Salam Jumaat semua,
Hari ni tak kemana-mana. Begitulah, kalau takde yang mengajak keluar, memang aku lebih selesa di rumah je.
Suami Terchenta kerja dari rumah hari ni. Memandangkan hari ni Jumaat, aku masak awal sikit supaya dia boleh makan sebelum pergi solat Jumaat.
Jenguk2 dalam peti sejuk, yang ada tinggal udang 4 ekor je. Esok mesti ke pasar basah beli stok mingguan.
Memandangkan udang tak banyak, tercetus idea nak buat spaghetti aglio olio untuk makan tengahari hari ni:
Spaghetti Aglio Olio |
Bahan-bahan:
- Udang
- Segenggam spaghetti / vermicelli pasta
- 4 ulas bawang putih (cincang)
- Baby spinach / tomato ceri
- Minyak zaitun
- Lada hitam
- Chilli flakes
- Air rebusan pasta
- Garam
- Keju parmesan (sebagai garnish)
Cara-cara:
- Rebus spaghetti.
- Bersihkan udang, jangan buang bahagian otak.
- Tumis bawang putih yang telah dicincang menggunakan minyak zaitun.
- Masukkan udang dan bayam
- Masukkan spaghetti yang telah masak.
- Tambah air rebusan pasta jika terlalu kering.
- Perasakan dengan lada hitam, chilli flakes dan garam.
Spaghetti aglio (bawang putih) olio (olive oil) ni sebenarnya ringkas je dan aku suka resipi asal berbandingkan resipi aglio olio Malaysia yang ditambah dengan pelbagai perisa macam stok ayam / sotong / ayam. Sebab yang membuatkan aku suka aglio olio ni ialah rasa minyak zaitun dan bawang putih tu. Bila dah ditambah dengan macam-macam bahan-bahan, rasanya dah lari dan bukan lagi aglio olio.
Sedapnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah, ringkas tapi sedap..
DeleteSedap sgt nampaknya. Akak suka yg simple2 cam ni. boleh tambah2 kengkadang.
ReplyDeleteSimple tapi sedap kan. Otak udang tu menaikkan lagi aroma spaghetti aglio olio.
DeleteWah, pesta pasta kita hari ini ye heheheee.
ReplyDeleteEh, sama pulak menu semalam kan, pasta mmg senang nak sediakan.
DeleteAdoi, teringin la pulak haha...
ReplyDeleteBoleh cuba buat PH sbb resipinya simple sgt.
DeleteOrang Itali pening kalau makan aglio olio orang Malaysia
ReplyDeleteMungkin dieorg igt seafood pasta agaknya. Apapun, lain orang lain seleranya.
Delete