengan udang dan kupang (RM48) |
Suami Terchenta nak makan nasi, so dia order nasi ulam ayam rendang. Portion sangat banyak, sampai dia tak boleh habiskan.
Nasi Ulam Ayam Rendang (RM38) |
Akhir sekali, Khayla order The OG Grilled Cheese Sandwich, dengan gabungan keju Mozzarella & Emmental. Dari segi rasa, not bad.
The OG Grilled Cheese Sandwich (RM32) |
Ni pulak minuman kegemaran aku, Lychee Mojito. Sejuk dan segar je rasa tekak bila minum ni.
Lychee Mojito |
Kalau nak tengok menu-menu lain kat Mary Jane KL ni boleh klik kat sini.
Bagi aku tempat ni memang sesuai untuk sambut birthday atau anniversary sebab suasana restorannya yang lawa, makanan sedap dan ada pilihan kek untuk celebrate jugak. Kalau nak buat tempahan di floral booth yang lawa, boleh WhatsApp 018-216 0968.
Last gambar dengan birthday girl sebelum balik |
106, Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
Masa Operasi: 12PM - 10PM (Isnin tutup, Sabtu & Ahad dibuka dari pukul 10 pagi, Jumaat - Ahad dibuka sampai tengah malam)
Tempahan: 018-216 0968 (boleh walk-in)
wah...ada baca kat blog kak retna rasanya..cantik sgt res ni..memang insta worth it sgt...foods pun nampak yummy...
ReplyDeletefood dia mmg yummeh... terbayang2 lagi kesedapan pasta masak lemak tu huhu
DeleteWah...bukan setakat berkawan di alam maya. Bagus sungguh ni 👏
ReplyDeleteDulu2 mmg meriah dunia blogging. Siap buat aktiviti main bowling, camping dan buka puasa bersama. Rindu zaman tu.
DeleteHaah ada baca kat blog Ako...nanti nak ajak BF makan kat sini la...SA suka je...eh..sesapa nak ajak SA jumpa..bleh la jumpa kat sini...hahahahaha
ReplyDeleteHaha sila2.. menarik gak tu, buat makan2 blogger2 kat KL kat sini kan.
Deletemakanan sedap, tempat cantik..mmg layan..haritu dah nampak tapi segan nak masuk sensorang..kalau gi ramai2 lg havoc..
ReplyDeleteAah kena ada geng masuk sini hehe
DeleteAda baca di blog Cik Ako.
ReplyDeleteHehe takpelah pos lewat. Lagipun pos Cik Ako tiada cerita terperinci tentang menu yang dipesan.
Aah dia banyak ambik gambar2 restoren sbb setiap sudut mmg lawa...
Deleteterlepas pulak cerita Mary Jane ni di blog Kak Ret. menarik jugak. dtang sini kena pakai comel-comel. sambil makan sambil bergambar
ReplyDeleteBetul tu, ramai je yg kiteorg tgk ambik kesempatan berposing kat area yg lawa.
DeleteHappy bird day!
ReplyDeleteDah lama ni Uncle, baru teringat nak post hehe
Deletecomel 2-2... makin senior makin ayu aih... romzie mana romzie mana? hahaha... anyway happy belated birthday kakret
ReplyDeleteRomzi gago nektok hehe
Deletetkpe lambat pn..janji update...akak pn byk entry lama2 berthn tk update tp slow2 update hehe....cafe ni mmg dlm list juga nk pegi tp tk smp2 lg
ReplyDeleteLain kali boleh ajak BFF makan kat sini sambil OOTD ;)
DeleteHappy belated birthday Ret. Moga ukhuwah antara kalian berdua terus berpanjangan.
ReplyDeleteAmin YRA... semoga satu hari nanti ada rezeki berjumpa & kenal Kak Amie F2F jugak :)
DeleteBest kan sesekali dapat lepak dan makan-makan macam nie dengan kawan kita. Nampak sedap semua makanan tu..
ReplyDeleteTu la Kak Sue, bila kita dah tak bekerja ni seronok sgt dpt lepak dgn kawan2.
DeletePasta masak lemak cili api tu sampai skrg tak boleh move on lagi Kak Sue. hehe