Petang semalam, kami bertiga ke Sunway Putra. Masa sampai ke sana cuaca elok lagi. Dah dalam mall tu, hari bertukar menjadi mendung sebelum hujan lebat turun.

Nak balik sebelum Maghrib punya pasal, bila keluar baru sedar jalan yang biasa kami lalu nak balik ke rumah sesak teruk. Dalam hati berkata - ni mesti banjir kilat punya pasal. Terus aku divert laluan ikut jalan alternatif iaitu melalui Bukit Tunku, padahal Waze tak keluar pun option alternatif tu - tak seperti kebiasaannya kalau jalan sesak / banjir kilat. Tapi aku masa tu husnuzon je sebab ada jugak kereta-kereta yang sama macam aku lalu jalan alternatif tu.


Jalan Bukit Tunku yang dilalui petang semalam

Sampai di bulatan kecil, tiba-tiba perasan kereta-kereta di depan makin perlahan. Oh, jalan ditutup rupa-rupanya. Ada kereta polis diletakkan di laluan tu. Dekat Waze pulak keluar alert ‘Object on the road’. Taapiiiii…. Masih lagi degil meneruskan perjalanan walaupun banyak kereta kat depan yang dah u-turn dan patah balik ke pangkal jalan.

Dekat sini la mula rasa seram-sejuk je driving sebab rupa-rupanya banyak dahan yang jatuh di atas jalan raya. Bukan apa, geli-geleman memikirkan andainya ada dahan atau pokok tumbang ke atas kereta kami masa kami tengah lalu di situ!

Sampai jumpa jalan mati di depan, barulah aku dapat u-turn. Nak u-turn awal-awal tak boleh sebab banyak kereta di belakang ditambah pulak dengan dahan yang jatuh menutup sebelah laluan. Yang buat aku geram, pemandu-pemandu kat belakang tu boleh pulak tak nak berhenti dan bagi laluan untuk kereta yang dah u-turn sudahnya jem sekejap tak boleh nak lalu, dia pun tak boleh nak ke depan sebab jalan mati. Eiii… sabar je lah! Bila dah semua tak reti nak bagi laluan, terpaksalah aku flash high beam beberapa kali untuk bagi isyarat berhenti.

Sepanjang perjalanan tu aku memang tak berhenti-henti berdoa semoga kami selamat sampai ke rumah. Nak menyesal pun tak guna teruskan je la perjalanan.

Syukur takde banjir kilat di Jalan Ipoh. Lepas 30 minit melalui traffic jam, alhamdulillahhh... sampai jugak ke rumah dengan selamat. Tu pun sempat lagi tengok ada kereta parking kat luar yang ditimpa dahan yang jatuh. Semoga kereta tu selamat.

Pengajarannya - lain kali ikut nasihat Waze. Adalah sebabnya Waze tak cadangkan jalan alternatif tadi, tapi dah namanya tak sabar nak balik, sanggup redah jugak. 

16 comments:

  1. Syukur PH dah sampai hotel hujan turun selebatnya & angin kuat. Bukan apa, masih fobia terpaksa redah banjir kilat hari tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi ni pun cuaca mendung & hujan jugak. Harapnya petang nnt masa ambik anak2 cuaca elok. Seriau jugak terkenang redah banjir kilat masa ambik anak2 di sekolah bbrp bulan lepas!

      Delete
  2. Di kwsn ciknur pun hujan lebat dgn angin kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni risau je bila hujan lebat & angin kuat. Mintak2 dijauhkan dari bencana alam. Tengok berita semalam di Bali ada gempa bumi.

      Delete
  3. Dari KL sampai Seremban hujan lebat...alhamdulillah SA selamat sampai walau sedikit lewat dari biasa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut driving masa hujan lebat. Kadang2 kita dah pandu cermat habis, tapi risau ada pemandu lain yg masih jugak berani pandu laju2 walaupun jalan raya licin terbabas masuk ke laluan kita. Semoga selamat pergi & selamat balik kerja SA.

      Delete
  4. Yaa Karni hujan sana sini, tengah komen ni pun hujan ni lebattttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg hujan tak menentu. Skrg ni matahari dah keluar tapi awan masih mendung sikit.

      Delete
  5. tulah kan. semalam tengok berita rasa seriau. syukur sangat work from home bila tengok cuaca macam tu. Waze ni kadang-kadang buat hal tu yang orang tak caya dah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca macam ni patutnya company bagi semua org kerja dari rumah je. Kesian asben balik naik motor dalam hujan lebat. Risau bila dgr pokok tumbang sana-sini, bahaya utk penunggang motosikal.

      Delete
  6. sekrg ni musim hujan lebat, guruh & petir..mmg seriau kalau lalu kwsn byk pokok besar mcm Bkt tunku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, taubat dah taknak lalu situ lagi klu hari masih hujan lebat.

      Delete
  7. Malang memang tidak berbau. Selalu dengar pokok tumbang, dahan jatuh menimpa kenderaan. Aduhai... kena ambil langkah berjaga-jaga. Mungkin waktu hujan turun, hentikan pemanduan supaya perkara tidak diingini akan terhindar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Kak Amie, patutnya tunggu dulu dalam mall tu sampai hujan reda barulah keluar. Tapi nak balik sebelum Maghrib punya pasal, akhirnya sampai rumah pun lepas maghrib jugak.

      Delete
  8. allahu risaunya mujur takde yg teruk ye..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .