Salam Khamis semua.
Rasa macam kejap je minggu ni berlalu. Tup, tup dah Khamis. Suami Terchenta minggu ni busy memanjang, dari Ahad malam sampai la malam tadi dia kena masuk kerja tengah malam sampai pagi. Macam tu la kehidupan orang IT ni, nak buat kerja kena tunggu tengah-tengah malam supaya tak kacau sistem esoknya. Lepas Subuh baru la dia boleh tido sampai tengahari. Nasib baik boss bagi off day kalau kena kerja tengah-tengah malam.
Sesambil tunggu dia bangun tido aku pun buat la kerja-kerja rumah apa yang patut. Tak lama pun, sejam lebih dah setel. Geng-geng ofis lama mengajak pulak lunch sama-sama hari ni tapi aku malas sebab nak temankan Suami Terchenta makan tengahari.
Lepas dia bangun tido, aku ajak dia makan tengahari di luar. Tekak teringin nak makan nasi campur, dan dah lama aku nak try kedai makan Hiway Bistro Corner tepi jalan yang selalu kiteorang selalu limpas kalau nak ke Pasar Selayang. Lagipun on the way ke sana ada stesen PETRONAS, nak menyinggah la sekejap sebab minyak pun dah nyawa-nyawa ikan. Dah siap isi minyak kereta, terus ke destinasi seterusnya iaitu makan tengahari.
Sampai kat situ ternampak tempat basuh kereta sebelah gerai, apa lagi Suami Terchenta pun kata alang-alang dah singgah makan, terus basuh kereta sekali. Bagi aku, bijak betul owner tempat basuh kereta ni bukak sebelah tempat makan sebab mesti ramai yang berfikiran macam Suami Terchenta. Memang tepat sangkaan aku sebab kebanyakan kereta yang dieorang basuh tu kepunyaan pelanggan kedai makan Hiway Bistro Corner.
Alhamdulillah, ada lauk yg aku suka - masak lemak nanas ikan masin, siput sedut masak lemak cili api dan ulam raja |
Laju je Suami Terchenta meratah ikan bakar tak sempat aku nak ambik gambar hahaha! |
Kemain selera laki bini menikmati makan tengahari kat sini. Tempat pun selesa, lapang dan tak panas. Boleh la singgah lagi lain kali.
Wah lain kali boleh lah ajak suami Kak Sue singgah sini jugak..
ReplyDeleteKalau dekat2 dgn rumah tu boleh la try makan kat sini. Sambil makan, boleh basuh kereta kat sebelah.
DeleteAduhai... saya pun terliur tengok lauk-pauk lemak-lemak tu! Lagilah ikan bakar....pergghhhh!
ReplyDeleteMemang menyelerakan lauk tengahari tadi, dah lama tak singgah makan nasi campur. Tadi cakap dgn En Suami next time datang sini lagi saya nak ambik lauk gulai kawah pulak sbb tadi tak perasan ada gulai kawah.
DeleteBoleh terjah ni...nampak sedap lauk-pauk kampung sebegini.
ReplyDeleteMemang sedap PH, tempat pun selesa tak bersesak2 & panas.
Deletebagus idea tu. Sementara tunggu kereta siap dibasuh kita makan dulu!
ReplyDeleteJimat masa menunggu.
Deletesuka restoran ni sbb banyak pilihan, breakfast pun ok..sedapnya siput sedut..
ReplyDeleteOh ada breakfast ke? Mungkin esok boleh try..
Deletebagus gak tu sambil-sambil tunggu kereta takdelah membazir masa.
ReplyDeleteBetul, 2-in-1 jimat masa.
Delete