Sumber: Pinterest |
Orang-orang beriman yang suka bersedekah di jalan Allah sama ada kepada ibu bapa, anak-anak yatim, balu-balu, orang-orang sakit dan orang-orang miskin, maka di akhirat dia layak untuk masuk ke syurga Allah melalui Baab As-Sadaqah.
Ramai yang takut sedekah akan mengurangkan harta mereka (ya, kadang-kadang aku pun agak berat nak hulur duit untuk bersedekah sebab takut kena 'scam'), tapi sedekah ni sebenarnya banyak fadhilatnya, antaranya:
1. Mampu menyembuhkan penyakit, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah SWT dan mencegah dari kematian yang buruk (semuanya atas keizinan Allah SWT)
2. Melipat-gandakan kekayaan dan mencukupkan rezeki orang yang bersedekah
3. Menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api
4. Melindungi daripada terik matahari pada Hari Pembalasan
5. Menghilangkan cinta terhadap dunia yang fana dan mendekatkan kita kepada Allah SWT
6. Mengabulkan doa hamba-Nya
7. Membawa kepada keharmonian masyarakat
8. Pahala sedekah jariyah berterusan mengalir walaupun selepas meninggal dunia contohnya apabila kita bersedekah untuk membina masjid, pondok-pondok ilmu hatta mengajarkan satu ilmu yang kemudiannya diajar pula kepada orang lain.
Nota kaki: Senyum pun satu sedekah :) |
saya bersedekah biarpun sikit. Kena buat secara konsisten..
ReplyDeleteAlhamdulillah, bagus tu Abam Kie. Betul, sedikit atau banyak bukan ukuran, yang penting keikhlasan dalam bersedekah.
DeleteMoga kita tergolong dalam orang yang rajin bersedekah..
ReplyDeleteAmeen YRA...
Deleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteSama2.. semoga menjadi panduan kita semua.
Delete